Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Rempuh

Di selekoh, tapi kenapa makin kiri makin kau mendekat? Kena langgar, tongkat jadi senget, kaki luka dan pilu. Aku terkenang ketika aku dilanggar lari dulu. Hampir mati kalau tak kerana topi keledar. Aku terbayang hidup cacat, atau tempang. Tanpa kaki sempurna. Aku terfikir kaki putus dan tak dapat menjejak sebaiknya. Segala kenang dan bayang berhimpun dalam sesaat.

Bangun

Saya mengeluarkan semua anggota tubuh badan adik saya, semua. Hingga kosong. Kemudian saya balut badannya dengan kain batik lepas. Saya ambil masa begitu panjang menggali liang lahad. Belakang naik sengal, lenguh. Tulang macam nak tercabut. Seseorang datang membantu. Saya masukkan dia dalam kubur dan kambus. Seseorang datang membaca talkin. Saya terjaga dari mimpi dengan hati yang hiba. Saya bangun sembahyang dan setelah itu baring semula, bersama kucing.