Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Rencana

Tak tahu apa jadi dengan diri sejak akhir ini. Tak selesa, rimas dan telinga mula bermasalah. Lepas selesai semua mahu jalan; -kampung laman - Ke sarawak ketemu Nan, Kak Pah, Clariessa dan rumah keluarga seorang kenalan 🤔 - Ke sabah, ketemu Jet, Cikgu W dan, erm siapa lagi ya - Ke bangkok dan vietnam Haih 😪

Puncak

Saya kian sensitif dengan bunyi; bisikan, desuran angin, tiiktik entah apa dan segala benda yang tak jelas. Pada malam yang menjelma, entah mengapa, jantung kerap berdegup kencang. Untuk apa ia tiba-tiba begitu? Saya tak punya jawapan. Tidur masih sukar. Di depan mata, segalanya mengabur. Kemudian bunyi, bunyi. Apa benda? Saya akan keluar mencarinya. Dari mana? Tapi ia tiada. Hanya bunyi yang melintas hatiperasaan saja. Apakah ia halusinasi? Mohon dijauhkan. Jangan lah aku jadi seperti emakku yang selalu tertoleh toleh dan gelisah. Oh bunyi. Bagus kalau bunyi tiada wujud. Kesunyian penuh seluruh. Diam, sepi, yang betul betul membungkus.

Maklum

Perkhabaran sedih dari kampung bertiup kencang tiba-tiba, mengiris wajahku, berdarah duka dan rindu. Atuk sakit. Tak boleh bangun, kaki sebelah longlai, dan kelupaan memakan senja umurnya. Setiap kali bangun subuh, aku akan segera ke rumah atu dan perkara pertama yang aku buat adalah masuk ke biliknya dan perhati jika di masih bernapas. Jangn kau rampas dia ketika aku tiada disisinya seperti kau ambil Harith ketika aku jauh daripadanya. Dan jangan pergi tanpa tanda seperti Hasifuddin, yang kurangkul jenzahnya kemudian, pulang ke rumah. Aku tak dapat tidur lagi. Biarlah, resah ini terus berdegup merisaukanmu. Jangan rindu ini pucat, jangan rindu ini tenat. 

Desing

Kesunyian penuh di pejabat ini cukup saya senangi. Hati saya girang. Berbaring merenung pokok berjirus cahaya di luar, desing motosikal yang sesekali mengencang di jalan depan. Suasana yang saya mahu raih seumur hidup, kalau boleh.

Masih

Terenung-menung siluet-siluet, dingin bercampur suam, bantal kusam dan penekup telinga nan tuli. Tiada kepastian bila akhirnya. Mereka masih kekal diam, kaku. Kemana pergi roh mereka, berkeliaran tak ketemu jalan pulang seperti lazat tidurku yang sukar kutemui kini.