Entri ni duduk dalam draf beberapa tahun lalu. Baru hari ni tergerak hati nak kemaskini dan post.
salamualaikum dan sawadeekap.. hah.
Cerita ni dah dekat dua minggu lepas, baru hari ni aku nak update. Semuanya tidak dirancang dari awal. Asalnya aku nak pergi australia. Ianya selepas aku dapat tahu yang seorang kenalan aku pernah kerja kat sana.
Kutip buah2 tu je. Tapi gaji dia masyuk. Setelah bersoal jawab cerita segala, aku dapat tahu kos nak pergi ke sana dekat 5k jugak. Cuilakak, aku cek akaun aku... Alahaiii... tinggal 2k je.
Aku agak kecewa sebab tu salah satu wishlist aku untuk tahun ni. Ni semua gara2 shopping punya pasal la ni. Satu hari selepas tu aku pergi KL sentral. Aku ternampak peta route jalan ktmb ke Hatyai. Eh, aku baru perasan ada keretapi terus ke sana rupanya. Aku terus buka phone dan search pasal backpackers yang pergi ke Hatyai. Mak aih... cam best, kos pun tak sampai lima ratus.
Keesokannya aku pun membeli tiket Ktmb untuk ke Hatyai bertarikh 25 ogos. Harga tiket rm54. Aku pilih koc yang ade katil tu. Sedap nak tidur nanti. Tren bernama Senandung Langkawi tu akan gerak dari KL jam 930 mlm. Katanya lagi pukul sembilan kena ada kat entrance gate. Aku balik kampung dulu dan buat paspot dan pada 25hb tu pukul 4 petang aku dah sampai KL. Aku melilau ke sana sini membeli powerbank dan makanan ringan. Aku ada terbaca sebelum tu dalam blog2 lain, kena beli universal charger, aku pun usha2 la tapi harga dia punya laaa.. Mahal. Lantaklah aku pun tak beli.
Bajet aku untuk trip ni dalam 500. Aku bok keluar duit 6 ratus. Tiket dan powerbank dah seratus. Tinggal lagi 5 ratus. Aku pergi kat moneychanger tukar dalam 370, aku dapat balik dalam 3400 bhat je. Pehh sikit betul.

Sedar tak sedar lepas keliling NU Sentral, pergi MPH beli novel Stephen King dan makan2. Aku makan banyak kali. Sekali mertabak dekat mamak, lepas tu mcdonald lepas tu aku bahan roti. Aku malas nak makan dalam train nanti sebab makanan dalam train mahal. Tepat jam 930 aku pun naik keretapi. Rasa excited, seronok, bimbang pun ade sebab ni firstime aku backpack seorang diri.
Dalam train tu aku kejap2 boleh tidur, kejap2 terbangun. Susah betul nak tidur. Aku cuba baca novel Mr Mercedes tulisan Stephen King, tapi tak jadi apa pun. Sambil membelek2 fon yang bateri semakin low aku pandang keluar tingkap. Gelap aih. Minah yang duduk katil bawah plak orang Thai. Kejap2 dengar dia bercakap. Kejap2 dengar dia layan movie. Setarang habuk dok paham ke mende.
Akhirnya dalam pukul 730 pagi sampai juga ke stesen Padang Besar, Perlis. Semua diarah turun untuk cop pasport. Selesai cop paspot, KTMB kata kena tunggu sejam. Tu dia. Handphone aku dah padam. Badan pun berbau, perut lapar. Aku pilih untuk mandi dulu. Dalam tandas je. Nasib baik ada bawak towel. Tapi aku takda bawa sabun and ubat gigi. Sedih. Terpaksa gosok tanpa ubat gigi. Selesai mandi aku naik ke tingkat atas bangunan stesen untuk makan. Ada kantin di situ. Orang ramai juga.
Aku makan kuih dengan air teh je. Di stesen tu juga ade kedai duty free. Jual rokok Dunhill dengan arak. Memang murah. Setelah sejam, keretapi tadi ada semula. Aku masuk ke dalam koc untuk baring. Sampai dalam koc baru aku perasan awek Thai bawah aku tu cun jugak. Selain tu ade sorang backpacker orang putih yang tua, sebuah keluarga Melayu thai, dua orang pengkid dan dua awek cun pasangannya, dan lima orang cina tua laki dan perempuan yang turut sama ada dalam koc aku.

Ketika itu juga sudah kedengaran "Sim kad thai, sim kad thai!" suara orang Thailand yang masok ke koc sambil mempromosi simkad Thailand. Harganya dekat 200 bhat. Lebih kurang 22ringgit. Aku tak beli pun. Aku nampak pengkid tadi sibuk membeli. Ade jugak moneychanger kat sini, maksud aku bukan kedai, tapi orang. Dia akan pegang duit thailand dan kalkulator kecil serta bertanya "ringgit to bhat?" ataupun "Moneychanger sir". Dekat sejam aku tunggu dalam ketapi tu.
Abang Melayu Thai dengan familinya. "Guano be? lambat lagi ko ?" kataku dalam loghat Kelantan setelah aku perasan dia cakap Kelantan. "Humm, lamo lagi ni. dekat duo jam lagi rasonyo" katanya sambil tersenyum. Aku senyum sambil mengerling ke arah anaknya. Cantik anak perempuan dia ni kalau besar nanti. Kataku dalam hati.
Kemudian dia keluar dan duduk di bangku stesen. Aku pun keluar sama setelah aku tengok phone aku dah terpadam. Nasib baik ade suis. Aku pun terus cas phone. Aku mengambil kesempatan untuk berborak dengan pakcik Melayu thai tu. Tapi lupa nak tanya nama dia. Aku tanya pasal Krabi, Hatyai dan Songkla. Dia kata Krabi dan Songkla jauh dari Hatyai. Ini membuatkan aku rasa aku nak stay sekitar Hatyai je. Aku tanya juga pasal kedai untuk membeli barang dengan harga borong, tempat2 yang menarik kat hatyai dan floating market. Pakcik tu menjawap semua soalan aku dengan wajah mesra. Muka dia pun tak lekang dek senyum. Rumah dia kat songkla rupanya.
Setelah hampir 3 jam delay barulah keretapi bergerak. Masa tu dah dekat pukul sepuluh. Sambil baring aku jenguk keluar tingkap. Tengok rumah2 orang thai. Kebanyakan yang aku nampak diorang ni pekebun dan penternak lembu. Yang bela babi pun ada daa. Babi hutan pulak tu.

Sampai je di stesen Hatyai dah ada orang Thailand menyambut. Dengan terjerit2 "krabi2x!" "tourist package".
Salah seorang lelaki bertubuh gempal dan bajunya berbau peluh menarik aku. Dan bertanya "krabi na kap?" aku pun hanya cakap "ao, ao". Tapi dia dok follow aku keluar dari train. Aku terus menuju ke kaunter tiket dan membeli tiket untuk balik. Tiket paling awal ada 28hb. Nasib.. Aku pun membayar duit, harga tiket tu 540 bhat. Dekat rm60 jugak tau. Sementara itu ejen pelancong tadi dok tunggu aku lagi.
Dia memaksa aku beli tiket ke krabi. Aku cakap, "ill go tomorrow la" dia kata"buy ticket today for tomorrow khap" aku pun ikut dia. Ofis dia depan train je rupanya. Tapi aku berhenti kejap. "why? come2 buy fast, ticket sold fast" katanya mendesak. Aku kata" i want to take picture" "ok, ok let me help"
Akhirnya aku cakap dekat ejen tu" ill go round2 first, nanti aku datang balik ok?" sambil terus blah. Aku melilau terus ke depan. Dalam beberapa langkah aku belok ke tepi sehingga terjumpa coffee stall. Orang putih dalam train tadi tegur aku.
'U looking for hotel?" tanyanya dengan suara serak basah.

"King, king" kata ejen itu. Ni gambar dekat train station. |
Akhirnya aku cakap dekat ejen tu" ill go round2 first, nanti aku datang balik ok?" sambil terus blah. Aku melilau terus ke depan. Dalam beberapa langkah aku belok ke tepi sehingga terjumpa coffee stall. Orang putih dalam train tadi tegur aku.
'U looking for hotel?" tanyanya dengan suara serak basah.
"Just guesthouse" balasku.
"OOh, u can just go straight and turn left. theres a guesthose near Robinson. Its only 300bhat per night" '
"Really? thank you."
"Welcome, yah its really hot here, many agent, dont trust them. Find by yourself.... bla...bla..bla.." adoi sekali nak berborak la pulak orang tua ni.
"So where are you staying?" aku cuba memotong.
"Im staying with my friends. Bla..bla..bla...You can come if you want."
katanya sambil tersenyum.
Entah kenapa aku terasa seriau dan sambil tersenyum aku cakap "no, ist okay thank you." balasku sambil terus blah.
Aku mengikut direksi yang dia berikan dan betul, aku sampai dia tempat tersebut. Louise Guesthouse nama dia. Setelah membuat gesture biasa orang thai iaitu merapatkan kedua belah tapak tangan, aku bertanya pada pakcik cina tua penjaga guesthose tu. Dia cakap bilik tanpa aicond 300 bhat semalam, bilik air cond 600 bhat semalam. Aku cakap "good., ill be back. survey first hah" dia kata "ok, sure".
Aku pun keluar dan keliling sekitar pekan Hatyai ni. Banyak kereta tuktuk dan motor teksi yang menegur. 'Where to go?" aku cuma balas "pai leu" maksudnya macam dah pergi dah. Dan, banyak orang Malaysia laaa kat sini. Haha.
Aku pun cuma terpengaruh dengan drama2 Thai yang aku selalu tengok kat youtube. So bila ramai yang suruh naik tuktuk atau moto aku jawab camtu jer, tak pun aku cakap "pai nai" "mei ru" "mai ao". hahah, lantak lar labu..
Keliling punya keliling semua hotel mahal daa. Dalam lima puluh ringgit semalam. Dan aku perasan sini ramai orang malaysia datang.
Sekolah menengah dia. |
Aku pun balik semula ke guesthouse tadi dan bayar duit untuk 2 malam. Tersenyum jer pakcik tu. Mungkin sebab tak ramai yang cek in. Memang tak ramai, sebab bukan weekend. Bilik dia besar, boleh tahan. ada wifi, sabun, towel. Wifi Lajuuu.. Cuma takde tv.
Bersambung... (atau mungkin aku akan cetak zine travelog?) nanti.
Comments
Post a Comment