Skip to main content

Beberapa Pengajaran dari Asrama


Jika kita kecil, junior dan tidak loud, kehidupan di asrama yang kuat suasana hierarkinya sangat tidak menyeronokkan. Secara khusus saya bercakap pengalaman saya sewaktu tingkatan 1 & 2 di sebuah SMKA. Tidak banyak kenangan manis di situ. Tapi ada beberapa hal yang saya kutip dan masih ingat.

Muka pelikat
Satu petang selepas makan malam kami bergerak di gajah menyusu menuju ke surau. Senior2 yang melepak di bangku batu sambil menggigit epal rangup memanggil kami. "Macam ni gaya pakai pelikat yanh betul" kata mereka membetulkan kain pelikat.

Aturan
Saya belajar menegangkan cadar, menyapu bilik, mengemas loker dan mengenakan pewangi. Ia membentuk suatu disiplin. Denda yang selalunya melampau kerana masalah kebersihan, tetap melampau.

Makanan
Saya bersyukur saya berpindah. Makanan yang sangat teruk.

Amalan
Budaya 'ikhwan muslimin' di situ sangat kuat. Usrah, alMathurat, lagu wahdah, Hasan al Banna, teriak takbir dan kuliah2 yang banyak anti kerajaan; semuanya saya kenal di sini. Pendek kata, satu grooming kader Pas tanpa saya sedar.

Curi
Barang dan duit saya sangat banyak dicuri sehingga menukar saya menjadi pencuri juga.

Membaca
Tidak banyak yang saya baca ketika di sini. Pustakanya pun selalu penuh dan berbau cekang stoking.

Boikot
Kali pertama kenal boikot semasa tingkatan 1. Boikot diketuai pelajar form 5 yang menyeru satu sekolah agar tidak pergi rehat di kantin selama satu hari kerana masalah harga dan kotor. Saya masih ingat ketua boikot itu namanya Syakir, seorang budak Temerloh yang membawa papan selaju ke asrama dan operator kantin ketika itu Mak Wan. Pelik dan ajaib sekali saya pada hari yang dikatakan, hanya ada seorang saja budak yang pergi ke kantin. Namanya Firdaus. Kantin betul2 lengang. Semua ke koperasi. Hanya cikgu2 dan Firdaus saja yang melantak. Tapi kemudian Firdaus pula diboikot sebab tak mahu dengar cakap senior. Beberapa bulan kemudian dia tukar sekolah.

Hafal
Di sini saya berjaya menghapal beberapa surah dan zikir serta doa.


Comments