Zaman sekarang ni kadang2 keperluan tidak begitu lagi didahulukan, bukan ianya tidak diperlukan tetapi ia tidak begitu diberi keutamaan oleh manusia kini. Paling banyak berlaku dewasa kini terhadap anak2 muda remaja terutamanya. Kadang2 mereka ini mengalahkan orang yang telah bekerja, keperluan mengatasi keutamaaan yang lebih aula . Apa yang tidak perlu menjadi kehendak utama dan sasaran mereka hatta mereka tak begitu memerlukannya pun. Sebagai contoh, pembelian laptop yang begitu mahal dengan teknologi terbaru serta spec yang tinggi walhal jika difikir secara logik, amnya seorang remaja yang kebanyakannya seorang pelajar hanya mungkin memerlukan latop yang bisa sahaja seperti RAM 1, Memory 512 kerana kalau hendak difikirkan apalah sangat dengan teknologi tinggi serbegitu rupa, cukuplah sekadar ada Word dan lain2 perisian untuk menyiapkan assignment dan tugasan kerja. Tidak perlulah begitu banyak function yang trendy kerana kadang2 hilang tujuan asal pembelian latop itu. Bukan itu sahaja malah ada juga yang begitu ghairah memasang angan hendak membeli handphone2 jenam,a terbaru dan mahal, pakaian dan sebagainya. Hmm, itu baru soal mterial. Dari segi sosial pula, banyak remaja sekarang yang sudah melupakan 'co-bisnes' mereka datang ke menara gading iaitu untuk belajar. Semester pertama memnglah bersemangat herndak belajar tapi bila dah berjumpa kawan yang m,embawa kehancuran maka kita pun turut hancur, jika dulu seorang yang pemalu dan sopan santun, sekarang tidak lagi malah tidak segan2 membuka aurat bagi remaja perempuan. Bila di ruamah atau kampung kononya berbaju kurung dan tudung tapi bila di IPTA mulalah rambut pun menggerbang, baju dan seluar ketat mendedahkan pusat, bagi lelaki pula sudah tentulah situasi ini menyeronokkan mereka. Terutamanya yang dari kampung, datang ke kota besar sperti KL ibarat rusa masok kampung. Tapi, tu mule2 aje bile dah lame sikit dah kenal kawan2 baru yang lebih 'urban' dan 'open minded' katenye , sikap dan perangai pon berubah.Bile dah start kenal dengan remaja setempat sampai dah takmaw balik kampung hingga cuti sem pon tak nak balik kampung, mereka ini sudah berubah sepenuhnya. Dari stail pemakaian, feseyen dan up to date semua berubah. Kalau dulu 'poy' jer skang dah vouge, dah 'hot' , dah 'garing'. Biaselah tu, itu normal bagi kehidupan orang sekarang.Bile balik kampung jer keluarga dan famili pon terkejut tengok anak mereka, rambut dah perang,badan dah kurus, kasot lagii dulu sliper jer, suar skinny takpon 3/4, baju pon kaler2 jambu gituw.Sesetengah orang menganggap ini sebagai 'culture shock', satu istilah yang aq anggap terlalu stereotaip . Jangan mudah untuk kita menjustifikasikan seseorang itu telah mengalami kejutan budaya ini, bagi aku apaa yang berlaku terhadap anak muda masa kini bukanlah satu kejutan budaya tapi merupakan satu evolusi, peralihan atau change of lifestyle .Perkare ini akan berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa kita sedari sebenarnya.Takpe, tu tahan lagi. masih boleh diterima barangkali. Sesuatu yang tak boleh diterima ialh apabila keutamaan serta tujuan yang sebenar langsung dilupakan oleh seseorang remaja yang bergelar mahasiswa. Ada antare nye yang kadang2 langsung melupakan keluarge di kampung. Bile dah masuk ke menara gading ini, berjumpe teman wanita, teman lelaki atau BFF,terkadang mereka asyik mendahulukan kepentingan rakan mereka itu saje. Klu nak call famili di kampung susah ya amat, tapi demi teman istimewa ade jer kredit. Kalu untuk kawan tu sanggup jerr wat ape2 demi dia, tapi klu nk belikan sikit buah tangan untuk orang di kampung tu ... haramm.. well, tu lah situasi yang berlaku sekarang jika dahulu dia wara' ,alim dan ustaz , tak berani nak tengok pompuan seksi tapi masuk semester kedua dah pandai pegang sikit2 malah ade yang dah pandi up lagiii, peluk2 plak. HEHE, ARTIKEL NI DITULIS DAN DITUJUKAN BUAT AQ JUGAK .. HEHEHE ..
Comments
Post a Comment