Skip to main content

Fitnah besar-besaran : Palestin dan kelesuan ummah.


Bismillahitaala.

Fitnah yang sdisebut dalam sebuah hadis Rasulullah adalah lebih kepada malapetaka/musibah yang menimpa umat Islam akhir zaman bukan maksud fitnah seperti yang kita orang Malaysia biasa faham.

Apa yang berlaku di Palestin seprti kita semua umat Islam maklum berpunca dari pelbagai sebab. Antaranya adlah perpecahan. Sebab itu Rasulullah pernah bersabda pada akhir zaman umatnya ramai tetapi seperti buih di lautan. Maknanya ramai tapi tak berpesatuan.

Ketika keruntuhan pemerintahan Daulah Islamiyyah yang berpusat di Turki, pengaruh Barat yang mencengkam pemikiran orang Islam seperti Mustapa Kamal Attartuk telah menyebabkan kepada keruntuhan umat Islam. Rasa ingin merdeka serta semangat assobiah melampau juga mengakibatkan kepada keruntuhan pemerintahan Islam ini.

Malang kerana umat Islam sibuk bertelingkah sesama sendiri sehingga kemajuan teknologi yang asalnya dipelopori oleh ilmuan Islam telah dipintas Barat. Barat muncul dengan ciptaan2 baru serta falsafah yang terbuka sementara umat Islam dan kerajaannya sibuk dengan dendam,sengketa,fitnah dan tikam belakang sesama sendiri. Kerana mementingkan kuas mereka terlupa yang Barat sudah mula menyusup masuk untuk memecahbelah Islam.

Lama kemudian muncul lah pertubuhan Islam sedunia iaitu OIC. Tapi dalam isu2 melibatkan serangan2 oleh Barat terhadap negara Islam, mereka hanya buat mesyuarat dan resolusi. Resolusi, resolusi, dan resolusi. Itu sahaja. Mereka belum cukup berani nak hantar tentera ke Palestin. Takut diboikot atau kena sekatan ekonomi barangkali?


Di kala perang melanda Palestin dan Syria, pasukan bolasepak mereka boleh saja adakan perlawanan pershabatan Baca Sini, Palestin vs Syria.

Semoga Allah memberi kebebasan pada Palestin . Allahuakbar.















Comments