Skip to main content

Posts

Kampōng: Hinggapan

27 Okt 2021 ....... ....... ....... 28 Okt 2021 ...... ...... ...... Dari pagi hingga petang, selsema, pening, kering tekak, suhu badan hangat dan batuk kecil, mengacau tubuhku. Segala benda tak kena. Makin teruk. Semua yang direncana—naik ke kebun, merapat ke hutan, memasak, menjalar ke kampung² sekitar, telah tergencat. Aku hanya mampu menelan butir² ubat dan mencicip cecair dephyndramine. Sekejap kencing, sekejap teguk air, sekejap basahkan tubuh.

Kampōng

26 Oktober 2021 Selasa Tiket meliang-liuk diterpa angin. Aku ambil dan selitkannya ke dompet. Makanan bijian kutuang penuh dalam bekas buat si penyair. Akankah dia baik² saja sepanjang empat hari ketiadaanku? Kumangga pagar, menyorong langkah, singgah ke mamak mengisi perut. Teh halia! Rasanya kurang umph. Aku tunggu bas. Turun di MRT Pasar Seni. Syukur, kedai rokok buka. Aku dapatkan dua kotak Surya 16. Mengheret kaki ke kedai pakaian murah—dapatkan seluar pendek. Di sudut kedai lukis, tercari-cari kawan lama. Dia sudah berhenti pelukis. Dia kerja lain. Tidak seni lagi kerja baru itu. Tapi apa boleh buat, wabak ini merosak segala. Terlihat ciapan di twitter. Baucar RM10 untuk pembelian buku. Singgah Kedai F di SP Mall, dan hampir setengah jam termangu, memilih, membelek, sebelum membeli sebuah buku sebagai bekal di dalam bas cepat.  Kadang mataku melayan buku. Bukan sebuah buku yang cukup rempah, tetapi okeylah. Kadang aku leret talipon genggam. Sejuk penyaman udara te...

Canselor

Mungkin saya sepatutnya beranikan diri menulis kepada dia. Saya bukan orang yang dia kenal. Kami asing. Tapi saya tetap tidak berani melepaskan semua kata. Hatta dalam ruang yang hanya dimiliki aku dan tuhan pun, saya belum dapat menanggalkan topeng dari huruf-huruf yang kutuliskan.  Tapi ini bukanlah aneh. Tiap manusia ada banyak topeng. Pada akhirnya, di lapis terakhir, ada hanya satu yang tinggal; antara dirinya—tidak dengan kekasih/anak atau sahabat, bahkan kepada tuhan sekalipun. Saya merenung baku baru saya. Tidak terlalu ria. Tidak sedih. Mungkinkah ada sesalan? Barangkali sedikit, dan pada masa mendatang, mungkin lebih banyak. Tapi demikianlah penulisan. Sejenis cuba-cuba, dan dalam peredaran waktu, pilihan kehendak serta pengalaman yang mempengaruhi seleras dan gaya semasa.  Saya jemu. Kalau saya bukan saya dan gigit roh saya mungkin hanya tawar yang dapat saya rasakan. Saya berjoging sesekali memecut tetapi seperti tanpa kaki. Saya panjat bukit dan tulis sajak tapi t...

Darah

Weh kau kat uni dulu rajin derma darah kan? Tiba-tiba kotak sembang fb disapa rakan sekolah. Dulu kami tak rapat pun tapi habis sekolah kerap berhubung via medsos. Dia dah berkahwin sekarang, sudah 3 tahun kot. Masa dia tahu saya aktif dengan Bulan Sabit, dia kerap gesa saya isi perjawatan untuk pembantu perubatan. Ada saja pautan jawatan kosong dikongsi. Dua tiga hari lepas saya memutuskan untuk ikut menderma darah. Kawan itu bertugas di pusata derma darah dan katanya bekalan darah sangat diperlukan. Mulanya nak pergi pusat kempen derma darah yang berdekatan saja tapi dapat tahu ditutup kerana ada jangkitan COVID-19. Saya tak ingat berapa kali telah menderma, 6 atau 7 kali agaknya. Jadi hujung minggu ini saya akan pergi derma darah. Entah mengapa ada debaran kecil memikirkannya. Entah kenapa...