Ahh.. malasnya nak bangun. Ahh.. malasnya nak ambik tuala, malasnya nak berjalan pergi bilik air. Ahh.. malasnya nak gosok gigi, nak mandi? Pagi-pagi macam ni mesti sejuk kan?Baru pukul 6 pagi ni, sejuk la air tu. Lagi satu, nak solat Subuh lagi. Kat surau pulak tu, kena berjalan lagi. Balik solat nak kena paki baju sekolah, nak kena ikat tali kasut,tali leher. Haii, nak ke sekolah pun macam-macam nak kena ikat. Nasib baik tak kena ikat perut. Untunglah aku anak orang kaya.
Tapi, aku malas lah nak buat semua kerja. Leceh betul. Kan best kalau kat asrama ni boleh bawak Mbak orang gaji kat rumah aku tu. Senang sikit kerja aku.Apasal lah mak bapak aku hantar aku kat ‘neraka’ ni?
Aku malas betul nak basuh baju, dah la pakai tangan pulak tu. Aku malas nak basuh kasut, kasut putih cepat kotor. Lecehlah. Satu lagi kalau hujung minggu warden asrama tak boleh tengok aku senang langsung. Ade je program. Gotong-royong lah,spot check loker, bilik lah. Kalau kotor kena denda pulak. Yang tu memang penat dan buat sakit badan aje.
Dah la masakan kat asrama ni.. eeeei, sorry to say lah ‘sucks’. Nasib baiklah karipap dia sedap. Aku tak miss langsung karipap dia. Memang sedap wey. Tapi nak turun dewan makan pun dah satu kerja. Malas lagi.
Sebijik karipap mane cukup, paling kurang nak kena taram 3 bijik. Baru kenyang. Kak dewan makan ni pun satu, kedekut ya amat. Bagilah lebih sikit.Alahh, gaji awak tak kurangnyer kalau budak lain tak cukup makanan. Kann?
Tapi macam mane nak selesaikan semua nie? Macam mana nak selesaikan kemalasan kat asrama ni?
Haaa.. aku tau. Aku rase korang pun tahu kann.I mean budak-budak yang pernah duduk asrama mesti tahu kan?
Sidik masuk dalam bilik aku. Dia baru tingkatan 2. Badannye kecik-kecik, tak tinggi sangat. Dia baru lepas habis basuh baju. Aku pulak baru bangun dari tidur.
Aku ternampak baju-baju aku yang bertimbun dalam baldi di sebelah loker aku.Dah mula berbau.
“Sidik, mari sini kejap” aku panggil Sidik dengan nada yang mesra. Alahh, nak mintak tolong kena lah cakap baik-baik kan?
“ye bang, ada apa?” Sidik bertanya seolah-olah buat-buat tak paham.
“Haa, kaw Nampak baldi tuh?” nada suara aku mula berubah. Ditinggikan sedikit.
“Err, nak saya basuh ke?” Sidik buat tak paham lagi. Geram betul aku budak ni.
“Kau basuh baju-baju nie. Pakai sabun Daia, jangan sabun serbuk. Pastu ko guna Softlan tau. Then ko jemur dengan hanger. Asingkan baju putih dengan baju lain. Yang baju putih kaw rendam dengan Clorox dulu. Paham? Aku memberi penerangan seolah-olah seorang pegawai.
Sidik mengangguk tanda setuju. Terserlah ketidakpuasan hati melalui riak mukanya.
“Kau kenapa? Ade masalah?” aku bertanya sambil aku bangun dari perbaringan aku. Menunjukkan badan aku yang sasa seolah nak bertumbuk.
“Tak , takde apa-apa bang , sorry” Sidik menikus menjawab. Dia senyum-senyum tawar.
Haiii, macam tu lah hari-hari. Kalau aku nak karipap lebih aku suruh Sidik, Qayum atau Ajis ambilkan untuk aku. Aku siap bagi Tupperware supaya diorang dapat penuhkan dengan karipap semata
.
Baju-baju dan kasut kini bukan lagi masalah bagi aku. Kalau aku dahaga nak air sejuk atau aku lapar mi segera, aku suruh Ajis atau siapa-siapa yang lalu kat koridor tu ambilkan air kat watercooler kat tingkat bawah. Kalau penat , badan-badan lenguh aku ada tukang urut. Senangkan hidup aku?
Mula-mula aku tak tahu ni semua. Iwan Jambu, kawan sebilik aku la yang beritahu.
“Jat, kau duk asrama ni tak boleh baik sangat dengan junior tau” Iwan membuka perbualan pada hari pertama aku di asrama.
“Kenapa Iwan? Kalau buli nanti kantoi, mampos aku”
“Takdelah, kau ni tak pernah duduk asrama sebelum ni kan?”
“U’uh”
“Nie aku nak bagitahu, buli tak pernah pupus tau. Buli yang tak teruk sangat mcam suruh-suruh junior buat kerja ni tak pe lagi, jangan sampai memukul atau ada yang tercedera. Sampai tahap tu ko bahaya kawan”
“Ooh, lagi satu aku banyak adik angkat kat sini, jangan ko buli diorang pulak”
Aku buat muka pelik. Adik aangkat? Euwww .. Aku cakap dalam hati jer la, kalau cakap depan-depan terasa pulak kawan aku neh. Motif nak beradik angkat bagai? Nonsense betul.
Start pada hari tu lah aku macam dapat lesen besar. Hidup aku kat asrama jadi senang. Aku tak perlu risau pasal siapa nak basuh baju, siapa nak tegangkan cadar aku. Karipap? Haha no problem.
Tapi aku punya hubungan yang baik dengan budak-budak yang aku buli ni. Kadang-kadang aku belanja mereka ni makan takpun kalau aku ade duit lebih aku bagi la juga. Tapi bukan selalu!
“Iwan, ko agak-agak kat universiti nanti kite kena buli tak?” aku bertanya Iwan sewaktu hari terakhir kami di asrama.Baru habis SPM lah katakan (hooorrayy!)
“Isyy kau nih, kat universiti kan budak-budak cerdik, mana la ada buli-buli ni”
Aku sengaja bertanya Iwan. Aku teringat lagi malam semalam sempena hari terakhir kami di asrama Iwan, aku dan beberapa rakan seangkatan kami memanggil beberpa junior. Iwan menyuruh mereka menari macam tiger show. Malam tu kami bergelak ketawa saja.
Seriau aku kalau benda yang sama kami buat berlaku di universiti. Harp-harap tidaklah begitu.
…………………..
Hari pertama aku kat univerisiti. Aku ditempatkan di kolej kediaman. Aku tinggal dengan budak-budak senior. Part 5,6 ade yang part 7. Aku mula risau.Macam-macam bermain di kepala aku. BULI??? Ahhh tidak.
“Nama awak siapa?” tegur sorang mamat nie, muke pelik aje. Macam perempuan, dengan liuk lentuk dia. Eeeiii geli sial.
“Err, Ijat” aku menjawab dengan teragak-agak. Cepat-cepat aku blah terus masuk bilik.
“Haah, freshie” sorang brader tibe-tibe bersuare. Aku jadi agak kaget.
“Kaw taw budak-budak baru kena persembahkan Tiger show……”
Belum sempat dia habis cakap aku cepat-cepat buka seluar dan…..
Kahkahakahkah!
“Woii, kaw buat betul-betul? Aku gurau jer pun”
Kahkahkahkah…wakakakakah!
Bilik itu riuh rendah dengan gelak ketawa.
TAMMAT.
Comments
Post a Comment