Skip to main content

Posts

Showing posts from June 6, 2017

Kaki Mimpikan Bumi, Bumi Menggomol Kaki

Tadi pergi kerja jalan kaki dan menitislah peluh dingin setelah kulit dikemam terik sederhana. Memang aku suka jalan kaki kerana ianya seperti aku mengawal diri aku sendiri. Tidak seperti kenderaan yang kita mengawal mesin, benda lain. Aku boleh memilih untuk ke kiri atau ke kanan tanpa perlu memberi perintah (tukar gear brek membelok). Dan, aku boleh melihat kawasan sekeliling tanpa alat bantuan (cermin) selain berpeluh.

Aku lebih suka berjalan kaki di KL kerana banyak benda boleh dilihat. Bukan aku tidak suka kampung namun ada perbezaan yang nyata antara kedua tempat ini. Ianya berkenaan isinya, objeknya, penghuninya dan suasananya. Pernah aku berjalan dari Jalan Bangsar ke Pekeliling. Kadangkala dari Pekeliling ke Masjid Jamek. Kadangkala dari PWTC ke Puduraya, kadangkala dari Sultan Ismail ke Chow Kit.
Aku dapat menemui pelbagai ragam. Contohnya jika kamu bangun seawal jam 6 pagi dan berjalan sekitar Petaling Street, kamu akan menemukan peniaga-peniaga pasar karat yang menjual be…