Saya telah menghadiri wacana sastera pada hari selasa lalu. Ketika itu saya dah mula demam. Badan saya sangat panas dan tidak bermaya. Jumpa Editor Dewan Sastera dan borak sikit. Prof rahman Shaari, borak sikit. Masuk dewan saya borak dengan Amran Daud dan Lokman Hakim. Saya duduk belakang Wan Nor Azriq sesekali saya intai apa yang dia tulis kat fon dia. Rambut di kepalanya tipis. Macam nak botak. Botak tengah. Macam... saya. Dia bawak beg ada buku terbaru dia. Saya ada nampak dia tulis sesuatu pada ruang tweet pasal sarjana. Saya cek twitter tapi tak ada. Wacana tu boleh tahan juga lah. Aloy, Saifullizan Yahaya dan Khair pandai bercakap. Dr Yati menyebut benda yang saya belajar masa STPM dulu. Pascawacana borak dengan Lokman dan Wan Nor Azriq dan Dr Fahd. Makan sikit. Tak selera. Habis acara itu saya lepak dengan editor saya dan dapat buku percuma(kumpulan cerpen Malam Sara, layan juga buku ni) dan hantar saya ke stesen LRT.
Saya berjalan kaki. Saya tulis kat tweeter buku apa yang saya patut beli di Kinokuniya (memang ini tujuan utama ke KL, nak beli beberapa buah buku), Roslan Jomel cadang beli The Boat oleh Nam Le. Saya kata okay. Saya tak larat nak ke Kino. Hari dah malam. Saya masih berkira-kira sama ada saya patut tidur di hotel bajet di KL sentral atau ke rumah makcik saya. Tiba2 saya terasa nak ke Kino. Badan saya lemah. Masuk saja monorel (stesen KL Sentral) saya makin panas. Tak larat. Saya turun di Tun Sambathan dan jalan kaki semula ke KL Sentral, singgah mamak dan ternampak Amir Muhammad di kaunter. Dari jauh dah boleh kenal dia. Saya dekat dengan dia cakap (dengan nada terkejut-terserempak) "wah encik Amir," dia senyum dan sambut salam "oo Husen, sihat" saya kata sihat. Saya kata lagi "saja buat2 ternampak tapi tadi sebenarnya dah nampak dari jauh". Dia tanya nak pi mana saya kata yalan2 area sini jer. Saya terus cari suis nak cas fon tapi semua tak elok. Saya berlalu dan ke mamak JMT nasib baik ada suis. Saya cas fon dan amirmu pm fb 'lama lagi ke kat sana?' Saya kata setengah jam saja. Dia tak balas. Saya pesan mi goreng. Badan saya panas giler. Saya teguk 4 gelas ais kosong. Saya ke singki dan lumur kepala dengan air. Lega. Badan saya,pelipat dan leher lehek dengan peluh yang mengering. Ketiak bau busuk. Saya jalan kaki ke stesen klsentral naik MRT ke sgbuloh. Sampai di stesen amirmu pm 'ada di sana lagi?' Saya jawab 'dah di sgbuloh. Esok jumpa abdrahman shah pula'. Dia balas 'pasti rancak '. Malamnya saya sukar nak tidur. Selsema, perit tekak dan panas badan. Saya tidur beberapa jam saja. Saya gerak keluar pukul 730. Saya janji jumpa ARS pukul 9. Saya beli panadol soluble dan FishermanFriends. Lega sikit. Sementara menunggu saya naik MRT ke stesen (dah lupa) dan patah balik ARS menunggu di kedai tepi eskalator. Kami bual kecil dan dia usya majalah Dewan Budaya yang saya kasik pada dia. Saya minta diri dan terus naik MRT ke Kino. Saya rambang mata. Akhirnya saya main pilih je buku. Salah satunya The Walk and other stories oleh Robert Walser. Ada kata2 JM Coetzee di belakangnya sebab tu saya beli kerana saya pernah baca buku JM Coetzee sebelum ni. Satu lagi buku terbaru George Saunders. Buku The Boat tak ada. Dalam bas, saya kembali berasa badan tak sedap. Saya telan panadol dan FF dan sangat lega sebab beli buku Robert Walser.
Comments
Post a Comment