Setiap hari adalah pergelutan. Setiap jam yang menyeret detik dan saat adalah perlawanan.
Saya bergelut dengan tujuan dan berlawan dengan sebab-akibat. Bergelut dengan makna rohani diri dan tujuan kewujudan. Saya bertanya dan menyoal kepada ruang kosong dan gema itu melantun semula, keras ke muka dan memanjat leher, bahu, kening sehinggakan tubuh ini hampir lelah.
Saya berlawan dengan krisis. Tiap hari saya bangun dan ingin membunuh diri. Kemudian mengubah keinginan. Saya mahu membunuh orang. Bukan bunuh binatang. Tidak. Mencekup, mencekik, menghiris, merodok diiringi kemarahan yang memeluwap di kepala, tangan dan dada tanpa mau memikirkan pasca perlakuan itu. Gigir bergemertap, urat dahi terkenyat dan darah... darah terasa hangat bak lava gunung berapi.
Setiap malam saya ditepi tingkap, berdiri merenung keluar melihat laman sunyi dan gelap pekat merayap di udara. Saya ingin bunuh diri, membunuh, memusnahkan segalanya, dan selepas itu menangis semahunya.
Seperti kata penyair2 : 'hidup cuma menangguh kekalahan' atau 'hidup cumalah menangguh kebenaran'.
Penangguhan tanpa sebab konkrit, semangat untuk hidup yang tiba2 terjelma bila keinginan memuncak, adalah sebab untuk menahan diri daripada bertindak - setakat ini.
Comments
Post a Comment