Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Bersyair dan Sakit Perut

Dari tengah hari semalam sampai pagi ini bekalan air tak ada. Aku bergegas ke rumah nenek di sebelah, nak berak. Tapi air dalam kang pun dah habis. Aku bernapas, menahan gelora dalam perut dan hujung dubur. Subuh dah hujung juga. Aku jerang air, bancuh kopi, minum air masak dan kopi hitam.  Mak aku pun di dapur, buat teh. Atuk di dalam bilik, hendak menyambung tidur selepas sembahyang. Suhu pagi tidak sedingin semalam. Sambil memegang tangkai cawan kopi, berdiri di muka pintu biliknya, aku bersyair spontan. Atuk terbuka mata, memandang aneh. Kemudian tersengih-sengih lalu ketawa perlahan. 'Matnye tetiba bersyair pulok?'. Aku ke dapur, bersyair pada emak. Dahi mak berkerut-kerut, memuncung mulut dan terkedip-kedip. Perut aku masih bergelora. Taik bagai di hujung dubur betul. 'Menda bersyair pulak?'. Lampu-lampu terpasang. Aku mencicip kopi Nescafe Gold sampai tak tersisa lagi di dasar cawan porselin. Atuk keluar, menggaru-garu kepala. Di luar, bingit angsa, ayam, l

Buang Buku Teks Sejarah

muka depan edisi terakhir Mastika Buang buku teks sejarah itu. Lempar buku rujukan di tangan. Ambil majalah, kunci pintu, kurung diri dalam bilik dan baca sehingga matamu lesu dan mengalah.      Hari ini di FB majalah Infiniti, salah satu majalah terbitan Utusan mengumumkan mereka keluarkan edisi terakhir mereka. Nasib Infiniti sama macam abang mereka, Mastika yang edisi terakhirnya adalah november ini. Nampaknya masalah kewangan Utusan beri kesan besar betul sampai mereka jual tanah syarikat untuk menampung banyak benda antaranya pembayaran pampasan pekerja yang berhenti sukarela.      Aku bukan peminat Infiniti malah tak pernah baca pun sebab, tak berapa menarik isinya selain apa yang ditulis tu boleh digugel saja kebanyakannya. Tapi dengan kehilangan Mastika berasa sedih juga. Sebab Mastika ni usianya sangat lama. Lebih lama dari usia Malaysia sendiri. Sidang pengarangnya bukan calang2 dari Kajai, Keris Mas, Asraf, dan ramai lagi. Sumbangannya untuk kemerdekaan juga

Bermalam di Hotel Bajet

Sehari sebelum pilihan raya umum aku berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hal antaranya membeli buku dan menghadiri temuduga. Sebelum bertolak pakcikku bertanya berapa pentingkah buku itu sampai aku sanggup ke sana untuk membelinya. Mengapa dia tidak bertanya perihal temuduga kerja? Sebab dia tahu aku pasti tidak dapat kerja itu dan berpuluh temuduga yang sudah aku hadiri tak satu pun aku berjaya. Aku menjawab sebagai penulis, buku sangat penting dan aku sanggup berbuat apa saja. Dia mencemik mendengar jawapanku. Dia berkata, sempatkah aku balik ke rumah keesokannya kerana ada satu hal penting lain iaitu pilihanraya. Aku kata sempat dan tak perlu risau. Aku pasti balik untuk mengundi. Masakan tidak, PRU 14 adalah ibu segala PRU. Namun begitu jauh di sudut hati aku ragu-ragu dengan jawapanku ini. Senyap-senyap aku merasakan bahawa jika aku terlepas mengundi kali ini sekalipun, aku tidak akan berasa kecewa. Hotel bajet sentiasa menjadi pilihan untuk bermalam kerana suasananya memberika