Skip to main content

Impian dan harapan 2017


Menjengah 2017 terasa umur kian terbeban dengan bermacam hal. Aku tak pernah menitip azam pada setiap tahun baru tapi aku selalu menanamkan impian dan harapan. Impian dan harapan ini tentulah hal yang berbeza daripada azam. Tapi keduanya mempunyai konotasi yang tidak jauh beza. Impian ialah angan-angan atau khayalan dan harapan ialah perkara yang kita inginkan. Keduanya akan membawa maksud yang kita mahukan perkara itu terjadi. Menarik nafas pada 2017 aku punya beberapa senarai impian yang aku harapkan menjadi kenyataan. Kali ini aku mau sentuh banyak tentang diri aku. Aku mahu jadi lebih pentingkan diri. Cukuplah perihal-perihal sekeliling; politik, ekonomi dan bla bla bla. Bukannya aku tak pernah ambil kisah pasal benda tu pun sebelum ni. Baiklah ini antara senarainya: Menulis sekurang-kurangnya 4 manuskrip. -Tahun ini aku mau lebih produktif dan tidak membuang masa. Aku mau kerja lebih keras. Empat itu sekadar paras yang aku letakkan saja. Jika boleh aku mau tulis satu bulan satu manuskrip. Haha. Aku mau tulis dengan pelbagai genre. Kalau sebelum ini aku sudah tulis manuskrip bergenre thriller penyiasatan dan realisme, kali ini aku mau cabar diri untuk nulis genre romantik komedi, seram, realisme magis dan buku kanak-kanak.Aku mahu tembusi pasaran novel popular tapi dalam masa yang sama aku juga mahu hantar manuskrip aku ke DBP dan ITBM. Fuh, tingginya cita-cita. Takpe, aku akan cuba buat. Aku juga mahu gaya penulisan aku yang sendiri dan matang tapi dalam masa yang sama lebih fleksibel. Hantar tulisan ke Dewan Sastera dan surat khabar -Ya, ini penting. Aku kali pertama tulis untuk ruangan Surat kepada editor dan tak sangka pula tulisan aku disiarkan dalam Dewan Sastera edisi November 2016. Ini bikin semangat dalam diri aku. Mungkin aku akan mula tulis sajak dan hantar ke surat khabar pula lepas ni. Aku tahu, untuk menembusi Dewan Sastera bukan kerja yang mudah. Harapnya ini akan tercapai. Beli dan baca lebih banyak buku -Aku tak sabar nak ke PBAKL nanti. Kalau ikut perkiraan, mungkin, mungkinlah... novel kedua aku akan terbit pada waktu tu. Aku nak ke sana dan beli banyak buku-buku. Nak cari buku-buku Shahnon Ahmad, Albert Camus, Enrieque Vilas Matas dan Wan Nor Azriq. Sebenarnya banyak penulis yang aku nak baca karya mereka, kalau tulis kat sini panjang rasanya. Harapnya aku bertemu buku-buku mereka. Hehe. Buku terbit -Sepanjang 2016 aku berjaya siapkan 4 manuskrip. Satu telah terbit pada Julai 2016 lalu (Menculik Sensasi, Lejen Press), satu lagi masih tunggu giliran untuk tayang di wattpad (jika banyak bacaannya, akan diterbit jadi novel), satu lagi pihak penerbit bagitahu akan terbit pada April/Mac 2017 dan satu lagi antologi cerpen yang masih dalam penilaian. Aku harap sangatlah, buku aku nanti meletuppp. Sebab untuk buku yang akan terbit pada Mac/April tu, itu tulisan aku yang paling matang dan secara peribadinya aku sangat suka, bahasanya lebih indah, matang dan ceritanya lebih baik. Kalau korang nak baca bab awal, boleh ke laman web wattpad search nama username euceni dan baca Mengejar Siluet Palsu. Yang satu lagi, tunggu giliran ke wattpad tu sebenarnya itu manuskrip paling awal aku tulis, tapi nak tunggu gilirannya... perghh lama siot sampai manuskrip kedua aku terbit jadi novel pun yang pertama tu tak tersiar lagi. Takpe, aku boleh bersabar. Fasal antologi cerpen tu, huu... aku rasa aku semacam makin minat pulak nulis cerpen. Jadi daripada biar terperuk aku pun hantarlah ke satu penerbitan ni. Belum dapat balasannya. Baru je lagi aku hantar. Tengah bulan 12 hari tu. Turun berat badan -Sebenarnya benda ini setiap masa aku kumandangkan dalam kepala. Tapi... aduh. Susah betul nak istiqamah berdiet dan senam. Suatu ketika BMI aku pernah cecah 34 dan brat sampai 100kg. Tapi pada 2014 aku mula serius bersenam dan brjaya turun sampai 70kg. Skearang aku tak konsiten. Nak kekal 70kg tu payah. Kejap-kejap 72, lepas tu 76. Bolak balik gitulah. Aku kalau boleh nak berat aku 60kg je. Haa... barulah boleh jadi novelis kacak macam Anuar Darwisy, Aery Airil atau Aiman Hazziq (eh apa kaitan wajah kacak dengan penulisan ni?). Jaga kesihatan dengan lebih baik -Oh ya, aku perlu kurangkan merokok dan makan makanan yang baik. Hmm... kalau dah dikurniakan dengan pasyen dan keinginan membuak memasak yang tinggi, ingat senang? Rokok, ini kalau menulis memang banyak yang aku pam masuk. Tak apa, aku akan cuba kurangkannya dikit-dikit. Doakan akuuu.. Lebih aktif dalam Askar Wataniah -Aku mahu pergi lebih banyak kursus yang menarik. Kursus senjata ringan, Kursus Kada dan kalau dapat, aku nak pergi kursus bakal pegawai. Bila dah pergi nanti boleh la ada pengalaman pegang senjata dan tau taktikal perang dngan lebih mendalam. Ini boleh cambahkan idea untuk tulis fiksyen militari atau aksi. Tak sabarnya. Menulis manuskrip bahasa Inggeris -Walaupun Muet aku band 3 dan broken grammar pula, aku minat gila dengan John Grisham! Ada juga terpengaruh dengan gaya tulisan dia. Apapun aku dah ada tulis dua cerpen bahasa Inggeris. Aku ingat nak tulis sampai 20 cerpen dan submit sebagai antologi kepada mana-mana penerbitan yang berminat. Yahuuu. Menambahbaik jagaan lembu -Lembu yang aku dan famili aku bela dah mula nampak hasilnya. Ada dua ekor anak baru dan dua lagi tengah sarat bunting. Kalau aku ada duit sikit, aku nak tambah baik dari segi kandang, pagar dan kekerapan makanan ruminan yang lebih baik. Projek buat duit -Bulan Ramadan, memang aku akan turun KL dan kerja. Harapnya ada peluang seperti biasa. Travel -Setakat ni ngara yang aku pernah pergi Thailand je. Itupun kat Hatyai. Nanti kalu ada duit sikit aku nak pergi Australia atau negara Eropah atau mana-mana negara Arab. Nak jugak cari inspirasi dan ilham kat negara orang. Kerja tetap -Ni lagi satu hal. Aku ni sebelum ni memang dah banyak dapat kerja, tapi tak tahan lama kerja. Tak tahulah, cepat sangat rasa bosan kerja bawah orang. Tapi aku tekad, tahun ni aku nak settle down kat mana-mana dan kerja. Lantaklah kerja apa, kuli ke tukang basuh pinggan ke. Kat kampung pun aku bukannya tak biasa buat kerja berat. Cok sawit, cari rumput, jaga lembu. Ha... tapi tak sado-sado juga macam Indo yang kerja kat kampung aku ni. Tapi itulah, kalau aku tinggal kampung, siapa nak jaga lembu dan sawit? Atuk aku makin tua, adik aku sambung blajar dan Indo yang ada kat kampung aku ni dah mula balik ke Lombok. Adehh... kena fikir nanti. Itu saja nampaknya impian dan harapan aku. Banyak lagi sebenarnya cuma yang di atas itu adalah yang paling menonjol. Selamat datang 2017.

Comments