Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Tekanan: satu pengakuan bimbang

gambar tangkai tudung periuk di rumah Saya melihat kemunculan periuk tekanan dan aura presencenya dalam kulinari ibarat kemunculan artificial inteligence (dah lupa terma BMnya) yang menggusarkan tenaga kerja manusia. Makcik saya adalah yang terawal memakainya dengan menghabiskan sejumlah wang membeli periuk Noxxa. Perbualan sekitar resepinya mengencang dan cakap2 yang berkitar itu diakhiri dengan jenama tersebut spt; nasi briani noxxa, kek pelangi noxxa dll dll. Ketika saya menuliskan ini tv GoShop sedang memainkan slot periuk tekanan jenama Primoda dengan harga lebih murah. Resepi2nya menggiurkan. Rendang, sup tulang, kek, bubur pulut hitam dan beberapa resepi lagi membuatkan fikiran mula membayangkan betapa saya akan memasak makanan yang berbeza setiap hari jika menggunakannya. Tetapi, saya terpikir, apakah hasil masakannya nanti akan sama dengan air tangan saya ? Secara khusus, saya bayangkan masakan yang saya cukup mahir - rendang. Memang renyah memasak di kuali a...

Kepulangan Cerita

Menyeberang Sungai Han - Li Pin jauh dari kampung halaman aku ternanti nanti berita dari sana musim demi musim, silih berganti sekarang, setibanya di kampungku bertemu dan berselisih ramai orang aku tak berani bertanya satu soalan pun                         *** Semalam anak nenas yang dipesan sampai. Ini pesanan kedua (repeat order). 1000 benih semuanya dan setakat hari ini sudah beberapa ratus ditanam. Terasa letih betul dari pagi ke tengahari di kebun. Masa berehat di balik seketul batu besar yang melindungi tubuh dari terik, entah kenapa, sajak Li Pin yang aku ajar kepada beberapa pelajar kelas minggu sudah menerpa. Saya melangut agak lama, memerhati langit, helang yang berpusar, sepasang enggang yang terbang ke arah pokok tualang dan cericit unggas hutan belakang dan tentu saja puisi dinasti Tang seakan mengajak saya untuk menulis barang satu dua...