Skip to main content

Bisikan Hotel Bajet








Kalau saya keluar rumah berjalan jauh, ada 4 pilihan untuk bermalam; rumah makcik saya, hotel bajet, rumah kenalan atau... bergelandangan. Tapi pilihan terakhir itu jika saya benar2 tiada duit dan baru beberapa kali saya melakukannya.

Rumah makcik di sungai buloh itu akses kenderaan awam ke tempatanya sangat mudah. Sejak kewujudan MRT (ohh Najib dan BN) . Ada sebab lain mengapa hotel bajet menjadi pilihan. Apabila kita berseorang, kita selesa dengan privasi. Saya percaya majoriti kita begitu dan saya begitu juga.
Privasi adalah cerminan kebebasan yang perlu dipegang oleh siapa pun. Di hotel bajet unsur privasi, keseorangan dan sensual menyatu sekaligus. Anda boleh terlentang, makan atas tilam, hisap rokok dalam jamban, bertelanjang, keluar dan pulang sesuka hati selain layan movie atau... atau...

Ia tidak seperti bilik sewa atau menumpang di rumah pasangan. Pergerakan kita terhad atau paling tidak pun, kita merasa diawasi oleh had2 tertentu. Di ruang privasi, kita berhak menentukan apasaja dan tidak terikat pada set fizikal atau bayangan. Tidakkah kita minulu raja di istana mini? Eh itu terlalu melampau pula.
Pun begitu saya ada juga pengalaman ke hostel(hostel, berkongsi) bajet. Di hostel saya menemukan individu aneh yang mencetuskan ingintahu yang kuat. Terletak di Jalan Petaling, saya tak ingat namanya, kini sudah ditutup, kalau turun akan dibaui dengan restoran babi, pasar basah bau babi (ohh betapa kali pertama melihat kandang babi sewaktu kecil dulu, air liur merembes laju, berkeladak di rengkung), penjualan kaca ais dan bong berleluasa, baju ciplak, dan... pasar karat yang barangannya kita ragui, penjualnya kita ragui.

Hotel bajet berbeza sedikit. Kerana anda membayar, hak penuh terasa ketara. Memang ada beza hotel bajet dan hotel biasa (saya pernah tidur juga di hotel 3bintang dan 4bintang) seperti fasiliti dan ekses kenderaan awam.
Baiklah malas pulak nak tulis panjang2. Kalau rajin, saya sambung...

Comments