Asleep in the Valley - Arthur Rimbaud
A small green valley where a slow stream flows
And leaves long strands of silver on the bright
Grass; from the mountaintop stream the Sun's
Rays; they fill the hollow full of light.
A soldier, very young, lies open-mouthed,
A pillow made of fern beneath his head,
Asleep; stretched in the heavy undergrowth,
Pale in his warm, green, sun-soaked bed.
His feet among the flowers, he sleeps. His smile
Is like an infant's - gentle, without guile.
Ah, Nature, keep him warm; he may catch cold.
The humming insects don't disturb his rest;
He sleeps in sunlight, one hand on his breast;
At peace. In his side there are two red holes.

Pagi semalam, hari ke ? pkp, pada sebelah pagi aku dapat buku yang dipesan via Amazon. Sebuah novel Hamid Ismailov. Aku beli hasil kemenangan kontes gambar, satu gambar iaitu gambar haiwan dengan majalah Korean Literature Now. Dan kerana itu aku terlambat ke kebun. Gambar yang menang itu adalah gambar anjing aku, Dogxie, yang kelihatan menggigit majalah tersebut di bawah pondok kebun. Aku pergi lambat sedikit ke kebun. Biasanya pergi awal pagi dan bawa makanan untuknya dan si kucing temannya. Tapi hari itu (semalam) aku lewat. Beberapa meter sebelum memberhentikan moto aku dah nampak batang tubuh terbaring di jalan. Tika itu hati aku hancur lebur. Aku turun, terkocoh-kocoh mendapatkannya. Dogxie yang sudah tidak bernyawa. Aku angkat dia, meluru ke kebun dan baringkan di tanah. Dia dah mati. Dah mati. Sudah tiada lagi Dogxie yang riang menyambut aku, yang akan meluru, menggigit manja aku ketika sampai di gigi kebun. Cuaca panas. Terik. Aku lencun berpeluh. Di sisi Dogxie, aku mengusap-usap tubuh kakunya. Tubuhnya tak berat. Ringan. Kuraba-raba. Ada kesan tulang rangkanya patah. Aku angkat dia lagi, menuju ke pondok tempat kami selalu bersama. Di situ, aku ambil cangkul. Gali dan gali dan gali sedalamnya. Kumasukkannya ke dalam. Aku berlutut, mengusap kepalanya buat kali penghabisan. Aku tak menangis. Tidak ada air mata langsung dan walau betapa hibanya hati ini aku marah, sakut, sebab tidak menangis. Aku tadah tangan,berdoa, agar kami ditemukan kembali satu masa nanti samada di syurga atau di waktu kelahiran lain. Dan aku mengambus tanah sehingga Dogxie tiada lagi. Tiada.
Aku pulang ke rumah. Termenung di bawah kipas. Selera makan hilang. Mood hilang. Pada malamnya aku mengenang kembali saat2 kami bersama. Tiada air mata yang mengalir. Esoknya aku berjalan kaki dan pasang fon telinga. Kemudian aku teringat beberapa hari lepas ada membaca Rimbaud. Kubaca sekali, dua kali, tiga kali. Seluruh tubuh menggeletar. Kaki tiba2 mengenyal. Aku berlari masuk ke bilik. Terduduk. Dan disitulah air mata berderai-derai mengalir. Aku menangis semahu-mahunya
Selamat tinggal, Dogxie.
SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks http://acuyuhan.blogspot.com/
ReplyDelete