Skip to main content

Tahniah

Saya merasa sangat terpacu nak mengomentar hal2 sastera mutakhir ini terutamanya selepas menonton live forum Dbp minggu lepas. Tapi bila tengok garismasa facebook, ramai dah mengulas dan kebanyakan ulasan daripada penulis muda, saya paling setuju.

Kebanyakan teguran, kutukan dan hentaman yang dihamburkan Isham Rais dan Dinsman itu adalah cuma perulangan teguran-kritikan selama ini. Malah perkara ini saya dah bangkitkan sendiri dan tulisan itu terbit di Dewan Sastera, pada tahun 2016.

Ye, memang bab pemasaran, anjuran program, kreativiti kandungan dan baaanyak hal lagi, DBP memang perlu perubahan drastik. Forum malam itu yang dijulang sebagai keterbukaan, menghulur tengkuk, Dbp terbakar dan pelbagai gelaran lain lagi; bagi saya terlalu meraban tajukkomentar selepas itu. Tapi ada sisi baiknya. Biar KP Dbp tu sedar sikit. Dan orang kuat2nya. Benda ni dah berapa ramai editor dorang sendiri yang sungutkan.

Tapi bukan sekadar DBP yang perlu ubah diri. Orang sastera lain pun perlu. Institusi sastera buku lain pun perlu. Contohnya apabila ada penulis senior-pemenang anugerah, boleh senang2 potong que penulis baru dalam hal penerbitan manuskrip. Atau mentang2 seseorang tu menteri, atau ada hubungan baik dengan orang atasan suatu organisasi buku, maka dia boleh terbit buku dengan cepat tanpa ada halangan. Inilah jenis2 penyakit yang membarah dalam dunia sastera.  Keistimewaan tak ketahuan. Budaya dungu etika yang dah bersebati dalam jiwa.

Ini belum dikira dengan penerbit yang tak mau bayar royalti atau honorarium. Ada yang melanggar kontrak sesuka hati dia. Penulis tertindas. Apa persatuan penulis buat? Nak jadi ahli pun kena bayar mahal yurannya. Kendian macam ada tak ada saja. Kata seorang editor senior dbp ' persatuan penulis kita dah lari tujuan. Apa dia buat sibuk perjuang bahasa? Hak melayu? Dan ugama?' Memang betul jugak bila difikirkan bilik.

Comments