Skip to main content

Kadang-kadang ...

Pagi tadi seusainya mandai dan bersolek bagai, aku dibgtaw kelas bermula lewat setengah jam, kul 8.30 .. So aku ingat nak turun  ke bawah and beli nasik lemak kat depan nun .. Bukan ape, nasik lemak situ sedap woo .. Tringat nasik lemak kat Pahang lau aku makan nasik tu. Karipap die pon best. So aku tepakse salin pakaian biasa.
Then aku pun turunlah ke bawah, selangkah aku hendak keluar melintasi pintupagar utama aku terlihat kelibat pak guard. Bukan sorang tapi 4 orang. 'eishh, ramai plak, pa hal nie'? aku bertanye dalam hati. Seperti rasa firasat aku sorang pak guard nie (abang sebenarnye) panggil aku. 'dik, plajar sini ke org luar" tye beliau. Aku dengan terpinga2 "student" , jawbku ringkas..
'dik kena pakai kad pelajar, ni pasal nk bezakan org luar ngn org dalm, sbb bru nie ade report  n tangkapan ade org luar ceroboh kampusnie, lepas nie pakai ea .." terangnya panjang lebar.
Hmm rupenyer ade org luar menceroboh, no wonder la pak guard bukan main bersiap siaga skrg. Anyway aku tak marah or rase ape2 pun.
Selesainya membeli makanan, aku nek rumah and menjenguk kebawah, mengusha2 kt pondok guard tu, nk tengok brpe org kene nasihat n tahan ngn pak guard tu .. Hehehe .
Memang agak ramai jugak kna tahan, then aku nmpk ade fews student yang mengomel semacam sambil muke masam , macam tak puas hati je ngn pak guard tu. Haaisshh ..

Aku bukan ape, pada aku kita nie manusia pelik2 sikit. Dulu pernah time ade berlaku kes kecurian n ceroboh kampusnie, banyak gak student yang menyalahkan pak guard, tak buat keje lah , malas la mcm2 lagi.
Pondok pengawal keselamatan UiTM Puncak Perdana ,Kolej Jasmin.
But now bile guard mengambil langkah berjaga2 untuk keselamatan student, student plak yang merungut. Hmm, spatotnye bile berlaku kes2 seperti penceroobohan atau kecurian ni and bile pihak pentadbiran ade inisiatif untuk mencegah daripada ianya berulang, aku rase eloklah kite follow jer rules kan? Takyah nak membangkang sgt eaa, bangkang pon biar bertempat.
sekian

Hidup Biar Berjasa

Comments

  1. bagusla ada kesedaran mcm ni. student ni kadang2 terlalu dibagi muke sgt. lagi2 student puncak. sumenye nak senang. sumenye nak hidup tanpa peraturan...btw, kita higlight perkataan mekap tu ya..grand taw awk. beli nasi lemak pown bermekap bagai. haha

    ReplyDelete
  2. EEEII, MEKAP TU MEANS KEKEMASN DIRI LA.. KAK MIMI TAKE SERIOUS TAW ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jiran Gedik

Ajim berasa letih. Letih sangat. Hari ni kelas full. Pagi kelas Pendidikan Islam, tengah hari tadi kelas Bahasa Mandarin baru tadi pkul sembilan dia habis kelas Fundamental Science. Pehh memang penat.

Sebab tu la Ajim benci hari isnin,  monday sickness gitu. Tapi apekan daya. Hidup sebagai pelajar memang la gitu. Penat sekarang, senang kemudian hari.

Sampai-sampai blik je terus dilemparkan beg galasnya yang sedari tadi disandangnya sepanjang hari. Dengan kemeja, tali lehar dan stokin serta seluar slack yang masih tak bersalin dia terus menghempaskan badannya ke atas tilam.

Ahh nikmat sungguh, penat2 gini terus baring. "ehh kejap2, ak kena cek facebook aku ni , td apelah si Tina tu dok post status, mcam perli2 aku je" getus Ajimtibe2 seraya bangun mengidupkan suis laptopnya.

Pintu bilik dikunci rapat. Ahh panas pulokk. Tingkap dibuka luas2 biar angin menyerbu masuk.

Rumah Ajim rumah flat tingkat atas. Setentang rumahnya ada orang menyewa jugak. Student juniornye kat kampus j…

Jerantut : Adakah faktor migrasi mempengaruhi kadar populasi ?

Bismillahitaala.

Berbicara mengenai Jerantut, sebuah bandar yang berpenduduk seramai 88037 dengan seramai 4157 orang adalah warga asing (berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia, boleh rujuk http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Pahang.pdf). Daripada jumlah keseluruhan penduduk hanya 9747 orang sahaja yang berbangsa Cina. Kalau kita ke bandar Jerantut sebahagian besar perniagaan, bangunan dan perumahan adalah milik kaum Cina. Taburan Penduduk kaum Cina yang ramai dapat dilihat di Sg Jan, Sg Lekuk, taman2 perumahan sekitar Jerantut dan sekitar Pekan Damak.


Berbanding bandar lain seperti Kuantan (427515 ), Temerloh (158724), Pekan (103839), Maran (111056),  Rompin (109599), Raub (91731) dan Bentong (114397) Jerantut boleh dikira berpenduduk sedikit.  Kalau Kuantan sebagai ibu negeri tidak heranlah ramai orang di situ. Dengan status ibu negeri semua pejabat pentadbiran bertumpu disitu. Dengan ada lagi pelabuhan serta berp…

Seputar On Hiatus, Penulisan dan Menghantar Manuskrip.

Memang sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Hampir dua tahun ianya tidak terusik langsung. Lagipun saya yakin blog ini tidaklah mempunyai pengikut pembacanya yang tetap. Kehilangan saya ini tentunya tidak dirindui orang. Ini bukanlah bermaksud saya tidak menulis terus, membenci dunia penulisan sehingga saya tidak lagi mengetik papan kekunci komputer. Tidak. Malahan saya telah memekar kemahiran saya dalam penulisan fiksyen. Mengapa fiksyen? Kerana realiti itu semakin menjemukan, merenyahkan dan memeningkan kita manusia ini. Jadi apalah salahnya memilih fiksyen untuk melarikan diri seketika daripada realiti yang menakutkan itu, bukan? Ada banyak yang hendak saya celotehkan disini. Tempoh hampir dua tahun tanpa kemaskini tentunya membuatkan saya mahu bercerita perihal yang banyak. Antaranya:
1.Penulisan Sebenarnya minat menulis saya bercambah sejak sekolah rendah lagi. Semasa saya di sekolah menengah saya banyak tulis sajak. Sekarang entah kemana perginya koleksi sajak-sajak itu. P…