Sejak tahun pasca PRU12 iaitu pada tahun 2008 sehingga sekarang istilah macai begitu popular sekali dalam kalangan pemain politik samada ahli politik itu sendiri atau rakyat yang mengikuti perkembangan politik negara yang sentiasa panas.
Kebanyakannya memahami maksud macai ini ialah merujuk kepada individu yang membela partinya secara mengkhinzir buta walaupun partinya itu melakukan kesalahan. Ia juga boleh memberi makna seseorang ahli parti yang hanya tahu menjadi Yesman kepada bosnya tanpa ada banyak soal.
Sebenarnya macai dah wujud lama, sejak zaman dahulu lagi. Mungkin dulu tak dikenali dengan nama macai, bisa dipanggil hamba, hulubalang, panglima atau pembesar. Kerna pada zaman dulu segala arahan atau perintah sang raja itu wajib diikuti tanpa soal. Kalau yang melawan maka jadilah seperti kisah klasik ‘penderhaka’ iaitu Hang Jebat. Kalau berdasarkan kisah ini semua orang pada zaman dulu dikira macai lah kan?
Macai pada zaman moden lainlah sikit. Lain dari segi pemikiran mungkin. Jika pada zaman dulu macai ni mengikut saja arahan raja kerana percaya raja mereka itu adalah tuan mereka atau raja itu bayangan Tuhan, berlainan dengan macai moden. Mereka membela parti/ahli politik kesayangan mereka kerana mereka punya sejarah dengan bos mereka ini. Mungkin kerana bois mereka ni wakil rakyat kawasan mereka.
Anak2 macai ini berjaya hasil bantuan wakil rakyat tersebut maka mereka tegus dibelakangnya apabila wakil rakyat/bos mereka itu lakukan kesalahan. Selain itu, macai moden ini boleh dikira orang yang kurang pengetahuan/ilmu mengenai politik. Mereka jenis yang senang ditipu bos mereka sendiri tanpa mereka sedari. Inilah yang berlaku sekarang, kebanyakannya sebab ini lah.
Ahli politik yang memiliki knowledge samada dalam bidang politik, filsuf atau agama akan memanipulasi pengetahuan itu untuk meyakinkan kepada orang bawahnya(macai) supaya meyakini segala tiidak tanduknya adalah betul. Mereka cuba merasionalkan setiap tindakan mereka. Kalau ada macai yang cuba menentang atau berbunyi sedikitpun, maka sang politikus ini akan adakan pertemuan, perbincangan atau diskusi bersama macai2 ini. Dalam diskusi ini, dengan kehebatan komunikasi yang memukau sang politikus ini dengan mudah dapat yakinkan si macai2 tadi. Hebat bukan? Ini la yang berlaku depan mata kita sekarang.
Seterusnya ada juga orang yang sanggup menjadi macai kerana kepentingan diri mereka. Nak dapat projek, nak dapat habuan wang atau nak dapat jawatan. Ini lagi biasa. Mereka dah tak peduli apa walau mereka sendiri tahu bos yang mereka bela itu memang salah tapi demi duit, maruah mereka korbankan.
Kesimpulannya macai dan yesman adalah oirang yang sama. Mendaki zaman moden, mahu tak mahu kita tak boleh jadi seorang yang neutral. Tak bisa nafi kita sebagai manusia tentu akan cenderung pada satu2 pihak. Cumanya, jangan jadikan kecenderungan kita itu sebagai alasan untuk menjadi macai!

Comments
Post a Comment