Skip to main content

Keperluan Untuk Reformasi .. ubah sekarang!

Ooops, tajuk entri aku berbaur politik sangat, ala2 anti-established+pembangkang gituh .. Haha, takpelah, aku tulis psl politik pon sekadar nak menzahirkan pandangan aku sebagai rakyat bersuara yg berhak untuk menyatakan pandangan politik atau buah fikiran demi kebaikan negara juga. Akhir-akhir nie memang kecoh dengan kisah perhimpunan Bersih. Mcan2 cerita dan polemik yang kita dengar. Ok walaupun aku tulis tajuk entry nie 'ubahlah sekarang' bukan bermakna seratus pratus aku menyokong apa yg diperkatakan pembangkang, tp ape yg aku maksudkan didini jugak ialah keperluan untuk kerajaan agar menjalankan reformasi atau perubahan yang menyeluruh terhadp semua bidang samada politik, sosial,ekonomi dan sebagainya.
Ok untuk menggambarkan betapa semua pihak (kerajaan atau pembangkang) mengenai perlunya perubahan aku akan bawakkan satu cerita .. Ceritanya begini (berdasarkan  kisah benar) ...
' aku ada seorang kawan yang senior, umor da dlm 30 an, aku knal dia d kampus dan sejak tu aku jd kwn rapat dia. Die tentulah seorang yang matang dan berfikiran terbuka.Kami ada banyak persamaan terutama citaras fesyen dan kesedaran untuk berubah . Cuma yang membezakan kami ialah pandangan politik. Ya , dia bukanlah penyokong Umno namun die sering berkata 'kita nie walau apapun terjadi orang melayu tetap kena berpegang dengan Umno, klu ade salah sikit pon biasalah politik, pembangkang nie harus berfungsi sebagai pendesak je'.. Itulah kata2nya yg selalu aku ingat .. Tapiiii, sekarng dia berubah pandangan , why? ok, time cuti sem sekrg die keje kt sebuah pusat beli belah berjenama di The Gardens , KL. Nak dijadikan cerita die bertugas di departmaent customer service dan pada suatu hari , ade org Melayu, Islam .. membeli wine cooler . Ok ape yg pelik kan zaman sekrg? Org kaye biaselah tapi ape yg buatkan kwn aku ni terkejut ilah org tersebut adalah seorang setiusaha kerja Umno yg berpangkat Dato, siap bagi kad lg. Ok aku pun smpn gak kad tu, tapi tak perlulah aku nak dedahkan identiti org tersebut.
Start pd saat tu die kata kt aku ' takleh jadi nie, kite mmg kene bg peluang kt pembangkang nexxt PRU nnt'
Hahahah! ak tergelak la kann .. Hmm bagi aku elok la PM kite nie tggu ckup 5 tahun la bru wt PRU. pasal ape? pasal ak nak jgak tengok kerajaan membuat perubahn2 untuk memeajukan kaum Melayu. OK, walaupun aku bukan peminat Umno dan aku nie agak mengikuti perkembangan pembangkang namun aku nak sgt tengok transformarsi ekonomi untuk orang Melayu. Aku nie walaupon keja parttime, duk kat kwasan yang majoriti Melayu tapi keje kat Mid Valley yang mane kite taw populasi orang yang pegi shopink kat situ  bukanlah terdiri dr kaum Melayu. Aku sepaanjang kerja kt CK mid tu, terasa beb, bukan ape tgok kaum lain dtg masok shopink, selai bju seratos mcm seploh hingget ajer doe .. Aduuuhh, memg terasa beb, dengan barang2 kat stu mahalnyer. Aku bukanlah rasis tapi kate2 aku nie ade sasanye jgak. Sape yg taknak tengok kaum sendiri hidup senang kan?? Apapon aku berharap sangat suatu hari nanti Melayu kembali ke tampuk kegemilangannnya seperi di zaman Kesultanan Melaka dahulu. Tak kira la Umno-BN atau PR yang memerintah, perubahn itu perlu!!

Comments

Popular posts from this blog

Jiran Gedik

Ajim berasa letih. Letih sangat. Hari ni kelas full. Pagi kelas Pendidikan Islam, tengah hari tadi kelas Bahasa Mandarin baru tadi pkul sembilan dia habis kelas Fundamental Science. Pehh memang penat.

Sebab tu la Ajim benci hari isnin,  monday sickness gitu. Tapi apekan daya. Hidup sebagai pelajar memang la gitu. Penat sekarang, senang kemudian hari.

Sampai-sampai blik je terus dilemparkan beg galasnya yang sedari tadi disandangnya sepanjang hari. Dengan kemeja, tali lehar dan stokin serta seluar slack yang masih tak bersalin dia terus menghempaskan badannya ke atas tilam.

Ahh nikmat sungguh, penat2 gini terus baring. "ehh kejap2, ak kena cek facebook aku ni , td apelah si Tina tu dok post status, mcam perli2 aku je" getus Ajimtibe2 seraya bangun mengidupkan suis laptopnya.

Pintu bilik dikunci rapat. Ahh panas pulokk. Tingkap dibuka luas2 biar angin menyerbu masuk.

Rumah Ajim rumah flat tingkat atas. Setentang rumahnya ada orang menyewa jugak. Student juniornye kat kampus j…

Jerantut : Adakah faktor migrasi mempengaruhi kadar populasi ?

Bismillahitaala.

Berbicara mengenai Jerantut, sebuah bandar yang berpenduduk seramai 88037 dengan seramai 4157 orang adalah warga asing (berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia, boleh rujuk http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Pahang.pdf). Daripada jumlah keseluruhan penduduk hanya 9747 orang sahaja yang berbangsa Cina. Kalau kita ke bandar Jerantut sebahagian besar perniagaan, bangunan dan perumahan adalah milik kaum Cina. Taburan Penduduk kaum Cina yang ramai dapat dilihat di Sg Jan, Sg Lekuk, taman2 perumahan sekitar Jerantut dan sekitar Pekan Damak.


Berbanding bandar lain seperti Kuantan (427515 ), Temerloh (158724), Pekan (103839), Maran (111056),  Rompin (109599), Raub (91731) dan Bentong (114397) Jerantut boleh dikira berpenduduk sedikit.  Kalau Kuantan sebagai ibu negeri tidak heranlah ramai orang di situ. Dengan status ibu negeri semua pejabat pentadbiran bertumpu disitu. Dengan ada lagi pelabuhan serta berp…

Seputar On Hiatus, Penulisan dan Menghantar Manuskrip.

Memang sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Hampir dua tahun ianya tidak terusik langsung. Lagipun saya yakin blog ini tidaklah mempunyai pengikut pembacanya yang tetap. Kehilangan saya ini tentunya tidak dirindui orang. Ini bukanlah bermaksud saya tidak menulis terus, membenci dunia penulisan sehingga saya tidak lagi mengetik papan kekunci komputer. Tidak. Malahan saya telah memekar kemahiran saya dalam penulisan fiksyen. Mengapa fiksyen? Kerana realiti itu semakin menjemukan, merenyahkan dan memeningkan kita manusia ini. Jadi apalah salahnya memilih fiksyen untuk melarikan diri seketika daripada realiti yang menakutkan itu, bukan? Ada banyak yang hendak saya celotehkan disini. Tempoh hampir dua tahun tanpa kemaskini tentunya membuatkan saya mahu bercerita perihal yang banyak. Antaranya:
1.Penulisan Sebenarnya minat menulis saya bercambah sejak sekolah rendah lagi. Semasa saya di sekolah menengah saya banyak tulis sajak. Sekarang entah kemana perginya koleksi sajak-sajak itu. P…