Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Tata-tata Dalam Kreativiti yang Lampawau

Saya ada terbaca komen oleh SM Zakir dalam facebook, yang membalas persoalan bahasa penulisan dalam penulisan kreatif, oleh seorang editor yang antaranya berbunyi 'bahasa (dalam karya) tak boleh rigid sangat nanti karya jadi menjemukan' Dalam dunia penulisan kreatif banyak sekali perbezaan2 daripada setiap penulis dan penerbit tentang hasil atau kefahaman mereka terhadap apa itu tata-tata yang sepatutnya ditulis. Ada beberapa orang berautoriti?  yang begitu rigid dan kerap menegur mana2 penulis yang ada kesilapan pada ayat posting (posting dalam istilah baru apa? Hantaran? What the heck?). Walhal kekadang tu ada je terselit komen2 dari kawan diorang yang jauh tak guna ejaan penuh atau tanpa kesalahan tatabahasa. Apesal? Media sosial adalah tempat yang menzahirkan fiksyen sebenarnya. Kecuali petikan2 atau pautan2 pada hal2 keilmuan, semuanya adalah catatan fiksyen, khayalan, gosip, rekayasa dan candaan sahaja. Syaikh Alvin Toffler pernah menyebut bahawa kini ialah era letupan d...

Review: Tinju & Peluru

Tinju & Peluru by Johan Radzi My rating: 4 of 5 stars 3.7 untuk kumpulan cerita pertama Johan Radzi ini. Aku mula membaca tulisan JR di jalantelawi.com yang pada ketika itu aku jumpa laman web itu ketika aku berjogging di jalan telawi dan ingin mengetahui port menarik di sekitarnya lalau menggugel dan jumpa web itu. Pada mulanya aku sangkakan JR sudah berumur 30 an kerana pada aku tulisannya, matang. Selepas mencari maklumat tentang beliau barulah kutahu beliau baru 20an. Malah kerana tulisannya di JT itu juga membuatkan aku menghantar cerpen ke situ dan tersiar. Saya pernah dengar dari orang DBP yang mengatakan cerpen Perempuan Yang Pulang ke Lautan asalnya dihantar ke DS tetapi telah dipassing kepada Tunas Cipta, mungkin kerana penulisnya masih muda. Saya fikir, penyiaran karya cerpen di DS sekarang tidak lagi begitu kerana sudah mula ada cerpenis muda yang bagus tersiar cerpen mereka di DS. Boleh dikatakan semua cerpen dalam Tinju Peluru ini m...

Review: Riwayat Mayta

Riwayat Mayta by Mario Vargas Llosa My rating: 4 of 5 stars Mario Vargas Llosa merupakan sebagian penulis Latin Bloom. Namun penulisannya ada beza dengan Borges, Cortazar ataupun Gabo. Riwayat Mayta ataupun The Real Life of Alejandro Mayta merupakan sebuah kisah revolusi kecil yang gagal dan kemudiannya sejarah tidak mengingati mereka yang terlibat. Cerita bermula perlahan dengan narator merupakan seorang penulis (juga rakan sekolah rendahnya) yang mencari maklumat berkenaan Mayta dalam usaha menyiapkan satu novel berkenaan revolusi itu. Dia berjumpa seorang demi seorang individu yang terlibat dengan revolusi itu dan mulai bertanya. Setiap individu ada versi sendiri tentang perjalanan revolusi itu dan pemulanya; Mayta. Ia bermula dengan agak membosankan pada bab2 terawalnya namun ia semakin menarik bila mula di pertengahan novel pabila sisi lain peribadi Mayta mula didedahkan seperti kegagalan perkahwinanannya, pertembungan perbezaan idea serta gosip...

Review: Some Prefer Nettles

Some Prefer Nettles by Jun'ichirō Tanizaki My rating: 3 of 5 stars Yahuuu berjaya dihabiskan juga. Aku baca versi terjemahan, bertajuk ... memilih jelatang diterjrmahkan oleh Mokhtar Ahmad (yang turut terjemah 100 years of solitude) dan aku dapat buku ni percuma setelah membeli novel seorang penulis kacak. Okay buku ni tentang konflik perhubungan suami isteri di ambang penceraian. Watak utama iaitu Kaname dan isterinya Misako, membuat keputusan untuk bercerai setelah kehidupan suamiisteri tidak berisikan cinta lagi. Dalam masa yang sama mereka memiliki anak. Kaname memberikan kebebasan kepada Misako untuk menjalin hubungan dengan Aso dan Kaname pula kerap bersama Louise, perempuan yang dianggapnya kadang2 sebagai teman kadang2 sebagai mainan. Apabila ayahnya mendapat berita yang ia akan bercerai maka... Baiklah, penceritaannya ok. Temanya kalay dibaca pada 60 tahun lepas, mungkin mengejut&mengujakan. Tapi dibaca pada zaman sekarang, ianya ras...