Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Kepanasan dan Wacana Sastera

Saya telah menghadiri wacana sastera pada hari selasa lalu. Ketika itu saya dah mula demam. Badan saya sangat panas dan tidak bermaya. Jumpa Editor Dewan Sastera dan borak sikit. Prof rahman Shaari, borak sikit. Masuk dewan saya borak dengan Amran Daud dan Lokman Hakim. Saya duduk belakang Wan Nor Azriq sesekali saya intai apa yang dia tulis kat fon dia. Rambut di kepalanya tipis. Macam nak botak. Botak tengah. Macam... saya. Dia bawak beg ada buku terbaru dia. Saya ada nampak dia tulis sesuatu pada ruang tweet pasal sarjana. Saya cek twitter tapi tak ada. Wacana tu boleh tahan juga lah. Aloy, Saifullizan Yahaya dan Khair pandai bercakap. Dr Yati menyebut benda yang saya belajar masa STPM dulu. Pascawacana borak dengan Lokman dan Wan Nor Azriq dan Dr Fahd. Makan sikit. Tak selera. Habis acara itu saya lepak dengan editor saya dan dapat buku percuma(kumpulan cerpen Malam Sara, layan juga buku ni) dan hantar saya ke stesen LRT.  Saya berjalan kaki. Saya tulis kat

Ke Kubur dan Ingatan Perihal Kematian

    Hari ini sedang saya bekerja ada panggilan daripada rumah. Nenek memberitahu Wan Ketot (moyang sedara 3 pupu) sudah meninggal dunia. Jenazah akan dikebumikan selepas zuhur. Habis saja kerja saya terus ke dewan majlis daerah. Ada majlis perkahwinan rakan sekolah saya, Situ Aisyah. Saya ke tanah perkuburan. Surau berdekatan sudah dipenuhi saudara mara saya. Selesai solat zuhur kami solat jenazah. Atuk saya turut datang. Hari panas sungguh. Peluh merinik di ubun, dahi, celah ketiak dan pelipat.    Saya ikut sampai ke lubang kubur yang digali. Sanak saudaranya, anak2nya dan cucunya merapat2. Saya rasa macam nak berlalu pergi dan pulang ke rumah saja. Letih, tak larat. Tapi... saya terfikirkan mengenai kematian dan entah bagaimana saya batalkannya. Entah esok saya mati. Entah lusa atuk mati. Apabila berlaku kematian kita akan terasa. Tersentap. Kebesaran Allah azzawajalla betul-betul membuatkan kita beringat dan insaf (walaupun sekejap).    Saya dan atuk meminggir ke jauh sikit berde

Makan Rendang

  Kita sinonim dengan kelapa. Atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Kelapa di tepi pantai, air kelapa dingin ketika cuaca terik, santan berlemak di dalam semangkuk cendol, penyapu lidi dan sekian banyak lagi imej ini melekat dalam peta Malaysia dan kepala kita.    Sewaktu saya sekolah rendah dalam buku teks BM bab pertama ada tajuk berkenaan kelapa dan betik. Diilustrasikan dua pokok itu saling bertekak membangga diri dengan menyatakan kelebihan masing-masing. Dari tajuk itulah kali pertamanya saya mengetahui kelapa mempunyai banyak kegunaan.     Salah satu mahakarya makanan Melayu adalah rendang. Masa saya kecil dan keluarga teramat miskin, rendang cuma setahun sekali dapat dijamah iaitu sewaktu hari raya. Masa saya sekolah rendah kami sekeluarga sudah dapat makan ayam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi rendang tetap setahun sekali. Kerana pada waktu itu rendang dianggap sebagai makanan mewah-sakral raya sahaja.    Kini segalanya sudah mudah didapati. Saya pula

Merenung Ke Luar Tingkap

   Saya ada tulis satu sajak mengenai tingkap yang saya fikir mencakupi aspek perghargaan, kenangan, perspektif berbeza dan fungsi tentangnya. Saya siapkannya ketika berada di dalam MRT dari stesen Muzium Negara menuju ke Sg Buloh, beberapa bulan sudah. Waktu itu pagi, hujan gerimis dan tidak ramai di dalam koc. Mrt melepasi stesen Semantan tatkala saya menyudahkan perkataan terakhir pada sajak itu. Tapi, belum saya siarkan di mana-mana.   Tajuk entri ini sedikit sama dengan lirik awal lagu Apa Khabar oleh Joe dan Sonaone. Cuma lagu itu bukan sebut tingkap tetapi jendela. Serasa saya tak ramai orang menggunakan jendela dalam perbualan seharian. Namun, sebutan jendela kedengaran lebih puitis untuk digunakan dalam penulisan terlebih lagi puisi. Cuba kalau awalan lirik lagu korus itu berbunyi 'merenung keluar tingkap', pasti terasa janggal sebab tak memenuhi harakat dek suku katanya dan kedengaran... tak best. Sudah tentu saya panggil tingkap.    Rumah saya sekaran