Skip to main content

Jerantut : Adakah faktor migrasi mempengaruhi kadar populasi ?

Bismillahitaala.

Berbicara mengenai Jerantut, sebuah bandar yang berpenduduk seramai 88037 dengan seramai 4157 orang adalah warga asing (berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia, boleh rujuk http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Pahang.pdf). Daripada jumlah keseluruhan penduduk hanya 9747 orang sahaja yang berbangsa Cina. Kalau kita ke bandar Jerantut sebahagian besar perniagaan, bangunan dan perumahan adalah milik kaum Cina. Taburan Penduduk kaum Cina yang ramai dapat dilihat di Sg Jan, Sg Lekuk, taman2 perumahan sekitar Jerantut dan sekitar Pekan Damak.


Berbanding bandar lain seperti Kuantan (427515 ), Temerloh (158724), Pekan (103839), Maran (111056),  Rompin (109599), Raub (91731) dan Bentong (114397) Jerantut boleh dikira berpenduduk sedikit.  Kalau Kuantan sebagai ibu negeri tidak heranlah ramai orang di situ. Dengan status ibu negeri semua pejabat pentadbiran bertumpu disitu. Dengan ada lagi pelabuhan serta berpusatnya kampus2 pendidikan di situ maka ramailah yang tinggal disitu dan akan menyebabkan pembangunan yang berterusan.
Jika Pekan pula adalah kerana status bandar DiRaja selain faktor parlimen PM Malaysia, pastilah banyak kemajuan yang dibawaknya ke situ, Pekan juga terkenal sebagai pusat atau center yang menempatkan banyak kilang automotif di sana. Manakala Raub dan Bentong pula menerima tempias kemajuan kerana dekatnya bandar ini dengan Selangor/KL. Maran pula kerana banyaknya Felda disitu selain adanya kampus UiTM Jengka yang mnyebabkan ramainya penduduk di situ. Kalau di Rompin mungkin kerana ia sudah bersempadan dengan Johor.

Tidak tahulah adakah jumlah penduduk yang ramai itu boleh mendifinisikan suatu kemajuan tempat. Adakah ini bermakna Jerantut lambat maju? Mungkin juga faktor2 migrasi yang menjadi penyebab kurangnya penduduk di Jerantut.


Kalau ikut pandangan aku lah, faktor migrasi penduduk adalah antara punca kurangnya penduduk di Jerantut. Bnayak faktor yang menyebabkan migrasi berlaku. Menurut takrif kamus DBP Malaysia migrasi ialah "perpindahan penduduk dr sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain: ~ atau perpindahan ini berpunca antara lain kerana kegiatan ekonomi". Antaranya termasuk :



(a). Faktor ekonomi.

i) Perpindahan berlaku disebabkan keadaan mundur di kawasan asal. Pertambahan penduduk yang pesat di luar bandar menyebabkan kekurangan kawasan pertanian Kawasan pertanian yang sempit dengan daya pengeluaran yang rendah boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah ekonomi.
Keterangan : Jerantut masih luas dan banyak tanah. Kemunduran?  tidaklah mundur cuma kurang maju.

ii) Masalah ekonomi seperti kekurangan pekerjaan, pengangguran, produktiviti dan pendapatan rendah, dibelenggu dengan lingkaran kemiskinan dan lain-lain bertindak menolak keluar penduduk luar bandar ke bandar yang mempunyai tarikan ekonomi secara khusus seperti peluang pekerjaan yang luas dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Keterangan : ya, memang peluang pekerjaan masih kurang terutamanya buat orang muda yang baru lulus dari IPT. Hal ini kerana mereka mengambil kursus yang mungkin tidak mempunyai peluang kerja di Jerantut.

(b). Faktor sosial.

i) Penduduk berpindah terutamanya kerana ingin menikmati kemudahan yang terdapat di bandar. Kekurangan kemudahan asas atau sosial di luar bandar dan kewujudan kemudahan sosial dan kemudahan bandar yang banyak seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, hiburan dan lain-lain mampu menarik terutama golongan muda ke bandar.

Keterangan : Yes, yang ini antara faktor utama . Ramai anak muda belia lebih berminat dengan kemajuan teknologi di bandar. Kewujudan shopping kompleks,pusat hiburan dan IPTA mungkin dapat mengubah wajah Jerantut. Aku ingat lagi, 2 minggu lepas aku balik Jerantut. Sementelah pulang, kebetulan adalah rakan sekolah dulu ajak lepak minum teh. Aku pon ikut serta lah. Aku berborak2 dengan kawan aku seorang ni Ali (bukan nama sebenar) seorang pelajar UPSI Tanjung Malim tahun akhir. Dia sedang cuti semester. Ali sibuk bertanyakan aku kalau2 ada kerja kosong di Shah Alam dan minta aku carikan satu. Aku hanya kata InshaAllah saja lah sebab bila dah akhir tahun ni memang aku agak sibuk dengan projek2 kerja khusus. Aku tanyakan, tak ada kerja kah di Jerantut? . Jawabnya ape lah yang ada kat sini. Bandar mati, gaji pulak rendah. Nak juga rasa hidup di bandar besar, suasananya. Ke'eksitement'nya  tinggal di bandar besar. HMM komen aku betul juga tu. Memang gaji di Jerantut murah tapi kos sara hidupnya rendah. Tapi memang fitrah orang muda , mereka suka ke tempat yang ramai orang. Pastinya bila mereka tua nanti akan pulang juga ke Jerantut ni.

Selain tu kemajuan teknologi juga memain peranan. Berdasar pengalaman sendiri lah, kalau kt kampung aku nak dapat line internet atau 3g punyelah susah. Kalau ade broadband pun tak berguna lah jawabnya. Kena jugak ke bandar untuk online. Aku juga berharap pihak yang berkenaan supaya dapat meluaskan coverage internet, line handphone ke kawasan luar bandar  supaya semua lapisan penduduk dapat menikmati kemajuan teknologi di Malaysia. Hairan juga sebab tatkala menteri teknologi, menteri komunikasi asyik bercakap tentang kepentingan internet, penggunaan aplikasi secara dalam talian dsb, tapi kat kampung ni nak nak dapat line pun susah! Apa guna perkhidmatan bayar bil secara online, permohonan kerja/kemasukan IPT secara online tapi orang2 kampung kena juga ke bandar nak bayar bil/ nak online? Sepatutnya kalau kita nak capai status negara maju, penggunaan teknologi itu perlulah menyeluruh. Semua isi rumah kat Malaysia ni patutnya mendapat kemudahan internet. Adik aku sendiri dapat laptop dan broadband percuma. Tapi nak buat kerja sekolah? tetap kena kebandar. Cikgunya pula sibuk beri kerja melalui email tapi adik aku kena jugak ke bandar nak buka email. Tak faham aku.
Cuba bandingkanlah negara kita Malaysia dengan negara Asia lain yang maju terutama dari segi penggunaan internetnya. Malaysia nyata jauh lagi di belakang. Sepatutnya menghampiri tahun 2020 semua penduduk negara dapat mengguna kemudahan internet di rumah. Kalau blog WZWH sibuk sebut tentang Jerantut Greater Plan tapi kalau tak ada actionnya pun tak guna juga. Kerajaan negeri harus pandang serius mengenai kemajuan Jerantut. Tak cukup dengan Taman i-City sahaja .

ii) Ramai juga yang berpindah ke bandar kerana ingin melanjutkan pelajaran, manakala sebahagian lagi berpindah atas sebab perkahwinan, mengikut keluarga dan sebagainya.

Keterangan : Jerantut tak ada universiti. Kalau adapun Kolej Komuniti. Itupun baru lagi dibuka. Tahun depan ADTEC Jerantut akan mula operasi. Diharapkan lepas ni universiti pula lah yang dapat dibina.

iii) Adanya jaringan dan sistem pengangkutan yang baik yang meningkatkan ketersampaian, mudah dan cepat sampai dan seterusnya memangkinkan lagi pergerakan.


Keterangan : Jerantut perlukan sistem jalan yang lebih baik dari sekarang. Cthnya penaiktarafan Jalan Benta yang sampai sekarang asyik tertangguh. Dah berapa tahun agaknya tertangguh? Apa sebab tertangguh? Salah siapa?. Ini tidak, jalan asyik berlubang sana sini. Lepas tu tampal, rosak semula. Klau jalan lama tuh diguna sejak zaman British lagi, bengkang bengkok pula tu.

(c). Dasar kerajaan.

i) Dasar dan galakkan kerajaan sama ada secara langsung atau tidak seperti Dasar Pembangunan Wilayah dan rancangan penempatan peneroka, rancangan transmigrasi, dasar perindustrian dan lain-lain yang mampu menjadi daya penarik.
Keterangan : Yang ini lagi satu. Cubalah pulak buat Jerantut ni sebagai pusat pelancongan ke, apa2 sajalah. Jangan tak tahu Jerantut ni ramai pelancong datang tau.
Err, ni gambar betul ke edit ?


ii) Misalnya dasar kerajaan yang banyak menumpukan pembangunan di kawasan bandar dengan menubuhkan pusat perindustrian seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Senawang, Tampoi, Perai dan lain-lain dan menaiktaraf bandar-bandar menjadi pusat pentadbiran, pengangkutan, perdagangan, perniagaan, kebudayaan dan pendidikan mendorong
migrasi penduduk luar bandar ke bandar.

Keterangan : Jerantut sebagai bandar industri? hmm tak tahulah. Kerajaan negeri sudah2 lah dengan kuantan. Cuba bawak pelabur2 luar tu ke Jernatut pulak. Biar lebih kilang atau pusat periagaan di Jerantut pulak. Asyik Kuantan aje. Bosanlah.


(Maklumat faktor2 migrasi di ambil dari http://rakangeografi.blogspot.com/2008/12/nota-25-faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html)

INDIVIDU2 PENTING DI JERANTUT :















Comments