Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Mimpi Ramadhan Lalu

Mimpi ini berlaku dalam bulan ramadan 17 lalu. Ianya salah satu mimpi yang meletihkan dan paling aku ingat rinciannya sampai sekarang. Kerana aku dan seorang tokan telah tidak sengaja melanggar lari seorang imam kacak berkurta sendat, aku telah disumpah menjadi syaitan. Hukumannya aku fikir tentu sangat berat kerana tugas kami menyesatkan manusia. Cumanya ia tidak terjadi. Sebaliknya aku telah dikurung dalam satu ruang parkir bawah tanah dengan udara kedap dan graviti rendah. Kami dalam gerakan slo mo, menanti dengan debar sekitar 2 jam dan muncul hakim-hakim berbaju panas GAP menggenggam kayu baseball dan dengan senyum gatal menyerbu. Hayunan demi hayunan sehingga kulit tersopek dan darah merah lencun. Kami cuba lari dan langkah-langkah kami tertahan-tahan, terlalu perlahan itu cuma kesia-siaan.  Kepedihan menggigit kulit dan titisan darah membasahi muka, hangat dan hanyir. Babak setrusnya agak melegakan. Aku meloncat keluar dari ruang tadi dan masuk ke dalam satu kelas. Aku me...