Skip to main content

PenulisXMimpi








Aku rasa kalau kau penulis dan ada kecenderungan minataksub pada mana2 penulis, atau secara khusus, aku konpem kau mesti pernah dalam sekali, paling kurang, bermimpi pasal dia/salah sorang daripada penulis yang kau minat. Kan?

Karim pernah tulis dia ada mimpi berjalan di pinggir pantai sambil berbual dengan TAT. Aku tak tau orang lain cemana. Aku sendiri banyak mimpi dengan orang yang menulis ni. Dan ramai pulak tu sampai ada yang terlupa dah. Huhu.

Tapi apa kejadah aku tetiba nak tulis pasal mimpi ni? Hah, sebab aku ada mimpi tak syok , atau tak sedap, atau tak menyenangkan / meletihkan yang melibatkan dorang sepanjang bulan puasa ni. Bukan sekali. Tapi lebih! Okey sebenarnya bukan sehari dua aku dapat mimpi tak best tapi setiap hari. Bagaimanaaaa yea jadi begitu??
Sepanjang bulan puasa ni (mei-jun 2018) aku kerja, 14jam sehari, berterusan tanpa cuti dan aku, sebab hostel tak ada dan tak sempat nak cari bilik sewa, tumpang rumah makcik aku. Aku tidur di atas lantai yang tidak rata. Beralaskan toto dan aku syak benda ni mempengaruhi mimpi malam aku. Ini bukanlah bermaksud aku tak pernah tido aras lantai. Masa kecik dulu (mestilah dah lupa perasaannya) dan sesekali masa di uni dan asrama sekolah. Tapi beza sebab kali ni berterusan sebulan. Aku terpikir cemanalah gelandangan yang tido kat dalam kalbot tepi sungai gombak tu? Mesti mimpi dorang memenatkan jugak.

Ada beberapa penulis yang muncul dalam mimpi sepanjang bulanpuasa ni. Dan mimpi2 sebelum tu.

1. Anas Mohd.
Pehal aku mimpi dia? Padahal sebelum tido tu aku yakin aku takdak pun pikir benda2 blue pasal dia pun. Mungkin sebab aku suka dengan buku pertama dia dan kasitau sorang mamat ni yang buku terbaru dia tak semelekat buku dia yang pertama. Mimpinya; aku, seorang awek dan Anas tetiba ada di bawah satu tangki puaka. Tangki tu tinggi. Pengetahuan kami otomatik disematkan bahawa di atas tangki tu ada seorang hantu dari Dinasti Manchuria lengkap berpakaian pegawai, ada jubah dan topi bulu ayam. Aku tegasjerit tidak percaya tapi Anas kata bersungguh ia wujud. Kami bertekak lama hampir sejam. Awek tadi sesekali menyampuk. Akhirnya Anas panjat tangki tu dan aku do bawah mendongak. Sewaktu sampai di atas Anas terjatuh dan belum sempat badan dia sentuh tanah dia bertukar memakai jubah, kasut penguin, topi ekor ayam dan rambut dandanpintal sambil hisap onco candu.

2. Penulis sajak lelaki.
Aku mimpi aku romen dengan mamat ni. Aku bangun je basah seluar. Shit.

3. Penulis perempuan.
Aku mimpi romen dengan dia dalam rumah waktu siang dan tv memainkan kartun Phineas and Herbs. Aku bangun dan seluar basah.

4. Karim.
Aku borak dengan dia pasal nasi dagang paling sedap di Putrajaya. Kejadahhh???

5. Muhammad HS
Aku sesat di sebuah pekan dan MHS waktu tu jual ayam gunting. Aku beli satu dan waktu dia goncangkan botol serbuk pedas tu, angin tiup serbuk masuk ke mata. Tapi aku tak pedih. Aku ketagih dengan serbuk tu. Masa babak tu nak berakhir MHS kena tangkap. Rupanya serbuk tu heroin. Cilakak.

6. Mario Vargas Llosa
Mimpi naik bas sama2 dengan dia. Tak ingat la aku buat benda. Takda benda spesial kot. Tapi ia berlaku lepas aku habiskan buku Aunt Julia and The Typwriter. Tapi buku ni punca la. Percintaan watak utama dengan mak cik dia membuatkan aku mula taste dengan orang dha berkahwin. Ha ha ha.

7. Bintang Kartika
Aku selisih dengan dia di esklator Lrt Masjid Jamek.



8. Ada lagi yang lain. Tapi yang ni aku paling ingat le kot.

Comments