Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Remeh Berbentuk Biasa

Sepuluh ketul samosa dapat mengenyangkan satu perut lapar di pagi hari. Sepuluh rangkap pantun dapatkah menghiburkan hati? Jika semua orang menulis tentang sinisme (sinikal) terhadap ugama, setiap masa tanpa ada henti, apakah kamu akan jemu dan terjeluak. Apakah perasaan kamu membacanya? Seperti tahi kering yang tersekat di kerongkong dan tidak dapat keluar kerana mulut terjahit? Begitu? Jika semua orang menulis tentang intelektualisme, falsafah dan reformasi ugama, setiap ketika tanpa henti, adakah kamu, wahai pembaca, menekuninya dengan tabah tanpa banyak soal atau trus melemparkan cerita2 sebegitu jauh ke dalam jurang Marina? Jika semua menulis tentang sastera dan seni dalam pengertian masing-masing dan tenggelam dalam perdebatan tak sudah, adakah kita seronok menyaksikannya dari tepi atau turut serta kerana merasa diri sebagian daripadanya ? Semua dengan semangat kenegerian yang tebal. Semua taasub dengan neo-pseudo. Semua nak jadi yang terjadi dan menjadi yang pernah terjadi. ...

SN Abdullah Hussain

Selain Ali Majod dan A.Samad Ismail, penulis lama yang saya gemari ialah Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Interlok adalah satu-satunya novel SN Abdullah Hussain yang saya baca. Karyanya yang lain turut saya baca ialah kumpulan cerpen Dari Kota Cahaya. Tentang Interlok yang pernah menjadi kontroversi sikit masa dulu, saya menggemari bagaimana Abdullah Hussain melukiskan tiga kisah kaum utama iaitu Melayu Cina dan India. Dari tiga kisah kaum ini saya dapat ingat beberapa adegan seperti Pak Utih yang menghisap rokok daun selepas menjampi ayah Seman, atau Maniam yang berjalan kaki tengah panas menuju ke estetnya atau babak ayah Cing Huat menyedut candu. Begitu juga dengan cerpen2nya. Malah sehingga sekarang saya boleh membayangkan bagaimana Maniam menghayun parang di ladang, Seman menyelongkar bawah rumahnya dengan marah-marah atau Cing Huat melayan pelanggannya di kedai runcit sambil getah sekerap bersenggayutan di luar kedai. Gaya dia menulis, seperti yang dikatakan Prof Lutfi Abas ...

Jarinya Grafiti Hitam Putih

Grafiti yang diconteng di mana-mana kebiasaannya bertag. Tag ialah tandatangan si pembikin grafiti tersebut. Ketika saya berada di tingkatan empat saya telah menconteng grafiti di dua kawasan dinding sekolah yang terpencil dan dua kawasan bangunan sekitar bandar yang baru siap. Pemilihan kawasan itu agak SAYA SENGAJAKAN. Kawasan dinding belakang bangunan sekolah itu menjadi port pelajar menghisap rokok sewaktu rehat, melepak sambil berbual atau kadang-kadang ada yang berkumpul untuk bergaduh jika berlaku suatu-suatu ketidakpuasan hati. Saya cuma guna spray dua jenis warna iaitu hitam dan putih dan saya conteng perkataan SOUL. Mengapa soul (jiwa)? Kerana ini ialah perkataan paling mudah diconteng dan jika diconteng ia boleh menjadi pelbagai corak jika anda kreatif. Dan saya juga berpendapat sekolah adalah kawasan yang telah kehilangan soul. Ianya seakan penjara (jiwa muda kan heheh) .  Dalam grafiti, setahu saya ada dua jenis stail iaitu throw up dan bubble. Saya rasa teknik saya ...

Selera Dalam Kepercayaan

Sebuah kedai makan dengan pekerja yang bermulut cabul, kadang-kadang angkuh tetapi makanannya sedap giler. Adakah kamu akan tetap makan di situ atau selepas cuma sekali di situ, makan dengan tidak berselera bila mendengar perkataan-perkataan tidak enaknya atau anda membalas kecabulannya atau anda diam tanpa kisah pun? Tapi makanannya kena dengan tekak kamu. Di tempat saya tinggal ini ada beberapa kedai sebegitu. Salah satunya menjual lauk yang tak ada di kedai lain dan, apa yang dia masak itu sangat sedapp. Pada mulanya saya agak terkejut dengan sikapnya tapi saya datang buat kali kedua kerana, makanannya yang dimasak sangat sedap dan ada kualiti. Kita tahu yang pekedai seharusnya melayan pelanggannya dengan baik. Tapi pakcik itu dengan selamba, kadang-kadang berbahasa kasar. Sdara saya pernah ceritakan pengalamannya. Ketika dia mahu meminta sudu daripada pekedai itu, pekedai itu menunjukkan sudu tanpa memandang ke arahnya dan berkata dengan nada tidak mesra 'carilah'. Sdara ...

Soalan Sebelum Cerita

Cerita adalah satu alat. Cerita adalah propaganda. Cerita adalah cerminan diri, perakam zaman dan pelbagai tafsiran lagi. Boleh jadi cerita adalah pengakuan penulis yang disamarkan. Namun sang pencerita(dalam konteks ini, penulis) sebenarnya bukanlah alat walaupun mungkin dia penulis upahan atau dibayar semata-mata untuk menulis. Seorang penulis, dia bercerita kerana dalam kepalanya mungkin ada ulat yang meruit-ruit ingin keluar. Mungkin ada sepohon durian yang sedang masak ranum dan buahnya tergolek jatuh dari kepala, durinya mengena tangan penulis lalu darahnya terpercik ke dalam skrin/kertas. Itulah idea/ilham yang melintas kepalanya. Alangkah rugi jika durian itu tak dikupas dan dimakan isinya yang manis lemak itu. Kalau A.Samad Said jika ditanya tentang bagaimana mahu menulis jawapan yang biasa kita dengar adalah 'baca baca baca'. Ianya memang tepat. Menurut Shahnon Ahmad pula, dalam salah satu eseinya yang termuat di dalam buku Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan, dia m...