Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Gambar

Tidak banyak gambar saya bersama orang-orang terdekat sama ada adik beradik, makcik malah kawan rapat. Di dalam galeri fon lebih banyak gambar binatang, benda, alam sekeliling dan selfie. Sepertinya saya seorang narsisis dan ego seklaigus. Dengan arwah adik saya ada satu, dalam henfon lama, Nokia Express Music yang diketik dua tahun sebelum kematiannya, di laluan baru pinggir sungai berkalbod besar di pekan. Saya pindahkan gambar itu ke dalam external hard disk. Sekarang external itu sudah rosak. Henfon apatah lagi. Kalau ada gambar bersama individu rapat lain, juga sudah terhapus. Tetapi ini berbeza halnya dengan orang yang kita ingin temui atau kagumi. Contohnya kalau dua minggu lepas saya bertemu SN, saya memang mahu gambar saya diambil. Mungkin sebab saya tahu, lepas ini tidak ada peluang lagi bertemunya. Dengan Karim, hanya ada satu gambar, itupun sebab Roslan Jomel yang ambilkan padahal sebelum ini beberapa kali sudah saya nyatakan ingin bergambar bersama. Mungkin kerana kerap be...

Pilihan

Hari ini ada beberapa benda aku lupa. Lupa beli oat, lupa beli topup, lupa cuci muka, lupa beli pisau cukur. Nyatalah lupa bukanlah merawati luka tetapi lupa adalah keraguan sementara, nikmat sebentar atau perampas keghairahan. Setiap hari kita akan lupa, terlupa, yang kecil atau besar. Tapi hal yang kita benar-benar mahu lupakan selalu tak berlaku. * Hari ini hari pencegahan bunuh diri sedunia. Aku kini percaya, bunuh diri adalah satu pilihan. Pandangan ini berubah, daripada memandangnya sebagai kengerian yang berdosa, tiada iman, pelakunya tidak kuat lembik dan sekarang, ia pilihan bersebab dan kalau bersebab betul, wajar dihormati. Aku teringin melakukannya. Pernah mencuba tetapi gagal. Mungkin suatu masa, kalau aku benarbenar memerlukannya, akan kulakukan, cuba lagi. Tapi buat masa sekarang, aku akan cuba menghapuskan keinginan ini, dengan melupakan - suatu nikmat sebentar.