Dari tengah hari semalam sampai pagi ini bekalan air tak ada. Aku bergegas ke rumah nenek di sebelah, nak berak. Tapi air dalam kang pun dah habis. Aku bernapas, menahan gelora dalam perut dan hujung dubur. Subuh dah hujung juga. Aku jerang air, bancuh kopi, minum air masak dan kopi hitam. Mak aku pun di dapur, buat teh. Atuk di dalam bilik, hendak menyambung tidur selepas sembahyang. Suhu pagi tidak sedingin semalam. Sambil memegang tangkai cawan kopi, berdiri di muka pintu biliknya, aku bersyair spontan. Atuk terbuka mata, memandang aneh. Kemudian tersengih-sengih lalu ketawa perlahan. 'Matnye tetiba bersyair pulok?'. Aku ke dapur, bersyair pada emak. Dahi mak berkerut-kerut, memuncung mulut dan terkedip-kedip. Perut aku masih bergelora. Taik bagai di hujung dubur betul. 'Menda bersyair pulak?'. Lampu-lampu terpasang. Aku mencicip kopi Nescafe Gold sampai tak tersisa lagi di dasar cawan porselin. Atuk keluar, menggaru-garu kepala. Di luar, bingit angsa, ayam, lebah dan burung2 berderu campur. Nenek menjengah dekat, sambil menyimpul ke belakang rambut berubannya yang menggerbang, tersengih sama dan berkata 'Itulah syair, warisan bangsa. tau tak?' Nenek menanyakan pada mak dan atuk. Tak tahan lagi. Aku meluru keluar rumah, berjalan ke jalan raya, merentas kawasan belukar untuk ke anak sungai. Sebelum ini, beberapa bulan lalu, belukar itu tak tebal sangat dan denai untuk ke sungai tampak jelas. Tapi kini sejak aku dan lembu2(yang sudah dijual) tidak lagi mengunjungi kawasan tebing sungai, pepakis, pucuk leban, deduri, lalang dan segala macam rumput menggemuk dengan pucuk-pucuk melampai. Terlalu semak. Aku berpatah balik. Aku ke belakang rumah dekat hutan simpan. Tali air sebelum ini sudah disodok. Rompak-rampik. Tidak selera lalu endak berak. Aku pulang kecewa. Rasa nak berak terbantut langsung. Tahi di hujung lubang dubur terperusuk masuk semula. 'Cer tengok tu' kata nenek menunjukkan tong2 besar di belakang rumahnya. Aku baru sedar air hujan banyak ditakung tong2 itu. Bersigegas semula aku mengambil baldi dan cebok. Berkejar aku ke jamban. Tahi tiba2 hendak keluar semula.
Inilah detik-detik manis yang aku akan rindui dan kenang, satu masa nanti. Bersyair, ketawa, tersengih, bibit2 pertakian, dan beberapa kekurangan lain, yang akan membuat air mata berjurai dari kelopak, mungkin, 10 tahun akandatang.
Comments
Post a Comment