Skip to main content

Pindaan AUKU: Caknakah mahasiswa dengan politik?

Baru-baru ni kite dikejutkan (terkejut ke?) dengan kemenangan UKM 4 yang berjaya dalam kes mereka terhadap undang2 AUKU.
Rentetan daripada itu kerajaan juga telah meminda AUKU deangan membenarkan mahasiswa berpolitik.

Maka selepas itu keluarlah komen2 kurang bernas dari beberapa pemimpin ploitik dan IPTA.
 Kononnya mereka bimbang akan mahasiswa ini nanti  leka berpolitik hingga terlupakan pelajaran, pointer turun, perpecahan dalam kalangan pelajar dan sebagainya. Aku jugak naik jelak membaca komen2 sebegini.

Aku nak tanya siket la, berapa kerat sangat larrr mahasiswa la ni yang dok kesah pasal politik?
Kat kampus aku tuh, depa ni mana minat sangat baca Utusan, berita harian , sinar .. Harakah jauh sekali la.

Depa minat baca yang tajuk2 berita sensasi ja mcm "Rogol Ramai2", "Pelajar ditangkap Khalwat", takpon "Artis Kantoi Mandi Bogel". Tang tajuk2 macamni hangpa paham2 lar surat kabar mane yang laris.

Ade yang ambik kesah pasal politik negara? pasal ekonomi negara? Pasal sejarah? semua dorang tak ambek kisah.. Ehh ni salah siapa?

Mahasiswa sekarang terlalu leka dengan hiburan, mereka terlalu leka dibuai arus keseronokan dan kemodenan. Asal ada duit, hidup depa senang la. Ada depa kesah psal orang lain? Tuihhh laa..

Kalau  ada pesta2, karnival yang dok jempot artis ka, ada tarian2 ka perhhh berduyun-duyun yang pegi. Klau bab2 ceramah? Hadooo sedihh.

Kat kampus aku jugak ada Pusat Islam, mereka ni ada sediakan kelas pengajian percuma, saya ulangi "percuma"! Tapi ntahla, ak rasa bapa kerat ja yg pg (aku antara yang penah pergi). Tapi kwan aku ni brapa ramai ja yng lancar dalam bacaan Quran?? Baca memang boleh. Tapi bab tajwid? Tarannum? hancusss. Melalui kelas tu jugak aku tau masalah aku dalam bacaan Quran ni adelah banyak kat Harakat. Syukur sebab kelas tu percuma. Bukan aku nak bangga ka apa cuma nak bgtaw pndidikan Islam la ni penting tatkala makin ramai manusia jauh drpd agama. Aku akui aku hanyut dan at least aku taw dengan klas2 keagamaan (walaupun xslalu pg) mcm ni lah yang dpt dekatkan kita dengan Allah ..

 Aku terfikir jugak sebelum ni beberapa persatuan pelajar ade menjemput tokoh politik untuk menjadi panelis dalam forum tapi pentadbiran IPTA tersebut  menghalangnya. Oooooh, kalu nak cita pasal politik haram, tapi bab2 hiburan? hampa sumbat banyak2 eah?

Inilah sebab bila kita tanya pasal sejarah kat budak2 u la ni depa tak tau. Pasal agama, politik atau isu2 semasa . Pasai depa ni tak amek pusing punn.

Apapun aku harap pada masa depan satu perubahan besar akan berlaku.

Comments