Skip to main content

Secalit Sehariku #1 : blog-diari

Idea blog sebagai diari dah berputar lama dalam kepala dan sebenarnyalah, memang saya rasa ia telah menjadi diari secara tak langsung walaupun apa yang saya catatkan di dalam ini belum mencakupi peribadi dan catatan hidup harian saya yang lebih mendalam. Dulu blog memang rancak dan telah menjadi trend untuk mempunyai blog, menulis, menghiasnya dan promo di fb. Tak perlu diterang bagaimana ia merudum dengan pantas, saya kira fb ig dan twitter adalah kompetitur yang cerdas, muncul dengan diea segar untuk kekal relevan.

Oleh kerana tak begitu ramai orang membaca blog, ia kembali menjadi sepi, dan bagi saya sendiri ia telah menjadi siatusi yang... menang tak memang, hendak tak hendak. Eh, susah pulak nak terangkan dengan perkataan ye. Semasa saya kecil boleh dikatakan hampir kesemua makcik saya mempunyai diari yang tebal dan menulis, hampir setiap hari terutamanya ketika malam sebelum mereka tidur. Makjang akan mencuri baca diari makcu dan makcu akan curi baca diari mak itam dan mak itam akan curi baca diari mereka semua sambil ketawa, tersengih dan bersama saya yang turut menjadi saksi mereka akan merapatkan jari telunjuk ke bibir. Okey, enuff pasal tu. Mari saya mulakan. Mulai hari ini, saya berazam, paling kurang seminggu 3 kali, saya akan mencatat hal harian saya ke dalam blog ini. Mungkin ia akan menjadi satu rujukan penting kalau saya dah tua nanti andai tetiba ada yang menggesa/meminta(eceh perasan) saya menulis memoir atau autobiografi, maka tak perlu saya gelabah tak sudah menguras idea, memerah ingatan dan membayangkan kembali memori2 silam untuk dituliskan. Membayangkan keadaan itu - 40 tahun akan datang contohnya, mungkin, saya cuma perlu bersandar di kerusi, merendahkan kaca mata ke batang hidung,  melayari blog ini yang ketika itu agaknya entah sudah lain benar bentuknya dan perlukan koding spesial bagi retrieve semula blog ini dek ditenggelamkan teknologi2 terbaru, - saya cuma salin dan tampal semula. Apa yang saya perlukan hanya memperindahkan bahasa, menghiasnya dengan tata (entah bagaimana rupa DBP di masa depan dan masihkah kita mengikut saranan tatarujukan mereka?; oh saya agak kalau saya baca semula pada masa tu(andai masih hidup, tentunya) saya akan berkata ah, lantak.

Okey sudah dengan meleter panjang. mari kita mulakan. Ya hari ini ya? Ah tidak, saya nak tarik semula kepada perca-perca kebnangan menarik yang mula berlaku dari semlam, sekadar hendak dijadikan asas kepada apdet siri Secalit Sehariku. Mari...

Saya tidak pernah mesra dengan sastera dari Jepun. Ini, tentu sekali berbeza dengan minat terhadap anime atau manga yang masih lagi saya kekal membacanya dengan ghairah sekali, resah menunggu kemas kini penulisnya setiap minggu (kalau waktu kecil, saya sangat gusar menjelang hujung mi nggu, menantikan jika sudah ada komik terjemahan terbaru yang sampai di kedai Ah Sang berserta vcd percuma), dan gembira jika ada manga2 baru yang muncul. Tak sama dengan sastera dari sana. Saya tidak ingat apakah tulisan Jepun yang pertama saya baca. Mungkin cerpennya semasa saya kecil di dalam Antologi Cerpen Asia Pasifik yang diterbit DBP atau siri kisah fabel klasik yang terdapat di pustaka sekolah rendah dulu. Yang pasti, ia tidak melekat di hati. Tak seperti sastera dari omputeh (ini tak pelik kerana kita memang apa pun mendahulukan yang dari sana, kan?).

Mungkin yang lebih jelas, buku Haruki Murakami di pustaka daerah Jerantut, Tsukuru Tazaki dan ia versi inggeris dan saya baca ms 1 nya, kedua dan ketiga sampai kelima ia tak mencambahkan sebarang minat malah menambahkan kejemuan yang bergumpal di kepala dan kepeningan yang pasang di mata. Semasa membeli buku Didera Hujan, novel debut Mohd Nurzharif, mengetahuinya juga penjual buku klasik, saya meminta untuk diberi mana-mana buku lama sebagai cenderahati. Dia mengatakan okey dan tidak beri saya pilihan atau mengisyaratkan buku mana yang akan diberikan. Semasa bukunya sampai beberapa hari kemudian, baru saya tahu saya dicenderahatikan dengan novel Jepun terjemahan bertajuk ...yang Memilih Jelatang tulisan Junichiro Tanizaki. Elipsis di depannya menghadirkan teka-teki dan bukan kebetulan yang biasa apabila novel Nurzahrif itu dalam tiap muka suaratnya banyak sekali penggunaan elispsis sehingga saya tegurnya di laman goodreads. Dan ... buat saya teringat pada filim Khir Rahman yang dibintangis Arja Lee, Jalaludin Hasaan, Normah Damanhuri iaitu... Dalam Botol.  Saya mengambil masa lima hari untuk menghabiskannya kerana sejak dua tahun lalu, menjadi tabiat saya untuk mebaca lebih dari satu buku dlaam satu2 masa. Tidaklah saya benci cerita itu atau menyukainya sangat. Mungkin kerana temanya bagi saya, agak klise dna kalau saya berada pada zaman itu dan membacanya saya akan kata ia novel revolusional.

Saya berkata pada diri bahawa saya tak akan sentuh Haruki Murakami biar betapa ramai kenalan, rakan, penulis lain menghypekannya di laman sosial tapi membaca rebiu Regina Ibrahim buat saya kepingin untuk membacanya. Dan saya menghantar cerpen ke cukaria dan mengambil enam buku percuma Fixi yang salah satunya terjemahan Tsuku Tazaki Tanpa Nama dan saya mengambil masa yang lebih lama untuk menyudahkannya, memeruk diri di dalam nilik, terperusuk di suatu suduit yang kelam, meneliti satu ayat demi ayat dan bait demi bait sambil mengarapkan tiap patyah perkataan itu bangun dari kertas menyerbu ke mata, mengairi kelopaknya, menghangatkannya tapi... taka ada satu pun yang berlaku. Apakah saya terlalu dungu dan belum bersedia dengan penulisan gaya begitu? Saya tak berseorang rasanya kerana rebiu Regina yang pada asalnya semacam mahu mencabar saya supaya membuktikannya salah, adalah tak benar sebaliknya saya bersetuju. Ia sebuah novel yang memenatkan, dan pabila saya letak, tinggalkan untuk terus dengan buku lain ia bercericit dari jauh dengan bunyi yang lebih teruk dari burung pipit, dan pabila saya memetik suis kipas bersedia mengatup mata dia muncul sebagai lelaki tua berkimono dengan suara lirih, menanggung kucing aneh di bahu dan meminta saya bacakan padanya satu muka surat novel itu dan mahu berkata 'ia novel yang sedap, kan?'

Tapi kembara saya dengan penulisan Jepun tak begitu mudah terhenti.

Ia petang yang sedikit berangin tapi cuaca hangat dan pokok-pokok di laman rumah meliuk-lentok dan saya memutuskan untuk ke bandar Jerantut yang indah lagi saya sayangi itu bagi membeli sekotak rokok dan sesampainya di kedai rokok berhampiran Terminal Bas baru yang begitu ramai pula pelancong Eropa petang itu, saya berhenti, terlihat status oleh seorang penulis, Lokman Hakim dan beberapa peserta Write In termasuk seorang editor siri Magic Bean Gempakstarz, menerbitkan novel ringan - seperti yang mereka terjemahkan terus dari istilah Jepun, ia memeri hal Kadokawa - yang sebenarnya saya cukup sedar lebih lama cuma saya belum ada minat hendak membeli novel2 mereka walaupun kavernya sangat lawa- itu harus saya akui; seperti meminta jika ada penulis luar sana yang berminat menghantar manuskrip ke Gempakstarz. Sejujurnya saya tak ada minat langsung dan terus, saya cari maklumat lagi di laman Gempakstarz sambil menghisap rokok yang baru dibeli bersebelahan kedai 7Eleven yang mana orang putih berbau hapak, berbeg besar, seluar pendek dengan tak berkasut, berlonggok di luar, bising menghisap rokok.  Tapi bising mereka tak kacau jiwa saya yang terpukau dengan tajuk-tajuk novel Kadokawa, cerita di sebalik laku keras novel mereka, beberapa yang telah diterjemah dan akhirnya saya tak pedulikan pelancong-pelancong Eropa, sebagaimana mereka tak pedulikan saya, lalu saya seret langkah ke dalam 7E dan beli Izinkan Kumakan Pankreasmu- tajuk yang kedengaran lucu - dan antara penarik minatnya adalah kavernya yang sangat remaja, sejuk dan... blurbnya. Tapi 7E situ dah tak banyak stok buku lain. Saya bergegas ke kedai Ah Sang dan beli satu siri lain dari Gempakstarz, novel ringan tulisan penulis tempatan Rahim Ramli. Saya bawa pulang ke rumah dan mula baca tulisan Yoru Sumino itu.



Kalau tak kerana ayat yang lebih ringan, cerita sederhana romantik, tentu ia jadi sebuah novel yang membosankan. Aneh itu difikirkan saya boleh membacanya dengan lancar walau beberapa kali saya berasa sesal dan kemudian mengambil semula buku itu, menyelaknya, dan terus membaca lagi sambil berbaring di atas tilam, di meja, di kedai makan dan  dan... Ia mula buat saya hendak menyelidik sastera Jepun sehingga saya mula menonton siri Aoi Bungaku di internet bermula dengan Osamu Dazai, Akutagawa dan beberapa penulis lain lagi.

Ahhh nampaknya terlalu panjang perca lepas yang aku cuba cantumkan ini. Walhal aku mahu mencalit cerita hari ini. Baik...

-- Aku bangun awal pagi, ah tidaklah awal sangat. Lebih kurang jam 630 dan menjerang air lalu mandi dengannya. Dan saya gosok gigi, sental badan, sapu syampu dan gerak ke bandar Jerantut. Saya naik motor kris saya yang sudah uzur tanpa cukai jalan. Saya pakai kemeja hitam yang warananya sudah pudar giler, seluar kain nioon warna coklat dan selipar adidas yang sudah licin tapaknya keran sudah bertahun saya guna dan galas sebuah beg yang terisi laptop. Pagi dari kampung, deru angin yang ahh... segar menerpa ke wajah, tubuh, rambut yang kering sedikit demi sedikit tanpa topi kaledar dan menunggang dengan perlahan sebolehnya tanpa perlua risau akan polis atau jpj sebab pagi awal tak ada yang cerdik nak buat roadblock. Pun begitu yang aku tak suka mungkin lori-lori dari lombong bijih timah, lori-lori balak, treler yang dipandu laju walau mereka melalui selekoh sekalipun, ya aku benci dan tiap kali melintas mereka atau dilintas mereka atau melalui jalan masuk lombong itu yang berdebu hatta waktu pagi sekalipun, aku ada pikiran jahat, atau sebenarnya ia taklah jahat, kan?; yang aku mahu mengebom jambatan yang menghubungkan sungai dengan jalan utama ke jalan masuk ke dalam lombong itu, atau aku boleh mengendap sesenyap mungkin pada waktu malam membawa bom (bom lagi?) masuk jauh ke dalam lombong itu dan letupkan mesin-mesin batu serta jentera mereka. Tapi ia kekal jadi pikiran sebab aku tak punya kekuatan, tak ada daya dan keberanian langsung.

-- Sampai di bandar saya singgah di kedai Ah Sang dan beli Dewan Sastera dan Tunas Cipta. Mulanya saya mahu terus ke McDonalads, di sana ada plug dan boleh online sambil menulis tapi saya memutuskan untuk ke kedai ROTI CANAI MELAYU yang diusahakan sejak zaman saya kecil lag. kedai itu terleltak di bandar lama dan dipanggil Restoran Fauzi, arwah Fauzi yang bermisai tebal dan kedainya dulu selalu masuk surat khabar kerana diserbu pihak berkuasa kerana menjual makanan semasa bulan puasa. Tapi kini tidak lagi. Menghampiri beberapa waktu sebelum pemergiannya, terdapat beberapa perubahan yang berlaku seperti anak-anaknya sudah mula memakai tudung, anak lelaki sulungnya berjanggut lebat dan sekarang dialah yang menerbar rotinya, dengan jambang dan kupiah hijau. Rasanya masih sedap, kekal rapuh dan murah dan yang lebih utama jauh lebih sedap daripada roti2 canmai mamak yang pada pendapat aku, tak sedap langsung tapi terpaksa makan sebab di KL atau Slangor kedai roti canai Melayu di tempat tumpuan hampir tak ada dan kalau ada pun di kawasan berkepadatan Melayu saja jadi inilah yang sellau saya julang di laman sosial dnegangmabar-gambar dan video dari kedai mereka. Ada beberpa lagi kedai roti canai melayu yang sedap di jerantut seperti Tasnim, tepi sekolah Temin, Joe, Syed Aziz, Sopi, dan... dan... dan... ah terlalu panjang kalau nak disenaraikan semua.

-- sambil makan dan hirup teh tidak manis - yang mana ia bagus sebab saya dah mula kurang suka teh yang manis; membaca TC dan DS hanya menggumpalkan kekecewaan ke dalam hati. Biarlah saya simpulkan majoriti karya yang tersiar itu seperti kata emak saya yang mengidap skizoforenia 'jaman tok katik (baca sebagai khatib) adam'. Saya merakam video ringkas kedai itu dan muatnaik ke instagram. Saya hirup kopi dan baca ulasan Roslan Jomel dan SM Zakir dan tulisan Azrin Fauzi dan Fahd Razy dan bersyukur kerana ada juga tulisan yang baik dan boleh dikenang ingat.

-- saya ke 7E berhajat untuk membeli meksiko ban mereka. Saya tau ia rasa tak sama dengan Rotiboy walaupun hakikatnya kali pertama saya makan rotiboy dan sangat suka dengannya dan apabila saya pindah kampung semula dan Jerantut tak ada Rotiboy maka saya perlu cari ganti untuk hilangkan rasa rindu terhadapnya dan apa pilihan yang ada selain ban meksiko 7E? Lama kelamaan saya jadi gemar padanya, dan mula jadi hal wajib kalau masuk ke sana akan automatik beli. Tapi pagi ini tak adak. meksiko ban dah habis, kata pekerja wanita yang saya syak baru habis SPM itu. Dia berkulit kuning langsat tapi hari itu, tak seperti semalam atau minggu lepas ketika saya beli novel Yoru Sumino, hari ini dia pucat pasi. Apa mungkin dia sakit dan selalu saya bayangkan pucat seperti itu adalah gebar kepada sakit yang fatal, mematikan seperti barah atau ah... apapa yang berbarah. Saya akhirnya memilih satu kek coklat dan secawan kertas kopi yang manis itu, oh tuhan,. tak ertikah mereka cari biji kopi yang sedap sikit dan tau bahwa kopi yang sedap bukanlah kopi yang termanis?; tapi kerana saya tak ada pilihan, saya beli saja. Itu saja? tanya dia dan habis cross selling ini memang ada pada setiap pekerja 7E baik store itu di Baling, KL Sentral, Jerantut, Temerloh, Kuala Kangsar, Parit atau stesen MRT.. eh saya makin lupa apa nama stesen itu yang menempatkan 7E dan setaip kali waktu pulang kerja kawan saya akan hantar saya ke stesen itu jam sembilan atau sepuluh dan pasti saya akan singgah beli topup, kopi, roti, kek, ban meksiko dan seorang pekerja Bangla itu, selama sebulan-setiap hari syaa menjamahkan kaki ke kedainya dia ingat tampang saya. Ya apa nama stesen it? Tiga stessen sebelum stesen terakhir... oh ya baru ingat ia stesen Kwasa Sentral.

-- dan sebelum membayar saya ke rak buku Gempakstarz lalau perasan satu novel Kadokawa Gempakstarz, terjemahan tentunya. Saya tak ingat tajukanya namun blurbnya berbunyi lebih kurang... 'Pada hujung musim bunga, seorang pelajar bernama (tak ingat namanya) menyertai Kelab Sastera Kolej. Ia tak ragu lagi, berdasarkan kaver, adalah kisah romantis remaja dan pasti disulamkan dengan puisi, bicara sastera Jepun etsetera etsetera. Saya seluk dompet tapi wang belum cukup dan pekerja yang pucat tadi  sedang menerkur dan kedua belah tangannya berusaha cuba mengetatkan penutup cawan kertas kopi saya. Saya kata tak mengapa dan bayar wang dan saat saya keluar maka terlihatlah tiga biji van pelancong danm orang putih turun berbondong-bondong lalu seorang daripadanya merenung saya, tapi saya tak peduli. Bo layan.



-- Ah pustaka. Bak kata Muhammad Haji Salleh 'Persputakaan itu duniaku' atau 'perpustakaan itu tanah airku'. Aku masuk ke pustaka dan perkara pertama ke lobinya, membaca akhbar seksyen sastera dan sukan. Lebih kurang sepuluh minit membeleknya saya tak sedar langsung kehadiran pakcik di depan saya yang melebar kangkanganya merentang akhbar dan apalah yang dia kisah, kan? sebab dia pun larut dalam pembacaan. Saya masuk ke dalam ke bahagian dewasa dan jumpa buku Kelabu oleh Natsumi Soseki terejemahan Thaiyibah Sulaiman dan saya mula baca sampai 40 muka surat sambil gilirkannya dengan online fb di fon. Setelah agak lama, saya pergi kencing dan di dalam tandas saya menggaru celah kelangkang, cucinya dengan pancuran air dan sabun sebelum berasa lega. Saya catat nama pada buku log pengguna komputer lalu naik ke bahagisan atas pustaka yang sunyi dan ya... MENULIS natang ni.

Sekian diari hari ni Secalit Sehariku.

Comments