P.Diddy dan rakan-rakannya menyanyikan Ill Be Missing You, yang asalnya dari lagu Every Breath You Take – The Police, tetapi diubah sedikit dan ditambah rap, ditujukan kepada Biggie Small yang terbunuh. Duo hiphop tempatan Too Phat menyadur banyak lagu tradisional ke dalam lagu-lagunya seperrti BOMOH, Anak Ayam dan Ala Canggung. Dalam album pertamanya Whuttadilly, trek paling saya suka adalah Too Phat Baby. Lagu ini disadur dari lagu Too Hot oleh kugiran AfrikaAmerika 60an dulu iaitu Kool and The Gang. Entah macam mana peliknya, kaset Kool And The Gang ada dijual di salah satu kedai kaset di bandar saya dulu. Saya membelinya dan mendengar Too Hot, di asrama sehabis pulang sekolah dan beberapa kawan saya mentertawakan saya setelah melihat kaver kaset tersebut. Kesemua proses saduran dan nyanyian semula ini saya anggap perulangan, tetapi memberi nafas baru. Saya anggap begitu juga dengan pembacaan. Apabila kita mengulang baca suatu buku kita akan menemukan sesuatu yang baru, ...