Skip to main content

Cliche DAP : Mentaliti yang tak berUBAH ?

Salam alaykum,
Bismillahitaala.

Meneliti keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP dapatlah dirumuskan betapa perwakilan atau sebahagian besar ahli2 DAP masih dibelenggu kotak pemikiran lama. Tanpa satu pun ahli Melayu yang terpilih secara undian di pemilihan tersebut menunjukkan betapa tiada perUBAHan besar dalam mentaliti ahli DAP.

Bukan ingin bersikap rasis, tapi pada pendapat aku lah kalau benar hendak menjadi parti multiracial sepatutnya peninjolan ahli dari kalangan Melayu itu perlu.  Perwakilan nyata masih bersikap stereotaip terhadap kredibiliti ahli Melayu DAP yang nyata telah berhelumang lama dalam DAP seperti Ahmad Ton , Zulkiflee Noor dan Harun Ahmad. Aku boleh katakan 3 orang ni antara veteran DAP, sentiasa kekal berjuang bersama berbanding yang lain.
Ahmad Ton, veteran Melayu DAP Johor. “What is DAP? What is Malaysian Malaysia? If they are still holding the dream of one Malaysia race, such trend is not good for the future,” he said.


Mungkin agak canggung kalau berpemimpin Melayu? atau mereka masih mempunyai wasangka yang Melayu ini semuanya sam sahaja. Amanat Setiausaha Agung nampaknya tidaklah begitu diterima secara menyeluruh oleh perwakilan. Malah masih ramai anggita CEC terdiri dari muka2 lama. Sementara hanya seorang saja wakil kaum India iaitu M.Kulasegaran. 


Zulkifli Noor minta kerusi untuk melayu.
Untuk rekod dalam pilihanraya umum 2008, DAP meletakkan Abu Bakar Bin Lebai Sudin sebagai calonnya di Raub (54% Melayu) untuk menentang Menteri Pelancongan Datuk Dr. Ng Yen Yen.Walaupun tewas,
Abu Bakar berjaya mengurangkan majoriti Dr. Ng kepada sebanyak 2,000 undi sahaja.
 Abu Bakar Lebai Sudin, Sosialis Raub.


DAP juga telah mencalonkan Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Bin Ton di Parlimen Tanjung Piai dan

 DUN Pekan Nenas Johor tetapi kalah. Kedua kawasan tersebut juga adalah kawasan majoriti Melayu.

Antara keputusan lain yang mengejutkan ialah  terkeluarnya Dr Tan Seng Giaw, seorang veteran. Bagu aku dia ni je la antara pemimpin yang berkualiti, transperen dan rasional dalam DAP ni. Sebab itu dia pernah muncul dalam temubual berita YB dalam slot parlimen di RTM dan juga Astro Awani. Pendekatan nya yang sederhana dan pragmatik mengingatkan aku kepada seorang lagi pemimpin Cina iaitu TS Ong Tee Keat. Mereka memiliki pemahaman politik kebangsaan yang agak baik kalau nak dibanding dengan pemimpin DAP yang lain. Penolakan perwakilan terhadapnya membuktikan Dap menolak orang yang kurang sikap rasisnya barangkali.

Menuntut kerusi tambahan pula merupakan satu langkah berani DAP dalam cubaan untuk menunjukkan kekuatan mereka. Betapa pula pengumuman oleh Karpal Singh akan pentingnya PAS dalam Pakatan menunjukkan beliau sangat bertekad untuk menumbangkan BN nanti.

Apa yang aku dapat simpulkan Dap masih belum dapat berubah. Jika ingin menjadi parti yang inkusif dan multiracial, tiba masa Dap perlu benar2 berUBAH!.



Comments