Arman memandang kaku skrin laptop Aspire 4736 miliknya. Hendak saja dia menulis sesuatu tatkala membuka aplikasi Microsoft Word, tapi dia benar tiada idea langsung. "apa nak tulis ni? cerpen? sajak? pantun?" getusnya dalam hati. Esok guru kelasnye ada minta pada semua murid untuk siapkan satu bahan berunsurkan satera. Bahan tu esok hendak dibentangkan dan ada markah khas untuk kerja itu.Selain itu
Arman buntu, hendak ditulis apa ya?
"Aku ni dah la bengap.. bakat menulis langsung tak ade"
Tiba-tiba Arman mendapat satu idea, ia terus mengconnectkan ke link internet rumahnye. Dibukaknye Google , lalu di taip 'sajak terbaik'.
Make kluorlah bermacam-macam tajuk sajak.
Di kliknya pada satu link, dia tertarik benar dengan tajuk sajak ni, '
"Berbagi Duka" karya Azfar Rian.
Kudengar patrum mendedas dari senapang
Menceritakan luka sebuah hutan
kulihat pukat diturunkan
Menceritakan luka sebuah hutan
kulihat pukat diturunkan
Meriwayat riba sebuah lautan
Ku dengar sesuatu melengking
antara tikton dan jarum jam
Ku dengar sesuatu melengking
antara tikton dan jarum jam
Kupelihara kalian, burung-burungku
(disangkar ini)
Kupelihara kalian, ikan-ikan karang
(di akuarium ini)
kupelihara diriku disini
(disangkar ini)
Kupelihara kalian, ikan-ikan karang
(di akuarium ini)
kupelihara diriku disini
Apakah yang lebih membahagiakan kita
selain berbagi duka
kau sepertiga, kau sepertiga, aku sepertiga
di dunia kita bertiga.
Tanpa membaca habis sajak tersebut , terus di copy pastenya ke dalam microsoft Word.
"Hmm bagus sajak ni, tapi kalau kantoi aku tiru habislah aku, haa baik aku ubah tajuknya" kata Arman dalam hatinya.selain berbagi duka
kau sepertiga, kau sepertiga, aku sepertiga
di dunia kita bertiga.
Tanpa membaca habis sajak tersebut , terus di copy pastenya ke dalam microsoft Word.
'Berbagi Pilu'
"Yesss, akhirnya siap jugak sajk masterpiece aku" jeritnya kegirangan.
Esoknya Cikgu Zul masuk ke kelas 5 Dinamik.
"Assalamualaikum cikgu'"
"Waalaikumsalam, duduk semua"
'Kelas, now boleh pass up kerja yang cikgu beri semalam, ok" kata Cikgu Zul dalam bahasa rojak walaupun beliau sendiri ialah guru Bahasa Melayu.
Arman dengan bangga berdiri sambil memegang sehelai kertas A4, semua budak kelas tercengang-cengang dek tindakannya kerana setahu mereka Arman ni antara pelajar terbengap dalam kelas ni.
"Cikgu, ni saya punya" kata Arman seraya berjalan menuju ke arah meja guru untuk menyerahkan 'hasil kerja beliau'
"Wah Arman, im impressed, awak berjaya lakukannya" kate Cikgu Zul sambil tersengeh-sengeh kambing. Satu sengihan perli terlukis dimukanya.
"err , impressed tu ape cikgu?" Arman kehairanan bila Cikgu Zul menyebut perkataan yang tak pernah didengarnya .
"Dah-dah, takda apa, awak boleh duduk" kata Cikgu Zul acuh tak acuh. Dia langsung tak melihat hasil kerja Arman.
"Ok semua dah hantar kan?" tanya Cikgu Azman.
"Sudah cikgu" jawab murid-murid.
'Baiklah, satu berita gembira lepas ni saya akan meneliti hasil kerja kamu, dan mana-mana hasil kerja yg bertuah akan terima hadiah istimewa selain tu sekolah akan menjemput sasterawan negara yang baru, cikgu pun tak ingat name dia. Ok klas bersurai" terang Cikgu Zul, hatinya tak sabar nak keluar walaupun waktu mengajar belum pun habis sebenarnya. Tadi dok terbayang-bayang kueh cucur masakan Mak Jah di kantin sekolah, lapar benar perot beliau.
Suasana dalam bilik guru SMK Pasir Tembaga betul-betul havoc. Dengan buku-buku bersepah (baca tak tersusun) , kedudukan meja guru berterabur. Guru-guru wanita pula pot-pet2 mengumpat dan bergosip, sementare guru lelaki ada yang berFB, poker dan maen PES12.
Tatkala Cikgu Zul menjengah masuk, die terus menuju ke mejanya.
"Kau tahu tak Far, budak kelas aku yang paling bengap si Arman tu hantar kerja dia beb. Terkejut aku" Cikgu Zul membuka cerita sambil berharap Cikgu Farhan melayannya. Cikgu Farhan pulak lain, dia dok asyik menanda buku pelajar, almaklumlah guru baru posting.
"Hah? yaka?" balas Cikgu Farhan sambil acuh tak acuh.
"Kau tengok neh" Cikgu Zul memberikan kertas sajak Arman kepada Cikgu Farhan.
"cikgu, nie betul kah Arman yang buat nie? bagus betul tulisan dia" kata Cikgu Farhan .
"bak sini aku tengok" kata Cikgu Zul smbil meminta semula kertas yang diberinya tadi.
'"eh, yalah bagus jugak Arman ni, tak sangka betul, nampaknya aku rasa dia lah pemenangnye, malas dah aku nak cari yang lain" Kata Cikgu Zul.
Cikgu Farhan tak membantah, lagi pula dia guru Sains bukannya sastera.
Arman baru sahaja selesai mandi, ayahnya pula baru pulang kerja. Sayogia ayahnya masuk Arman tiba menggatal nak bertanya.
"Yah, sape Sasterawan Negare ea?"
"Datuk Azfar Rian, man"
"ooh"
"Knape tiba-tiba tanye ni?"
"Takda apa-apa lah, saja tanya la"
Arman menggeleng-geleng kepalanya macam Mamak Penang , dia rase macam pernah dengar nama tu, tapi di mana ya?
Pagi Isnin itu cuaca agak mendung, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tatkala perhimpunan seperti lazimnya untuk pelajar sekolah diadakan di tapak perhimpunan sekolah, sekonyong-konyongnya pelajar SMK Pasir Tembaga terkejut kerana diumumkan oleh ketua pengawas bahawa perhimpunan akan diadakn dalam dewan sekolah. Bukan berdiri tapi duduk!
"Kita berbesar hati kerana kesudian Datuk Sasterawan Negara untuk menerima pelawaan kita" ucap Tuan Pengetua sambil tersengih-sengih, mengubah posisinya lalu memandang ke arah sosok tubuh Sasterawan Negare (SN). SN pula hanye tersenyum sumbing, senyum buat-buat sebenarnya.
Tuan Pengetua terus berkata, " Buat pengetahuan SN sekolah kite sebenarnya mempunyai ramai pelajar yang berbakat dalam bidang sastera, oleh itu saya tanpa segan silu nak menjemput Arman Razali dari kelas 5Dinamik untuk menyampaikan karyanya yang btelah berjaya memenangi pertandingan Sayembara Puisi Daerah Pasir Tembaga, dipersilakan!" jerit Pengetua secara meriah.
Sekalian guru terkejutlah amat, ade terbeliak matanya, ade saling berbisik dan ada yang saling bersoseh-soseh antara mereke.
"Pandai benor pengetua aku ni memungkor, sejak bile lah daerah nie ade buat sayembara puisi" Kata Cikgu Zul dalam hati sambil duduk berpeluk tubuh dan bersilang kaki.
Announcer (pengawas bertugas/MC) majlis pulak kehairanan patutnya dia yang umumkan yang Arman ni pemenang pertandingan peringkat sekolah , pasal apa si Pengetua ni pula umumkan, dah la lain yang diumumkan nya.
Maka tahulah si MC tu akan kebobokan Pengetuanya.
Arman melangkah dengan bangga , tatkala dia mencapai mikrofon sempat ia mengerling ke arah SN, SN pulak menghadiahkan senyuman.
"Berbagi Pilu" ucap Arman sedikit gementar.
SN cube mendengar dengan penuh minat.
Kudengar patrum mendedas dari senapang
Menceritakan luka sebuah hutan
kulihat pukat diturunkan
Menceritakan luka sebuah hutan
kulihat pukat diturunkan
Meriwayat riba sebuah lautan
Ku dengar sesuatu melengking
antara tikton dan jarum jam
Ku dengar sesuatu melengking
antara tikton dan jarum jam
Kupelihara kalian, burung-burungku
(disangkar ini)
Kupelihara kalian, ikan-ikan karang
(di akuarium ini)
kupelihara diriku disini
(disangkar ini)
Kupelihara kalian, ikan-ikan karang
(di akuarium ini)
kupelihara diriku disini
Apakah yang lebih membahagiakan kita
selain berbagi duka
kau sepertiga, kau sepertiga, aku sepertiga
di dunia kita bertiga.
selain berbagi duka
kau sepertiga, kau sepertiga, aku sepertiga
di dunia kita bertiga.
Muke SN merah padam.
Sekian, Tammat.
Glosari
Memungkor=temberang
Bobok= temberang, menipu
memang kau buat sendiri eh?
ReplyDeleteyer la .. sori bahase aku tak puitis mcm u ols .. huhu
ReplyDeleteBest laa.. thumb up. :)
ReplyDeletetrimas =)
ReplyDelete