Skip to main content

Posts

Showing posts from March 3, 2017

Nafas Baru Penulisan Malaysia

Ada seorang kenalan saya yang berumur hampir 50an mengatakan yang penulis-penulis sekarang terutamanya penulis muda, tidak lagi menulis seperti penulis pada zaman pasca merdeka dahulu. Saya memberikan jawapan ringkas saja ‘zaman telah berubah’. Dia berkeras mempertahankan jawapannya. Tak mengapalah kalau taknak terima pandangan saya. Kemudian muncul tulisan di surat khabar yang mengatakan penulis muda tidak agresif. Katanya penulis sekarang tidak mengangkat isu untuk diperjuangkan dengan secara berterusan. Katanya penulis hanya menulis sebagai hobi dan untuk menambah pendapatan dan jauh beza dengan golongan penulis dekad 60an,70an atau 80an.

Saya fikir orang yang mengatakan sebegitu tidak begitu menerima kehadiran penulis muda yang menampilkan gaya penulisan atau isu yang berbeza di dalam buku mereka. Lihatlah scene perbukuan dalam kalangan anak muda. Betapa ramai penulis baru dan penerbit baru yang tumbuh bagaikan cendawan. Tulisan mereka mencabar konvensional dan tradisi kita.

Pem…