Dulu2 aku nie peminat ideologi Sosialis. Time tu aku tingkatan 4 aku dah mula mencari maklumat berkenaan sosialis. Aku berminat dengan Fidel Castro, Che Guevara hinggalah tokoh2 di Malaysia macam Ahmad Boestamam dan Pak Sako.
Aku slalu tgok history channel kat Astro dan ade dokumentari berkenaan Fidel dan Cuba. Ak tertarik sangat tang cerita yang dia sanggup rampas n beratus ekar tanah famili dia sendiri untuk diagihkan pada rakyat, dia bantu Angola, menghantar ramai doktor dan pekerja sosial ke luar negara. Paling hebat cara beliau tangani masalah ekonomi ketika berhadapan masalah sekatan ekonomi oleh Amerika,.
Sewaktu aku di tingkatan enam dalam kelas aku hanya ada 4 orang pelajar lelaki. Kelas aku ni istimewa sikit sebab pemikiran politik kami tak lesu. Kami selalu membincangkan mengenai politik malah aku selalu bawak Harakah pegi kelas. Namun hanya aku dan seorang kawan aku aje yang menyokong pembangkang.Aku sosialis dan kawan aku tu Pas.
Pernah satu ketika aku sorang saja berdepan dengan 3 orang kawan aku berdebat mengenai prinsip sosialis . Bayangkan aku diserang bertalu-talu dituduh komunis dan macam-macam lagi. Kawan aku cakap orang sosialis ni suka tegakkan benang basah. Dia kutuk Dr Nasir Hashim n Syed Husin Ali lagi. Tapi aku stedy jea, aku keluarkan hujah2 . Kawan aku yang Pas nie lagi la tak support langsung. Katanya sosialis tu serupa lah macam komunis. Hal ni menunjukkan betapa masih ramai orang yang punya salah tanggapan terhadap sosialis.
Sekarang ... entahlah aku dah slowdown sikit. Aku tataw ape lagi tande yang menunjukkan aku sosialis. Hmm mungkin stiker Che Guevara yang ada dalam wallet aku dan juga wallet aku yang aku dah pakai dari tahun 2004. Aku berjanji pada diri aku selagi tak grad aku takkan tukar wallet nie. Aku sayang nak tanggalkan stiker nie.
Sewaktu aku kena tangkap dalam perhimpunan Bersih tempoh hari aku ade terpikir nak cabut stiker tu takot kalau2 dituduh komunis if polis nampak. Tapi aku pikir balik aku buat salah ke?
Apapun setiap orang punya ideologi sendiri. Ada yang Islamik, sosialis, liberal dan rasim. Pilihlah yang terbaik demi masa depan .. Aku? aku sekarang hanya rakyat biase yang ingin melihat negara ini maju dari segenap aspek dan rakyatnya hidup senang.

trima kaseh
ReplyDelete