Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Belum Siap

Tiada apa² yang istimewa hari ini. Hajat nak ke DBP tapi hidung ni punah lagi. Selesai terjemah bab 3 yang panjang dari buku membosankan ini. Buka gmail dan ada emel kasitau periksa online minggu depan. Tutup balik, dan termenung.

Selsema

Selsema masih belum sembuh. Hidung, tekak dan dada tekal berhingus. Harini juga buku puisi rekaan mewah yang kupesan tiba. Aku sangka ada Sajak² Pendatang, tapi sayang, Jilid 1 rupanya bermula dengan puisi baru. Tengahari beli nasi ayam penyet dan malam kugoreng megi tersedap di muka bumi, megi asam laksa lah. Dan tiba-tiba sepanjang tengahari membawak ke malam, aku dilanda kesenduan yang pekat, seperti sejuta titis lilin cair di muka, seperti gagak mencari sampah di tepi bendang, seperti bas tua karat terbiar—kurasakan semua tulisanku hampas dan tidak bererti langsung, walau sekelumit pun, tidak bernilai!! Serasa nak padam semuanya dan sifarkan ingatan dari sebarang pengalaman dan kemahiran berkaitan penulisan. 

Joging dan malamnya

Petang, aku melewati laluan baru, terselit ke ruang² yang belum pernah kujelajahi selama hampir tiga bulan di sini. Aku temui daun yang tidak lain dan angin yang tidak lain. Manusia—sama saja, dan kucing dan anjing, selalu unggul di mata. Mereka di mana-mana; tido tengah jalan, di celah longkang, berkejaran di taman, berak di pangkal pokok atau meloncat dari atap ke atap. Senja, dan aku melewati kaki lima kedai nan sepi, sejenak langkah terkaku. Suatu kedai yang terbuka pintu luasnya, menghardikkan dingin ekon berserta seorang pelanggan menghisap rokok. Aku kenal bau ini. Campuran bau yang pernah di kedai judi. Aku terkenang, terkenang... Malam di rumah, bincang istilah² dengan Karim. Malam di rumah, kusiapkan sehalaman terjemahan (besok aku mahu bereskan bab ini!). Malam di rumah, aku berbaring do sebelah kucing, memasang lagu Maria santana. Tiba-tiba ingatan sekali lagi datang—senior tempat kerja pernah bernama Maria. Aku panggilnya Kak Maria. Dia comel dan pernah rasanya...

Kampōng: Hinggapan

27 Okt 2021 ....... ....... ....... 28 Okt 2021 ...... ...... ...... Dari pagi hingga petang, selsema, pening, kering tekak, suhu badan hangat dan batuk kecil, mengacau tubuhku. Segala benda tak kena. Makin teruk. Semua yang direncana—naik ke kebun, merapat ke hutan, memasak, menjalar ke kampung² sekitar, telah tergencat. Aku hanya mampu menelan butir² ubat dan mencicip cecair dephyndramine. Sekejap kencing, sekejap teguk air, sekejap basahkan tubuh.

Kampōng

26 Oktober 2021 Selasa Tiket meliang-liuk diterpa angin. Aku ambil dan selitkannya ke dompet. Makanan bijian kutuang penuh dalam bekas buat si penyair. Akankah dia baik² saja sepanjang empat hari ketiadaanku? Kumangga pagar, menyorong langkah, singgah ke mamak mengisi perut. Teh halia! Rasanya kurang umph. Aku tunggu bas. Turun di MRT Pasar Seni. Syukur, kedai rokok buka. Aku dapatkan dua kotak Surya 16. Mengheret kaki ke kedai pakaian murah—dapatkan seluar pendek. Di sudut kedai lukis, tercari-cari kawan lama. Dia sudah berhenti pelukis. Dia kerja lain. Tidak seni lagi kerja baru itu. Tapi apa boleh buat, wabak ini merosak segala. Terlihat ciapan di twitter. Baucar RM10 untuk pembelian buku. Singgah Kedai F di SP Mall, dan hampir setengah jam termangu, memilih, membelek, sebelum membeli sebuah buku sebagai bekal di dalam bas cepat.  Kadang mataku melayan buku. Bukan sebuah buku yang cukup rempah, tetapi okeylah. Kadang aku leret talipon genggam. Sejuk penyaman udara te...

Canselor

Mungkin saya sepatutnya beranikan diri menulis kepada dia. Saya bukan orang yang dia kenal. Kami asing. Tapi saya tetap tidak berani melepaskan semua kata. Hatta dalam ruang yang hanya dimiliki aku dan tuhan pun, saya belum dapat menanggalkan topeng dari huruf-huruf yang kutuliskan.  Tapi ini bukanlah aneh. Tiap manusia ada banyak topeng. Pada akhirnya, di lapis terakhir, ada hanya satu yang tinggal; antara dirinya—tidak dengan kekasih/anak atau sahabat, bahkan kepada tuhan sekalipun. Saya merenung baku baru saya. Tidak terlalu ria. Tidak sedih. Mungkinkah ada sesalan? Barangkali sedikit, dan pada masa mendatang, mungkin lebih banyak. Tapi demikianlah penulisan. Sejenis cuba-cuba, dan dalam peredaran waktu, pilihan kehendak serta pengalaman yang mempengaruhi seleras dan gaya semasa.  Saya jemu. Kalau saya bukan saya dan gigit roh saya mungkin hanya tawar yang dapat saya rasakan. Saya berjoging sesekali memecut tetapi seperti tanpa kaki. Saya panjat bukit dan tulis sajak tapi t...

Darah

Weh kau kat uni dulu rajin derma darah kan? Tiba-tiba kotak sembang fb disapa rakan sekolah. Dulu kami tak rapat pun tapi habis sekolah kerap berhubung via medsos. Dia dah berkahwin sekarang, sudah 3 tahun kot. Masa dia tahu saya aktif dengan Bulan Sabit, dia kerap gesa saya isi perjawatan untuk pembantu perubatan. Ada saja pautan jawatan kosong dikongsi. Dua tiga hari lepas saya memutuskan untuk ikut menderma darah. Kawan itu bertugas di pusata derma darah dan katanya bekalan darah sangat diperlukan. Mulanya nak pergi pusat kempen derma darah yang berdekatan saja tapi dapat tahu ditutup kerana ada jangkitan COVID-19. Saya tak ingat berapa kali telah menderma, 6 atau 7 kali agaknya. Jadi hujung minggu ini saya akan pergi derma darah. Entah mengapa ada debaran kecil memikirkannya. Entah kenapa...

Selesa

Aku rasa tak selesa, dan aku tak tahu kenapa. Tak banyak perihal dapat aku tuliskan sebab semuanya masih buta dalam diri aku, meraba-raba mencari jalan keluar yang entah bila akan meloloskan cahaya dari luar. Aku tak selesa, dan di luar, segala-galanya tawar.

Luah

Aku tak tahu letih sebab apa, tapi ia menyebabkan aku terlelap awal sedikit, jam 0239. Ada satu mimpi panjang, tapi hanya satu babak aku ingat: adik laki aku mengamuk setelah nenek aku enggan keluarkan modal untuk dia berniaga. Dia marah, naik suara dah nak memukul. Aku cepat2 melindungi nenek. Dia naik angin dan kata 'kau tau apa masalah kau? Kau nak dengar? Kau ni macam tangkai...' dan ada deretan luahannya yang aku ingat perasaannya ketika itu -- cukup mengguriskan. Ketika aku menahan hayunan tangannya, aku tersedar. Hanya bunyi kipas hinggap di telinga dan kesejukan merayapi betis. Badan rasa betul2 sengal. Kepala berdenyut. Pening. Aku lihat jam. 0459. Aku bingkas bangun, tutup kipas dan capai fon lalu keluar bilik. Kucing ikut keluar. Aku ambik sekeping piza yang tinggal, dan ngap. Kucing merengek nak sikit. Aku teguk air. Tersandar di sofa. Aku teringatkan muka adik aku dalam mimpi tu. Rasa letih, tewas. Tubuh keretakan. Aku hisap rokok dan memandang kosong ke siling. Se...

In or Out

I still cannot manage my repose aptly enough. No games nor days i could find irresistible. How lewd is my understanding on certainty, how dreadful my dream is. Yet, i still want to perceive all of them, the traits of my ever last minute gesture to a stranger; kids, old men or a beggar. All for more, i never really eppreciated those susceptibility, how near to demise meself, to leave my last streak of coffee sips on the lips of a mug. Perhaps, i am obscenated by an unknown force.

Tentang

Segalanya tentang Mungkin yang tidak tercapai. Ia akan beredar sebentar-sebentar, sebab Mungkin memang sekadar memungkinkan. Dan pori romaku siap menerima cahaya-cahaya Mungkin. Tapi ia cuma mungkin. Yang kucapai hanya duka inginan.  cepatlah

Ke mana mana

Kian hari, penulisan saya jadi semakin peribadi, semakin mahu saya pendam dan simpan untuk kepuasan diri. Kepada ramai yang bertanya dan ramai yang tidak bertanya, saya kata oh dah lama gila tak menulis. Saya bohong. Saya menulis hari hari. Lebih tepat, menulis sajak dan catatan. Kekecewaan, kedukaan, hiba, pendaman rasa, khayal perasaan, mabuk fikiran, genangan air mata, fikiran bunuhdiri, kerohanian terawang, perempuan, lelaki, cinta, cinta, cinta, keluarga, rindu. Ada satu soalan ditanyakan -- yang patut dibalas dan dihantar seminggu lalu tetapi berat hati melakukannya --  apakah pencapaian tertinggi kamu dalam penulisan? Saya rasa kalau ditanya setahun dua lalu pasti saya akan katakan: "Menang itu ini bla bla bla buku terbit bla bla bla." Saya menulis jawapannya; Adalah apabila saya merasa puas, inzal dan ghairah dengan tulisan sendiri, dan setakat ni hasilnya tak banyak tetapi ada, kian bertambah dan saya simpan untuk saya baca sendiri dan bergirang dengannya...

kalau

Buang cahaya, tutup lubang, tangkap semua bunyi. Padamkan lampu, tutup rapat telinga. Buang. Buang. Lari. Aku lari dengan laju, pecut, sampai termengah dan sekahdada. Hapus airmata, gigit kudrat yang ada. Dalam panjang derita aku masih teraba-raba juga. * Lebih kurang dua minggu lepas, waktu pagi, kegelisahan tiba tiba memuncak teruk di dada aku. Hanay satu sebab -- ada dua brader berborak di luar, antara dengar tak dnegar, suara tinggi rendah, semacam berbisik. Saya tak senang duduk, jantung kian mengencang. * Love is so short, forgetting is so long. Dengan mudah, sekelip mata, aku dihantukan setelah kenal buat beberapa ketika dan seakam nampak sinar cahaya. Antara peristiwa pedih yang terjadi pada tahun ini. * Tapi dalam kegagalan pun saya seharusnya berusaha menyerap keindahannya, supaya langkah demi langkah melewati putaran dunia ini tak tergoncang. * Apakah yang patut saya rasai dari semua ini? Saya tidak berada di tempat yang mutlak. Terumbang-ambing kapal-kapal dalam diri ini. K...

Rencana

Tak tahu apa jadi dengan diri sejak akhir ini. Tak selesa, rimas dan telinga mula bermasalah. Lepas selesai semua mahu jalan; -kampung laman - Ke sarawak ketemu Nan, Kak Pah, Clariessa dan rumah keluarga seorang kenalan 🤔 - Ke sabah, ketemu Jet, Cikgu W dan, erm siapa lagi ya - Ke bangkok dan vietnam Haih 😪

Puncak

Saya kian sensitif dengan bunyi; bisikan, desuran angin, tiiktik entah apa dan segala benda yang tak jelas. Pada malam yang menjelma, entah mengapa, jantung kerap berdegup kencang. Untuk apa ia tiba-tiba begitu? Saya tak punya jawapan. Tidur masih sukar. Di depan mata, segalanya mengabur. Kemudian bunyi, bunyi. Apa benda? Saya akan keluar mencarinya. Dari mana? Tapi ia tiada. Hanya bunyi yang melintas hatiperasaan saja. Apakah ia halusinasi? Mohon dijauhkan. Jangan lah aku jadi seperti emakku yang selalu tertoleh toleh dan gelisah. Oh bunyi. Bagus kalau bunyi tiada wujud. Kesunyian penuh seluruh. Diam, sepi, yang betul betul membungkus.

Maklum

Perkhabaran sedih dari kampung bertiup kencang tiba-tiba, mengiris wajahku, berdarah duka dan rindu. Atuk sakit. Tak boleh bangun, kaki sebelah longlai, dan kelupaan memakan senja umurnya. Setiap kali bangun subuh, aku akan segera ke rumah atu dan perkara pertama yang aku buat adalah masuk ke biliknya dan perhati jika di masih bernapas. Jangn kau rampas dia ketika aku tiada disisinya seperti kau ambil Harith ketika aku jauh daripadanya. Dan jangan pergi tanpa tanda seperti Hasifuddin, yang kurangkul jenzahnya kemudian, pulang ke rumah. Aku tak dapat tidur lagi. Biarlah, resah ini terus berdegup merisaukanmu. Jangan rindu ini pucat, jangan rindu ini tenat. 

Desing

Kesunyian penuh di pejabat ini cukup saya senangi. Hati saya girang. Berbaring merenung pokok berjirus cahaya di luar, desing motosikal yang sesekali mengencang di jalan depan. Suasana yang saya mahu raih seumur hidup, kalau boleh.

Masih

Terenung-menung siluet-siluet, dingin bercampur suam, bantal kusam dan penekup telinga nan tuli. Tiada kepastian bila akhirnya. Mereka masih kekal diam, kaku. Kemana pergi roh mereka, berkeliaran tak ketemu jalan pulang seperti lazat tidurku yang sukar kutemui kini.

Sekat

Saya mahu balik rumah dan selesaikan beberapa urusan, melunaskan kerinduan. Adakah kucing saya masih mengenali saya nanti? Bagaimana dengan kemangi di tepi rumah yang saya tanam, akan dapatkah ia membezakan siraman air saya dan orang lain?  Saya tidak pasti berapa lama saya boleh berada di sini. Ibu kota bukanlah suatu yang asing dan pada suatu ketika hampir 6 tahun menjadi tempat menetap sebelum saya merasa bosan dan perlu balik rumah. Entah berapa lama kali ini, adakah kebosanan akan menyapa juga nanti? Saya berharap saya tidak berakhir seperti puisi Heng Zihang.

Curi

Jam 0221. Salakan anjing sayup di luar, cericit serangga dan sesekali deruman kereta, juga perbualan di sebelah yang menggaru lena. Panjang.  Cuba tekup telinga dengan fon. Cuba pejam. Entah berapa banyak difendramin diteguk. Masih menyala mata. Seorang teman apdet status sunyi itu mahal. Saya balas sungguh. Dua hari lepas, tengah malam tiba-tiba lidah kebas, tangan geletar, badan kejung. Terus bangun, tarik nafas dan goncang badan. Entah sindrom apa. Perbualan di sebelah dalam suasana senyap selalu mencipta debar, gelisah dan penasaran. Di kampung, kalau dalam bilik bersunyian kala suasana begitu sepikaku dan tiba-tiba ada suara menghidupkam huruf-huruf, dada saya akan tiba-tiba berdebar. Jiwa gemuruh. Duduk tak tenang, baring tak senang. Saya akan meluru keluar, jalan kaki dan hirup udara. Tapi di sini? Hanya puntung rokok direnyukkan. Tidur itu nikmat dan selalu ia kedekut padaku. Bawah mata kian hari menghitam. Membencikan di cermin. Sesekali vertigo menyapa, pusing...

Diam

Baru beberapa minggu lepas Marjan duduk di sebelah aku, sesekali menyampuk sembang kami; Hafiz, Sinaga dan Karim, perihal sastera dan penulisan. Dia datang dengan Grab bersama tongkatnya. Sebelum itu beberap kali nampak dia melepak dengan busker Meo dan kadang, di sekitar Pasar Seni.  Aku selalu terbayang, kalau umur panjang, hidup aku akan berakhir macam ni. Andai di kampung, aku inginkan kematian begini juga, seorang, dan mati di sisi pokok, lereng bukit atau dekat paya. Aku tak fikir itu menyedihkan tapi untuk melihat orang lain mati sedemikian, ia menghibakan. 

Perlu

Saya tak memerlukan lebih daripada apa yang orang kata saya perlukan lebih daripada yang saya ada sekarang. Kecukupan hadir bila-bila masa. Kalau angin datang sebanyak itu, saya jumlahkannya ke dalam poket kepuasan sejumlah yang datang sesajak itu. Kalau cahaya lampu pudar, saya biarkan. Kalau mentol terbakar, saya gantikan. Mengejar tanpa tujuan menyesatkan. Mengejar kerana desakan mengajarkan ketetapan tanpa peduli hasilnya. Kecukupan berada di antaranya dan kepuasan menjelma guru — mengingatkan. Namun aku bukan zuhud. Itu cuma seorang lagi guru yang aku larikan diri ketika pertama kali terlihat kelibatnya dari jauh, mengepit rotan panjang. Aku hanya mahu berasa sentiasa cukup dan sesekali merasa tidak.

Budak Api

Pemetik api ini sengaja kubiarkan lama menyala, melacurkan kulitku. Aku berpura-pura tidak merasakan apa-apa walaupun merasakan bahangnya. Kesakitan melolong dalam hati. Aku sengaja biarkan. Adakah api akan sejuk atau terpadam sendiri? Sengaja aku biarkan jari menahan roda pemetik api walau jelas lenguh berkuman memvirusinya. Kemudian aku sengaja berpura-pura tidak sengaja meniupkan api itu. Sekarang kulitku melecur dan aku tak menyesal. Aku tidak berpura-pura lagi untuk mengakui bahawa api sememangnya panas membara.

Ragu seperti ragu-ragu

sepuluh minit di ja'ranah bahu, dada dan lehermu dilitupi duri-duri, melumatkan daging tubuhku saat pertama kali kudakapmu. kubiarkan juga, hancur segala. merah dan basah pepasir. kau masih tersenyum sedang aku tinggal putih tulang semata, hingga kaktus dan unta hitam sehitamnya, hinggakan debu asyik menari. aku rebah tak bersuara dan kau melangkah pergi, menanggalkan duri-duri yang pekat merah, merangkai ketewasanku. nafasku, hanya nafasku mengejarmu. arab saudi, disember 2019.                           *** Keraguan asas keimanan kata Dekah. Saya kerap meragui apa yang orang sekeliling saya katakan. Penerimaannya kadang sekadar mengeya, kadang sinis, kadang dengan kelelahan. Tapi kalau selalu, berulang, ia masuk ke telinga, hati perlahan-lahan beriman kepadanya. Saya menuliskan sajak ini ketika melihat anjing-anjing menyelongkar gumpalan sampah, di suatu RnR dekat Ja’ranah, tidak jauh dari mekah, dalam perjala...