Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Toleransi Melayu perlu ada batas

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang Melayu supaya sentiasa bertoleransi dengan kaum lain di negara ini tetapi jangan sampai menggadaikan maruah bangsa. Katanya, sikap bertolak-ansur yang keterlaluan serta tidak yakin dengan pegangan kaum sendiri menyebabkan bangsa itu sentiasa dipermainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Justeru katanya, masyarakat Melayu kini perlu bermuhasabah diri dan mencari sebab mengapa kebelakangan ini hak dan kepentingan Melayu sering dipertikaikan secara terbuka. "Orang Melayu itu terlalu bertoleransi dan sering bertolak ansur sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur," katanya. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika melancarkan buku Nasib Melayu di Bumi Melayu tulisan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah di Perpustakaan Negara di sini hari ini.

Remaja Menare Gadeng Berleka-lekaan (buat diriku dan sesape je)

Zaman sekarang ni kadang2 keperluan tidak begitu lagi didahulukan, bukan ianya tidak diperlukan tetapi ia tidak begitu diberi keutamaan oleh  manusia kini. Paling banyak berlaku dewasa kini terhadap anak2 muda remaja terutamanya. Kadang2 mereka ini mengalahkan orang yang telah bekerja, keperluan mengatasi keutamaaan yang lebih aula . Apa yang tidak perlu menjadi kehendak utama dan sasaran mereka hatta mereka tak begitu memerlukannya pun. Sebagai contoh, pembelian laptop yang begitu mahal dengan teknologi terbaru serta spec yang tinggi walhal jika difikir secara logik, amnya seorang remaja yang kebanyakannya seorang pelajar hanya mungkin memerlukan latop yang bisa sahaja seperti RAM 1, Memory 512 kerana kalau hendak difikirkan apalah sangat dengan teknologi tinggi serbegitu rupa, cukuplah sekadar ada Word dan lain2 perisian untuk menyiapkan assignment dan tugasan kerja. Tidak perlulah begitu banyak function yang trendy kerana kadang2 hilang tujuan asal pembelian latop itu. Bukan itu...

hURMmm

Tinggal di Malaysia sungguh menyenangkan. Keamanan yang ada selain kehidupan harmoni berbagi bangsa seharusnya dimanfatkan sebaik mungkin olah seluruh rakyatnya.Namun harus di akui bukan semua manusia menyukai kepelbagaian. Malah ada yang suka berseorangan. Orang2 sebeginilah yang sering meniupkan api persengketaan dan perkauman. Mereka ini tidak selesa tinggal sebumbung dengan kaum2 lain. Harus diingat bahwa tujuan Allah menjadikan manusia berbagai2 kaum itu adalah supaya dapat berkenal sesama manusia.