Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Robert Walser

Mengulang

P.Diddy dan rakan-rakannya menyanyikan Ill Be Missing You, yang asalnya dari lagu Every Breath You Take – The Police, tetapi diubah sedikit dan ditambah rap, ditujukan kepada Biggie Small yang terbunuh. Duo hiphop tempatan Too Phat menyadur banyak lagu tradisional ke dalam lagu-lagunya seperrti BOMOH, Anak Ayam dan Ala Canggung. Dalam album pertamanya Whuttadilly, trek paling saya suka adalah Too Phat Baby. Lagu ini disadur dari lagu Too Hot oleh kugiran AfrikaAmerika 60an dulu iaitu Kool and The Gang. Entah macam mana peliknya, kaset Kool And The Gang ada dijual di salah satu kedai kaset di bandar saya dulu. Saya membelinya dan mendengar Too Hot, di asrama sehabis pulang sekolah dan beberapa kawan saya mentertawakan saya setelah melihat kaver kaset tersebut. Kesemua proses saduran dan nyanyian semula ini saya anggap perulangan, tetapi memberi nafas baru. Saya anggap begitu juga dengan pembacaan. Apabila kita mengulang baca suatu buku kita akan menemukan sesuatu yang baru, ...

Kepanasan dan Wacana Sastera

Saya telah menghadiri wacana sastera pada hari selasa lalu. Ketika itu saya dah mula demam. Badan saya sangat panas dan tidak bermaya. Jumpa Editor Dewan Sastera dan borak sikit. Prof rahman Shaari, borak sikit. Masuk dewan saya borak dengan Amran Daud dan Lokman Hakim. Saya duduk belakang Wan Nor Azriq sesekali saya intai apa yang dia tulis kat fon dia. Rambut di kepalanya tipis. Macam nak botak. Botak tengah. Macam... saya. Dia bawak beg ada buku terbaru dia. Saya ada nampak dia tulis sesuatu pada ruang tweet pasal sarjana. Saya cek twitter tapi tak ada. Wacana tu boleh tahan juga lah. Aloy, Saifullizan Yahaya dan Khair pandai bercakap. Dr Yati menyebut benda yang saya belajar masa STPM dulu. Pascawacana borak dengan Lokman dan Wan Nor Azriq dan Dr Fahd. Makan sikit. Tak selera. Habis acara itu saya lepak dengan editor saya dan dapat buku percuma(kumpulan cerpen Malam Sara, layan juga buku ni) dan hantar saya ke stesen LRT.  Saya berjalan kaki. Saya tulis ...