Slogan-slogan seperti ' membaca jambatan ilmu' atau ' buku jendela pengetahuan' , seingat saya pernah saya lihat pada dinding kelas-kelas di sekolah. Saya juga masih ingat, saya bacanya, sekadar membaca begitu saja tanpa apa-apa perasaan makna kan menyusup ke telinga hati saya. Tapi seingat saya juga, saya belum pernah melihat slogan-slogan itu dicat pada dinding perpustakaan daerah saya, Perpustakaan Awam Jerantut. Syukurlah, bukan itu yang kita mahu lihat. Perpustakaan adalah tentang pembacaan dan komuniti setempat, tentang budaya dan merapat dekat untuk pengetahuan yang wajar dipupuk sejak kecil. Kata Borgess 'saya sering membayangkan syurga itu ialah perpustakaan yang dipenuhi buku-buku'. Senyap-senyap saya sangat menyetujui pengharapan ini. Hari ini saya pergi ke perpustakaan pada jam 0915 selepas terlepas bas ke Kuala Lumpur. Lalu saya mula duduk di meja dan menulis sajak kerana idea bertalu-talu datang. Sedang saya ralit ...