Skip to main content

Al Fatihah ; perginya Almarhum Abdullah Harith

Bismillahitaala.

Pada 20 November 2012 yang lalau pergilah sudah adik aku, Arwah Abdullah Harith menemui Rabbnya.
Tangis hiba sedih tak terkira. Ketika dapat panggilan aku berada di Shah Alam. Sampai di kampung sudah selesai pengebumian.

Aku sedih kerna tak dpt menatap wajah terakhirnya, sedih sungguh. Takpalah, aku cukup yakin Allah Maha Besar lebih sayang akannya. Alhamdulillah arwah pergi dalam keadaan baik. Tiada aib dan tiada sebarang cerita yang tidak elok didengar.

Seminggu sebelum meninggal aku sempat pulang ke kampung dan bertemu arwah. Seminggu sebelum dia pergi menurut nenekku dia banyak berubah. Setiap hari dia solat di masjid. Dia lebih banyak mendalami ilmu2 agama.

Cerita nenek dan kawan2nya sebelum pergi arwah sempat meminta maaf pada setiap orang yang ditemui. Arwah juga ada berkata sehari sebelum ia pergi " esok aku nak meniggal dah, mati eksiden". Tak sangka dia memang betul2 pergi.

Pemergiannya memang terasa, ramai orang yang tak percaya. Neneklah yang paling sedih. Sampai sekarang kalau ia terlihat saja barang2 milik arwah bercucuranlah ait=rmata. Sebab nenek paling rapat dengan arwah. Nenek sorang saja yang menjaga dan faham akan arwah. Aku benar2 sedih mak pun begitu juga. Sudahlah akhir2 tahun mcm ni dia pergi. Ak terasa kesal sebab ak agak jarang spend time dengan arwah. Ya Allah berikanlah kekuatan untuk aku dan keluargaku dalam menerima ujian ini.

Ya Allah, tempatkanlah ia di kalangan orang2 beriman . Amin.

Gambar raya lepas. Aku baju biru arwah berbaju coklat. AlFatihah untuk arwah.


Al Fatihah; Abdullah Harith Mohd Ghazali 1991-2012

Comments

Popular posts from this blog

Jiran Gedik

Ajim berasa letih. Letih sangat. Hari ni kelas full. Pagi kelas Pendidikan Islam, tengah hari tadi kelas Bahasa Mandarin baru tadi pkul sembilan dia habis kelas Fundamental Science. Pehh memang penat.

Sebab tu la Ajim benci hari isnin,  monday sickness gitu. Tapi apekan daya. Hidup sebagai pelajar memang la gitu. Penat sekarang, senang kemudian hari.

Sampai-sampai blik je terus dilemparkan beg galasnya yang sedari tadi disandangnya sepanjang hari. Dengan kemeja, tali lehar dan stokin serta seluar slack yang masih tak bersalin dia terus menghempaskan badannya ke atas tilam.

Ahh nikmat sungguh, penat2 gini terus baring. "ehh kejap2, ak kena cek facebook aku ni , td apelah si Tina tu dok post status, mcam perli2 aku je" getus Ajimtibe2 seraya bangun mengidupkan suis laptopnya.

Pintu bilik dikunci rapat. Ahh panas pulokk. Tingkap dibuka luas2 biar angin menyerbu masuk.

Rumah Ajim rumah flat tingkat atas. Setentang rumahnya ada orang menyewa jugak. Student juniornye kat kampus j…

Jerantut : Adakah faktor migrasi mempengaruhi kadar populasi ?

Bismillahitaala.

Berbicara mengenai Jerantut, sebuah bandar yang berpenduduk seramai 88037 dengan seramai 4157 orang adalah warga asing (berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia, boleh rujuk http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Pahang.pdf). Daripada jumlah keseluruhan penduduk hanya 9747 orang sahaja yang berbangsa Cina. Kalau kita ke bandar Jerantut sebahagian besar perniagaan, bangunan dan perumahan adalah milik kaum Cina. Taburan Penduduk kaum Cina yang ramai dapat dilihat di Sg Jan, Sg Lekuk, taman2 perumahan sekitar Jerantut dan sekitar Pekan Damak.


Berbanding bandar lain seperti Kuantan (427515 ), Temerloh (158724), Pekan (103839), Maran (111056),  Rompin (109599), Raub (91731) dan Bentong (114397) Jerantut boleh dikira berpenduduk sedikit.  Kalau Kuantan sebagai ibu negeri tidak heranlah ramai orang di situ. Dengan status ibu negeri semua pejabat pentadbiran bertumpu disitu. Dengan ada lagi pelabuhan serta berp…

Seputar On Hiatus, Penulisan dan Menghantar Manuskrip.

Memang sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Hampir dua tahun ianya tidak terusik langsung. Lagipun saya yakin blog ini tidaklah mempunyai pengikut pembacanya yang tetap. Kehilangan saya ini tentunya tidak dirindui orang. Ini bukanlah bermaksud saya tidak menulis terus, membenci dunia penulisan sehingga saya tidak lagi mengetik papan kekunci komputer. Tidak. Malahan saya telah memekar kemahiran saya dalam penulisan fiksyen. Mengapa fiksyen? Kerana realiti itu semakin menjemukan, merenyahkan dan memeningkan kita manusia ini. Jadi apalah salahnya memilih fiksyen untuk melarikan diri seketika daripada realiti yang menakutkan itu, bukan? Ada banyak yang hendak saya celotehkan disini. Tempoh hampir dua tahun tanpa kemaskini tentunya membuatkan saya mahu bercerita perihal yang banyak. Antaranya:
1.Penulisan Sebenarnya minat menulis saya bercambah sejak sekolah rendah lagi. Semasa saya di sekolah menengah saya banyak tulis sajak. Sekarang entah kemana perginya koleksi sajak-sajak itu. P…