Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Cerpen, Italo Calvino dan La Luna

Ceruk Dingin

Saya sudah menempah lebih awal roti canai melayu pahang itu. Nama kedainya Restoran Tasnim, penyokong kuat Pas sejak dulu dan kini saya fikir mereka sangat berbangga dengannya. Poster Adun baru Dun Damak dari Pas bertampal pada kaca pintunya. Dulu kami memanggilnya Keda Haji Derani, arwah Derani tauke asal kedai ni, pakai kacamata macam Hadi Awang dan ubun kopiah warna merah macam kepiah Azhar - Ahmad Awang. Atau kami memanggilnya sebagai Kedai Teksi sebab ia terletak betul2 di sebelah stesen teksi. Sekarang kedai tu dah berpindah dekat stesen bas. Bilangan pelanggannya ramai seperti biasa terutamanya pada hari cuti. Tapi mereka tutup pada Jumaat. Saya rasa saya dah banyak mengomel pasal roti canai. Kesedapan roti canai melayu baik pahang atau kelantan, tiada tolok bandingnya. Seratuskali ganda baik daripada mamak. Saya cuma nak kata, saya ke Tasnim Ahad lalu, dan selepas menempah saya pergi ke pekan sari membeli barang lain. Sekembalinya semula lebih kurang setengah jam ke...

Tupai

Dalam video di youtube bertajuk In Conversation with Artist Latiff Mohidin (tajuknya lebih panjang, dengan durasi sejam, cuba searchnya pasti ada) yang baru dimuatnaik beberapa bulan lepas, dia menyebut tentang proses kerjanya untuk siri Mindscape (selepas ditanya seorang peserta talknya). Katanya ketika itu dia banyak membaca tentang meditasi, buku2 Tao, Zen dan apa2 berkaitan ketenangan dari Jepun. Moderator turut menyebut mengenai sajak2nya ketika dia muda yang dikatakan lain daripada sajak2 penyair pada waktu itu yang banyak mengenai perjuangan, masyarakat dan nasionalisme. "Kita dah merdeka, jadi perjuangan apa lagi? Saya tulis untuk mengisinya. Tentang serangga, alam. Saya tulis dari hati saya." Walaupun sepanjang tempoh talk itu hampir semuanya mengenai lukisan, namun perihal sajak dan kembaranya turut disentuh. Kalau kita baca blog Catatan  Latiff (aku belum baca bukunya, mana nak dapat?)  ia menyatakan betapa dia mencintai penulisan. Agaknya bilakah kita akan d...

Samar

Kita tak tahu masa depan macam mana. Tapi kalau diteliti kita boleh mengagak walaupun tidak jelas. Keadaan ini aku gelarkan sebagai kesamaran. Ia samar-samar. Aku menyukai konsep ini, dalam kehidupan secara amnya dan dalam penulisan-seni-sastra secara khususnya. Misalnya pada penamat suatu2 karya, ambiguiti membuatkan kita berfikir, tertanya-tanya malah geram mungkin juga. Ia tergantung (?) dan buat kita ingin mahu lagi, tak cukup. Begitu juga pada individu. Jika seseorang itu senantiasa menampilkan kesamaran ini pada dirinya, ia buat kita ada sesuatu untuk terus mengapungkan fikiran atau pandangan kita pada seseorang itu. Benda ini patutnya boleh diulas lebih panjang tapi aku terlalu mengantuk. Esok raya haji. Sejak mula membela lembu dan menjualnya semua, aku terapung. Dalam kesamaran mengenai sifat empati, sayurisme dan keterbukaan, aku boleh menabalkan diri aku sebagai seorang yang hipokrit. Ah, semua orang begitu, kan? Aku tak sanggup melihat lembu disembelih, atau mana2 binta...

Jerebu

Jerebu dan Kekaburan Waktu pagi, terlebih lagi jika kau duduk di kampung, berpaling ke belakang yang dipenuhi hutan, putih kapas dicatkan padanya – kabus tebal pada kanvas hijau. Petang, hari panas naik gila, seperti lidah berbara menjilat muka kau, badan kau dan kau menyumpah-nyumpah pada jerebu yang menyamar sebagai kabus. Inilah kebangangan negeri jiran kita yang entah bila nak jadi lebih bermoral dan ada etika kemanusiaan. Muncul pertengahan tahun ada je jerebu menjunam jatuh ke tubuh negara. Jerebu yang buat bibir aku kering, yang buat aku berpeluh tanpa keperluan, yang buat, buat, buat... ah salahkan pada jerebu yang merencatkan semangat aku untuk sambung menulis manuskrip novel. Hari ini selesai mengecat pada waktu pagi di rumah nenek, dan selepas jumaat aku pergi ke bandar. Jerebu dan panas punya pasal, badan aku hangat semacam bagaikan air di cerek yang tengah dijerang, nafas aku menghembus macam wap air hangat , mengepul di udara. Mulanya nak pergi pustaka dan ...

Sehariku dan kemuliaan pagi

Kita secara umumnya menerima pagi sebagai permulaan hari. Sebab itu sarapan dikata sebagai kewajiban yang jangan ditinggal kerana setelah terlena lama kita perlukan kekuatan untuk memulakan gerak tubuh dan menyeret langkah menghadapi detik-detik kemudiannya. Dalam novel Kasino karya Saifullizan Tahir yang sangat teliti itu, ia menggambarkan bersiap ke tempat kerja sebagai satu upacara sakral yang dia nikmati. Antara perlakuan itu termasuklah meneguk air masak, senaman ringan, bercukur, mandi, menyabun dan syampu, menyarung pakaian dan sarapan. Gambarannya sangat teliti dan buat kita ikut sama tergelincir ke dalam setiap aksinya dan pada akhir mengakui betapa seronok untuk bangkit sewaktu pagi. Sejak kecil saya diberitahu oleh makcik2 saya cahaya matahari pagi mengandungi vitamin yang baik untuk kulit. Ingatan tentang itu telah tertanam kukuh di dalam kepala walaupun mungkin fakta mengenainya adalah sebaliknya, dan kalaupun saya menjumpai fakta tersebut saya mungkin sukar untuk m...

Menulis di fon

Kalau menulis di fon saya berkecenderungan menulis dengan patah perkataan yang pendek dan seringkalinya dengan keinginan cepat mahu ditamatkan suatu2 penulisan itu. Sebab fon bersaiz kecil. Ruang muka taipnya memberi perspektif di mata bahawa segala teks mesti padat. Lagipula kegunaan utama fon pada awalnya memang bukan teks pun. Ia lebih kepada suara, komunikatif. Tapi dengan kehadiran SMS ia mengembangkan fungsi teks dalam bentuk pendek. Dari sini lahir gaya baru penulisan spt menghapuskan huruf vokal. Dan nama pun sistem mesej singkat, kan? Ia bergerak terus maju ke depan dan ada aplikasi MW, notepad dan pelbagai lagi. Tapi hantu bentuk kependekan ini terus menghambat terangan sebab saiz fon kecil. Ia tak seperti komputer di mana regangan tangan kita lebih terbuka dan jari lebih punya ruang pada papan kekunci. Kita duduk menyandar di kerusi, paparan skrin yang lebih luas memberi jarak tertentu untuk tak saja berfikir tapi buat terasa hendak menaip lebih panjang keran...

Sehariku 2

Laparkan Shawarma Secalit Sehariku#2 sepatutnya sudah boleh dibaca di blog ini semalam. Tapi entah kebangangan apa pada app blogspot saya di fon, ia tidak terterbit. Saya menulis tentang bangun pagi dan tetiba teringat akan shawarma yang sedap – dibeli di gerai pak Arab di Hadramawt Lane, Bukit Bintang dan makan sambil menunggu bas GoKL (dengarnya kerajaan akana tamatkan perkhidmatan ni? Kalau jadi betul, memang tindakan dungu akal sungguh sebab saya memang akan naik bas ni). Dan dari keinginan itu saya berusaha membuat satu yang serupa, kalau tak sama sekalipun. Di rumah tak ada tortilla atau roti pita (di bakeri Aeon dijual sangat murah!). Yang ada cuma roti. Dah tentulah tak ada daging panggang. Yang ada cuma naget ayam. Dan tak ada timun jeruk. Tapi ada mayo (walaupun rasanya berbeza dengan mayo Arab tu tapi adalah keserupaan dia sikit kan?) dan jejari kentang. Saya potong kecil-kecil naget dan goreng sekali kentang. Saya sapu mayo pada roti dan kapit dengan bahan goreng tadi...

Secalit Sehariku #1 : blog-diari

Idea blog sebagai diari dah berputar lama dalam kepala dan sebenarnyalah, memang saya rasa ia telah menjadi diari secara tak langsung walaupun apa yang saya catatkan di dalam ini belum mencakupi peribadi dan catatan hidup harian saya yang lebih mendalam. Dulu blog memang rancak dan telah menjadi trend untuk mempunyai blog, menulis, menghiasnya dan promo di fb. Tak perlu diterang bagaimana ia merudum dengan pantas, saya kira fb ig dan twitter adalah kompetitur yang cerdas, muncul dengan diea segar untuk kekal relevan. Oleh kerana tak begitu ramai orang membaca blog, ia kembali menjadi sepi, dan bagi saya sendiri ia telah menjadi siatusi yang... menang tak memang, hendak tak hendak. Eh, susah pulak nak terangkan dengan perkataan ye. Semasa saya kecil boleh dikatakan hampir kesemua makcik saya mempunyai diari yang tebal dan menulis, hampir setiap hari terutamanya ketika malam sebelum mereka tidur. Makjang akan mencuri baca diari makcu dan makcu akan curi baca diari mak itam dan mak ita...