Saya tidur lewat. Beberapa kali mengulang main video temubual tokoh budaya. Ada esei perlu disiapkan. Dengar, ulang, catat. Dengar lagi. Ulang lagi. Catat lagi. Saya lelapkan mata. Bangun awal dan mandi. Mimpi saya kosong. Tak ingat apa pun. Dada sekah. Napas termengah-mengah. Jantung berdegup kencang. Kesan rokok. Kafein terlebih. Pra-gastrik acap menyerang sejak akhir-akhir inim Kali terakhir medical checkup - empat tahun lalu. Betapa lega; tak ada hiv. Paru-paru makin tebal. Tapi masih sedut. Menikmati. Putih atau keretek. Cuba berhenti. Vaping. Tak jadi apa. Makan pisang macam awak kata. Makan nenas, betik. Minum susu. Semua sebab awak kata. Boleh cuci peparu. Saya percaya walaupun tahu mengarut. Penipuan kalau dikerapkan hari-hari akan menjadi kebenaran - Joseph Goebbels. Awak masih dengan Dunhill?. Mahal. Saya di rumah. Naik Grab tadi dari ofis. Hujan. Zuriatnya meleleh-leleh di kaca tingkap kereta. Cahaya-cahaya bangunan hancur dalam butiran anak hujan. Dingin. Saya hembus napas pada kaca tingkap. Lakar dengan jari. Sesuatu. Bukan hati. Di rumah - goreng telor mata kerbau+kacang panggang. Kembali di depan komputer. Tercangak. Saya tak miliki apa-apa kecuali kehilangan keinginan. Saya akan bertahan dengan ingatan-ingatan dan sedikit tanggungjawab. Sebab ada yang tak mahu saya dilupakan. Macam termasuk dengan awak juga. Macam belum betul2 move on. Spotify dha dipremiumkan. Tiga bulan percuma. Nanti saya kenselkan. Selamat malam.
Comments
Post a Comment