Skip to main content

Ceruk Dingin



Saya sudah menempah lebih awal roti canai melayu pahang itu. Nama kedainya Restoran Tasnim, penyokong kuat Pas sejak dulu dan kini saya fikir mereka sangat berbangga dengannya. Poster Adun baru Dun Damak dari Pas bertampal pada kaca pintunya. Dulu kami memanggilnya Keda Haji Derani, arwah Derani tauke asal kedai ni, pakai kacamata macam Hadi Awang dan ubun kopiah warna merah macam kepiah Azhar - Ahmad Awang. Atau kami memanggilnya sebagai Kedai Teksi sebab ia terletak betul2 di sebelah stesen teksi.

Sekarang kedai tu dah berpindah dekat stesen bas. Bilangan pelanggannya ramai seperti biasa terutamanya pada hari cuti. Tapi mereka tutup pada Jumaat. Saya rasa saya dah banyak mengomel pasal roti canai. Kesedapan roti canai melayu baik pahang atau kelantan, tiada tolok bandingnya. Seratuskali ganda baik daripada mamak. Saya cuma nak kata, saya ke Tasnim Ahad lalu, dan selepas menempah saya pergi ke pekan sari membeli barang lain. Sekembalinya semula lebih kurang setengah jam kemudian roti saya belum siap malah saya menunggu selama 15 minit sebelum makcik saya kol tanya saya kata mana. Kensel je lah kalau lambat, kata dia. Saya pun cakap kat mat kopiah tu saya kensel. Dia menunduknunduk dengan muka serba salah dan minta maaf.

Baiklah saya dah lupa bagaimana nak catatkan dengan teliti, apa yang berlaku semalam. Hari ni dah isnin. Saya akan catat apa yang saya buat hari ni dalam bentuk poin.

- Bangun pagi, masak mi sanggul, tapi tak ada lada. satu balang warna merah disangka lada rupanya sos tomato! tapi mi masih sedap sebab ada rencah lain
- jalan kaki-joging. terjumpa kucing buangan di hutan. dia tak lari. selipar cepat kering jadikan kerengsaan di hujung kaki. selek kaki pada rumput2 yang masih diembun
- makan, minum teh hijau, baca buku, isap rokok, usya kebun, mlancap, mandi dan ke bandar menaiki motor
- saya ambil ubat mak kemudian ke cc Azmin untuk... entahlah. motifnya tak kuketahui.
- saya ke stesen bas, beli burger Sulung dan minum Oligo belian Pasaraya Darul Makmur
- sekarang ketika taip ni aku berada di klinik kesihatan, di bahagian luar menunggu dibuka setelah habis rehat, dahi dilumuri peluh. ubat mak dah ambil tapi aku di sini untuk membaca. ada ekon dan boleh cuci mata.
-klinik dah buka. ; cina tua bertongkat, cina gemuk seluar hawai, makcik tudung serebeh, nenek menggeletar, budak kecik menjengkelkan, lelaki, lelaki, lelaki, pompuan, pompuan, pompuan, misi, doktor, awek cina ada anak seksi -- aku cari ceruk paling dingin dan sesudah siap post ni aku akan ambil buku dari beg galas dan baca

Di luar matahari melapah kulit manusia, terik menyengat kereta, bebayi menangis, TKI lencun berpeluh, air mangga dan jambu laris, lori tersedak-sedak di jalan raya, kedai buku sunyi, kemeja dan kurung pelajar sekolah berbau hapak, asap rokok tengik baunya menusuk ke hidung, orang-orang cuba elak berjalan di bawah panas, pelancong2 tetek tersembul bergoyang-goyang sambil menggalas beg berat - kulit mereka macam udang kena bakar, orang2 masih meniaga, membeli dan sesekali pemandu tidak berhenti walau lampuisyarat dah merah. Dan kau?

Comments

Post a Comment