Membaca surat khabar di pagi hari merupakan salah satu kegemaran aku. Sambil menghisap rokok dan menghirup secawan teh, memang terasa enak sekali. Hendak pula kalau di waktu pagi hujung minggu. Terasa kelainannya daripada duduk saja di rumah bermalas-malasan di atas katil.
Surat khabar aku kira masih lagi memain peranan tersendiri pada zaman sekarang. Media alternatif seperti blog, youtube dsb.. masih belum dapat menggantikan peranan surat khabar. Kata lah apa saja, internet sebagai medium baru berita atau berita maya sebagai pengganti bahan bercetak namun tak dapat di nafikan surat khabar masih punya value tersendiri.
Menurut beberapa lecturer aku, antaranya Dr Wan Abd Kadir; peranan surat khabar tetap penting. Keseronokan membaca dan membelek bahan bercetak tak mungkin dapat dibandingkan dengan sekadar membrowse di ipad atau latop.
Apapun lain orang lain citarasnya. Berdasarkan pemerhatian aku anak remaja sekarang kurang membaca bahan bercetak. Mereka lebih suke membacanya dengan melayari web-web di internet. Mungkin kerana faktor percuma atau jimat ruang. Ini kerana kalau hari-hari membeli surat khabar mungkin perlu satu ruang khas untuk menyimpannya, sebelum dijual ke kedai surat khabar lama. Ambil contoh aku sendiri, kat rumah sewa aku, hanya aku seorang saja yang acap membeli surat khabar. Kawan-kawan yang lain kurang berminat.
Selain itu aku turut mendapati surat khabar yang aku suka baca seperti Sinar Harian dan The Star atau Malay Mail tidak pula diminati oleh kawan-kawan aku. Akhbar tabloid seperti Kosmo dan Metro pula yang mereka minat. Aku masih ingat ketika aku tinggal di Terengganu, akhbar Harian Metro adalah akhbar yang paling cepat habis berbanding Utusan . Begitu juga dengan kaum keluarga aku yang lain. Hanya segelintir sahaja yang suka membaca Sinar Harian atau MalayMail.
Sinar Harian menarik keran terdapatnya beberapa kolumnis yang hebat menulis seperti TS Ong Tee Keat(tulisannya sentiasa menarik,rugi MCA menolaknya), Rahman Shaari, Kolum ceritalh Kasim Raslan, DR MAZA, Fathul Bari , DKL(Tan Sri Abdullah Ahmad) dan beberap lagi. Aku kira perkongsian pandangan dan pengalaman dari mereka merupakan sesuatu yang amat menarik.
Kalu waktu muda-muda dulu aku sering membeli surat khabar Jawi;Utusan Melayu. Sekarang kerna tiada lagi keluaran aku beralih ke akhbar lain. Kira-kira 6 tahun lepas aku mula berminat nak baca Utusan. Dulu waktu kecik aku tak suka Utusan sebab saiznya besar. Kalau baca pun yang edisi hujung minggu sebab ada kartun. Tapi kira2 4 tahun lepas(agak2 dalam lepas PRU 12) aku jadi malas nak baca Utusan. Naik jelak. Hari-hari berita politik yang membosan kan. Aku betul-betul bosan. Dulu-dulu juga aku sering beli Harakah. Sebenarnya aku sudah baca Harakah sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tapi sekarang dah kurang. Sama macam Utusan , isu yang di utarakan tu agk semakin membosankan.
Menurut salah seorang lecturer aku, Puan rafidah; saya dah hampir 4 tahun tak beli dan baca news. (aik sejak lpas PRU12 jgk ke?). So aku faham juga kenapa dia tak baca. Aku ada juge terbaca berita mengenai penurunan jualan akhbar Utusan dan Harakah. Hmmm tu la, kalau nak maju lagi cubalah lebih proaktif dalam melaporkan berita tu. Aku kalau ditanya surat khabar terbaik Malaysia tentulah aku cakap Sinar walaupun masih memerlukan banyak penambahbaikan. Apapun tahniah Sinar, anda telah mampu untuk kekal neutral,cakna dengan komuniti setempat dan isi kandungan yang menarik!

Comments
Post a Comment