Skip to main content

Toleransi Melayu perlu ada batas

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang Melayu supaya sentiasa bertoleransi dengan kaum lain di negara ini tetapi jangan sampai menggadaikan maruah bangsa.




Katanya, sikap bertolak-ansur yang keterlaluan serta tidak yakin dengan pegangan kaum sendiri menyebabkan bangsa itu sentiasa dipermainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.



Justeru katanya, masyarakat Melayu kini perlu bermuhasabah diri dan mencari sebab mengapa kebelakangan ini hak dan kepentingan Melayu sering dipertikaikan secara terbuka.



"Orang Melayu itu terlalu bertoleransi dan sering bertolak ansur sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur," katanya.



Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika melancarkan buku Nasib Melayu di Bumi Melayu tulisan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah di Perpustakaan Negara di sini hari ini.

Comments