Saya mahu balik rumah dan selesaikan beberapa urusan, melunaskan kerinduan. Adakah kucing saya masih mengenali saya nanti? Bagaimana dengan kemangi di tepi rumah yang saya tanam, akan dapatkah ia membezakan siraman air saya dan orang lain?
Saya tidak pasti berapa lama saya boleh berada di sini. Ibu kota bukanlah suatu yang asing dan pada suatu ketika hampir 6 tahun menjadi tempat menetap sebelum saya merasa bosan dan perlu balik rumah. Entah berapa lama kali ini, adakah kebosanan akan menyapa juga nanti?
Saya berharap saya tidak berakhir seperti puisi Heng Zihang.
Comments
Post a Comment