Skip to main content

Jawi yang TerPINGGIR ...

Lama tak menulis, otak bagaikan membeku dengan idea2 serta paparan yang mahu dicoretkan. Tatkala diri ini berkira-kira mahu  mencurahkan apa yang terbuku di kepala hotaknya itu maka tiba-tiba ia berderai pergi, seolah-olah terbang melayng tanpa mungkin kembali semula. Kita mungkin memiliki sat-saat terbaik di kepala kita mengeluarkan idea-idea bernas, tatkala mahu merakamkanya ia pudar begitu sahaja. Di kesempatan ini sementara terlintas di benak saya ingin jua menukilkan apa yang terpendam di kepalaku. Sementara masih dapat terakam apa yang terlintas baik aja lensung terus ku rakamkan ia agar masa depan kelak bisa menatap semula apa yang pernah ku mindakan sebelum ini.

Jawi yang diPINGGIRKAN
Adapun berkannan apa yang ditulis ini berkaitan juga dengan bahasa Melayu  (bukan Malaysia) . Sewaktu aku di derjah  sekolah dahulu (sekolah rendah) ketike di derjah 3 aku sudah mula pandai membaca tulisan Jawi. Aku masih ingat atuk aku ketika itu suka benar membeli akhbar jawi, berkat tunjuk ajarnya jualah yang membolehkan aku membaca tulisan Jawi. Namun tulisan aku ,aku harus akui amat hodoh. Masih ku ingat sewaktu kelas Pendidikan Islam Ustaz Nasir memarahi aku sambil menyatakan tulisan jawi aku seperti cakar anjing. Bab-bab tulisan maaf, memang tulisan rumi saya pun agak hodoh.  Seperkara lagi yang membuatkan aku meminati jawi ialah kerana akhbar Utusan Melayu akan menyiarkan ulasan mengenai gusti dimana pada ketika itu gusti menjdi kegilaan budak-budak sekolah rendah. Aku selalulnya akan membeli akhbar jawi itu yang berharga Serinngit sahaja semata-mata untuk membaca ulasan itu. Tatkala mengetahui akhbar itu semakin terpinggir lantaran tiadanya sambutan yang memberangsangkan disamping pula ia hanya terbit seminggu sekali kemudian berganti menjadi sisipan akhbar sahaja.. maka tatkala itu mula ada suara yang mengatkan bahawa Utusan sudah tidak sayang bahasa Melayu lagi, utusan hanya pentingkan duit dan sebagainya.

Aku benar kecewa tatkala mengetahui Utusan Melayu, satu-satunya akhbar jawi hanya menjadi sisipan akhbar sahaja. Aku masih ingat pada ketika itu ada pemimpin pas mendakwa Umno dan Utusan sudah tidak mempertahan kan Jawi, tulisan jawi dan sebaginya. Namun mereka Pas ini terkadang dilihat seperti menjilat ludah ke muka sendiri juga sebenarnya. Sepatutnya sebagai sebuah parti Islam, mereka harusnya mengambil  inisiatif untuk menaikkan martabat tulisan orang Melayu kita ini. Kalu dalam Harakah ada seksyen Inggeris , mengapa tiada Jawi. Aku tahu ada sikit2 jawi macam di bahagian tulisan TG Hadi Awang atau ruangan Mauidzah kelolaan TG Nik Aziz, tapi bagi aku tulisan jawi yang berhuruf Hijai'ah itu sepatutnya  diangkat martabatnya. Walaupun Umno itu teruk dan sebaginya namun sekurang-kurangnya mereka masih pertahn akhbar Jawi walau dalam bentuk sisipan.


Situasi Sekarang.
 Sedarkah kita berapa kerat sahaja anak Melayu yang tahu membaca Jawi? Berapa ramai ahli politik kita tahu menulis Jawi? Nasib baik  ada sekolah agama, nasib baik pendidikan Islam wajib buat orang Islam kalau tidak hilang pupuslah Jawai di negara kita. Zaman sekarang mana ada orang yang nak baca sangat Jawi. Penerbitan-penerbitan jawi juga kurang ( sudah tentulah sebab nanti penerbit rugi kerna tiada pembaca ).
Pernah satu ketika dulu aku membeli akhbar jawi dan aku baca di bus stand, sekumpulan ank muda memerhati dari jauh sambil tersenyum-senyum  kambing. Mereka barangkali memandang enteng tulisan Jawi yang pernah mewarnai kepulauan nusantara dahulu. Mereka barangkali tidak tahupun tulisan Jawi dahulu turut digunakn orang-orang Inggeris dan bangsa asing yang lain. Tulisan Jawi dahulu  adalah alat penyebaran Islam dan kesusateraan Melayu. Biasalh Melayu mudah Lupa .

Soalnya Mengapa?
Semua penjajah atau kolonial yang hebat adalah mereka yang terdiri daripada pengkaji sejarah dan peradaban bangsa. Kebanyakan penjajah sebelum ia menjajah sesebuah negara ia akan mengkaji sejarah sesuatu bangsa tersebut, tabiat mereka, agama dan adat resam serta sistem bahasa dan kepercayaan mereka. Tatkala mereka menguasai semua ciri2 ini makin mudahlah mereka untuk menjajah sesebuah bangsa itu. Justeru tidak hairanlah jika Hugh Clifford (bekas pesuruhjaya british perak) mempunayi hubungan baik dengan pihak pemerintah dan orang melayu kerna ia pandai berbahsa tempatan serta menghormati adat resam melayu pula.. Begitu jua dengan Frank Sweetenham dan Stamford Raffles. Dikatakan Stamford Raffles pernah ke rumah orang melayu masuk rumah membuka kasutnya  dan makan bersila dan menyuap menggunakan tangan.
 Apabila mereka sudah berjaya meresap masuk  kedalam minda orang-orang kita maka lebih senang  pula ia perkenalkan peradaban mereka yang kononnya lebih baik dari peradaban kita. Bermula dari segi pemakaian , komunikasi, makanan dan teknologi mereka membawa satu budaya baru ke tanah bangsa kita tanpa kita sedari .Sedikit demi sedikit budaya kita terhapus tanpa kita sedar. Jawi turut terkena tempiasnya, apabila sistem sekolah2  inggeris diperkenalkan basa rumi diajar, tak mengapa tulisan rumi itu tapi tuan2 rasa tulisan jawi diajarkah di sekolah inggeris?

 Sekarang pula kalau kita lihat mana ada lagi syarikat2 atau kedai2, restoran dan panggung wayang yang mahu menggunakan tulisan Jawi di papan tanda perniagaan mereka. Klau adapun boleh dikira dengan jari. Tidak ada kelas atau tidak ada nilai komersial katanya.

Apa tindakan kerajaan? apa tidakn NGO-NGO  Melayu berhubung tulisan Jawi? mana suara Melayu?
( OOpss, aku bukan perkasa dan tak suka perkasa langsung).













Comments