Kota Makkah adalah definisi kota yang tak pernah tidur. Sebelum ke sana terlintas juga dalam kepala akan fiksyen2 Makkah dari Mastika. Kalau sdra/ri membaca Mastika pasti tak lupa kaver2 depannya. Lukisan orang sesat atau ada banjir di tengah Kaabah, meracau di dalm hotel dan kehilangan barang. Sangat horor. Tapi kemudian saya tetapkan betul2 - tak ada apa2 lah. Itu cuma fikiran kita. Dan sesampainya di sana memang betul. Fiksyen Makkah Mastika hanya fiksyen dari kekeliruan atas beberapa faktor - ramainya manusia di sana, perubahan cuaca, suasana yang berbeza dsbnya.
Cuba tengok betul2 gambar tu. Ada beberapa ekor anjing yang besar berkeliaran. Ini berhadapan tempat penginapan saya di Hotel Al Shohada kira2 600m dari Kaabah. Macam tak percaya, dapat lihat anjing yang montel2. Mungkin anjing terbiar. Mereka nampak sihat. Bermakna makan mereka cukup.
Dalam perjalanan ke Madinah menaiki bas, dengan keperitan tekak dan berkahakkahak dikumpul dada, kami singgah di satu RnR. Ada masjid dan kedai serta gerai makan. Ayam bakarnya sedap berharga 15riyal. Ada tandas tetapi kecil. Bau hancing sangat kuat dan kelihatan tidak begitu terurus. Kerana terlalu ramai ada dua tiga jemaah tua yang saya syak dari Pakistan/India dengan selamba kencing di sebelah masjid.
Angin bertiup kuat dan udara kering. Bibir saya juga merekah dan pedih kerana tidak dioles pelembap. Selepas membeli epal hijau, kerana pada ketika itu hendak demam, saya merayau-rayau dan terjumpa seekor anjing. Dia gemuk dan nampak jinak. Hendak saja menghampirinya.
Di Madinah cuaca lebih sejuk. Tubuh saya menggeletar. Dalam hotel, setelah ditutup ekon pun masih sejuk amat. Pemergian saya ke Saudi membuka mata kepada beberapa hal dan juga menutup pertanyaan terhadap beberapa hal.
Comments
Post a Comment