Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Hilang dan Hilang

Siapa aku dalam mimpi seminit yang lalu? Mimpi tak tercatat dan ia hilang begitu saja dari genggam ingatan. Masa tidurku selalu memencil. Tidak cukup. Aku tidak suka tidur berlama-lama dan aku suka bangun. Menyentuh sesuatu, menghirup udara dan menghidupkan rindu. Walau tanpa kecukupan nyenyak dan lena. Mimpi hanya jurang dan tidur cuma gempa. Pabila berakhir ia ditimbus kembali oleh kenyataan. Yang nyata di depan mata. Yang kabur adalah silam dan aku lebih mudah menggenggam kekinian.

Dadà

Saya tak dapat mengatup mata walau cahaya-cahaya dah terpadam. Dada sakit. Terlalu. Sakit. Saya tahu. Rokok penyebabnya. Kesakitannya teramat, macam ada traktor, macam ada jentolak, eksavator, macam ada steamroll, yang kesemuanya berjumlah ribuan, bersaiz kuman, dan meratah-ratahkan paru-paru. 'Paru-paru awak dah tebal' saya lantas teringat kata-kata doktor, lima tahun lalu. Sekarang? Saya keluar berjalan, menekup kedua belah telinga dengan fontlinga. Dada bergoyang-goyang. Napas pendek-pendek. Dua tangan diseluk ke poket. Hawa dingin. Nyaman. Sekurangnya menyegarkan hidung. Saya pusing, pusing dan balik ke rumah, tutup lampu dan baring, cuba lelap. Tak dapat. Dada masih rasa perit. Tapi saya ambil sebatang rokok, bakar, dan sedut sampai habis. Teguk air sejuk. Kemudian kembali berjalan keluar. Nyaman, udara. Tengah pagi, bertambah sedap, segar, lincah sikapnya. Macam aestetik manusia yang berjaya memberikan cinta di mata saya. Tapi jentera-jentera di dada saya teru

Pejabat

Sekarang saya sudah merasai bagaimana terkurung di dalam pejabat, menyiapkan kerja-kerja dan bersepi. Penyaman udara ditutup, lampu masih terpasang dan cuma diri sendiri, mundar-mandir, duduk semula, mengetik-ngetik papankekunci, memeriksa laman henfon. Sekarang saya mengerti, kesepian yang menjenguk dari celah apitan kubikel saya dan kamu, detak dan hentak kaki dari tingkat atas persis pecahan batu-batan oleh jentolak yang saya lihat sewaktu kanak-kanak dahulu. Apakah deru angin tengkujuh ditahan dada bangunan dan air mata langit meleleh cuma di buta kaca hitam?

Peri peri

Kehadapan kaunselor yang telah mencadangkan saya mencatat setiap hari, Trima kasih kerana menyebut; cuba syukuri apa yang dekat dengan kamu dan belajar mencintainya. Saya sedang lakukannya tetapi tidak khuatir pada kesan - jika ia mengubah target tarikh seperti yang saya rancangkan. Saya telah memadam link blog ini daripada kesemua medsos saya. Blog ini akan menjadi medan yang benar-benar peri badi. Saya tak akan kongsi lagi apa yang saya tulis. Di sini bukan untuk memberi manfaat kepada mereka dan ternyata, tidak ada pun. Perlukah saya tenung kembali apa yang telah saya lakukan? Saya takkan boleh mengubahnya, dan silap2  bernostalgia perihalnya. Pandang ke depan kerana yang dibelakang sejarah - menarik dan tidak. Membuang perasaan cinta adalah hal paling rumit. Berapa tahun untuk betul2 move on? Mungkin 5 tahun. Selamat mala.

Pecut

Kaunselor tahu tak, malam tadi saya tak walk jog dan run macam biasa tapi saya pecut. Laju. Macam pelari. Tapi betapa sakitnya dada hanya tuhan yang tahu. Macam nak putus napas terus. Tapi, saya suka tengok bayan-bayang yanh mendahului saya. Saya suka tengok rambut sendiri berambal-ambal bila tubuh bergegar. Sekurangnya itu menyingkir sedikit pedih dada. Masa sekolah dulu, sukan balapan saya paling suka tentulah berlari. Biasanya berlari ni acara kemuncak penentuan pemenang rumah sukan. Lari yang ada baton paling saya suka. Berganti ganti. Dan apabila pelari sudah ditengah  trek saya akan berdiri dan menuju penamat saya akan tambah teruja dan bersorak. Rasa saya berlari adalah sukan paling tertua di dunia. Kepada kaunselor yang menyarankan supaya saya mencatat setiap hari, inilah dia laporan saya hari ini. 0130, 23 Nov, KL.

Gatal

Saya menuruti pesanan kaunselor saya supaya menulis tentang kebaikan-kebaikan dan sebab mengapa ia perlu diberikan perhatian, mengapa perlu direnung lagi, mengapa perlu dihargai kehidupan ini. Tapi sekarang, saya terjaga dari lelap sebentar tadi, kerana kegatalan. Tergaru-garu. Kenapa seminggu dua ini kulut saya sangat sensitif? Ketika begini apa yang saya nak hargai. Arhhh

Balik Kerja

Saya tidur lewat. Beberapa kali mengulang main video temubual tokoh budaya. Ada esei perlu disiapkan. Dengar, ulang, catat. Dengar lagi. Ulang lagi. Catat lagi. Saya lelapkan mata. Bangun awal dan mandi. Mimpi saya kosong. Tak ingat apa pun. Dada sekah. Napas termengah-mengah. Jantung berdegup kencang. Kesan rokok. Kafein terlebih. Pra-gastrik acap menyerang sejak akhir-akhir inim Kali terakhir medical checkup - empat tahun lalu. Betapa lega; tak ada hiv. Paru-paru makin tebal. Tapi masih sedut. Menikmati. Putih atau keretek. Cuba berhenti. Vaping. Tak jadi apa. Makan pisang macam awak kata. Makan nenas, betik. Minum susu. Semua sebab awak kata. Boleh cuci peparu. Saya percaya walaupun tahu mengarut. Penipuan kalau dikerapkan hari-hari akan menjadi kebenaran - Joseph Goebbels. Awak masih dengan Dunhill?. Mahal. Saya di rumah. Naik Grab tadi dari ofis. Hujan. Zuriatnya meleleh-leleh di kaca tingkap kereta. Cahaya-cahaya bangunan hancur dalam butiran anak hujan. Dingin. Saya hembus napas

Bercakap

Aku tak pernah percayakan kaunselor. Mungkin sebab pengalaman di sekolah, kaunselor yang sepatutnya menyimpan kemas masalah dan luahan pelajarnya tetapi menyebarkannya kepada cikgucikgi lain, maka aku merasakannya begitu. Hari semalam buat pertama kali aku bercakap dengan kaunselor. Entah kenapa aku tiba-tiba ada keinginan begitu. Yang terpendam dan tersimpan, walau bukan semua, diluahkan. Sedar tak sedar satu jam aku bercakap walau terasa singkat. Kaunselor itu banyak mendengar, sesekali bertanya dan pada akhirnya mencadangkan beberapa hal untuk aku lakukan agar dapat melupakan hasrat 'tidak baik' aku. Aku tersengih dan berjanji melakukannya. * Aku tidak pernah sukakan mimpi siang. Dan aku jarang tidur masa tersebut. Mimpi ngeri yang kualami beberapa hari lalu; pandangan mataku dipaksa menyorot ke suatu rumah kosong dan melihat satu persatu ahli keluargaku disembelih dengan parang; ngeri, darah, lolongan, jerit dan tangisan. Imej itu masih jelas sehingga kini. * Kau dah kahwin

Gambar

Tidak banyak gambar saya bersama orang-orang terdekat sama ada adik beradik, makcik malah kawan rapat. Di dalam galeri fon lebih banyak gambar binatang, benda, alam sekeliling dan selfie. Sepertinya saya seorang narsisis dan ego seklaigus. Dengan arwah adik saya ada satu, dalam henfon lama, Nokia Express Music yang diketik dua tahun sebelum kematiannya, di laluan baru pinggir sungai berkalbod besar di pekan. Saya pindahkan gambar itu ke dalam external hard disk. Sekarang external itu sudah rosak. Henfon apatah lagi. Kalau ada gambar bersama individu rapat lain, juga sudah terhapus. Tetapi ini berbeza halnya dengan orang yang kita ingin temui atau kagumi. Contohnya kalau dua minggu lepas saya bertemu SN, saya memang mahu gambar saya diambil. Mungkin sebab saya tahu, lepas ini tidak ada peluang lagi bertemunya. Dengan Karim, hanya ada satu gambar, itupun sebab Roslan Jomel yang ambilkan padahal sebelum ini beberapa kali sudah saya nyatakan ingin bergambar bersama. Mungkin kerana kerap be

Pilihan

Hari ini ada beberapa benda aku lupa. Lupa beli oat, lupa beli topup, lupa cuci muka, lupa beli pisau cukur. Nyatalah lupa bukanlah merawati luka tetapi lupa adalah keraguan sementara, nikmat sebentar atau perampas keghairahan. Setiap hari kita akan lupa, terlupa, yang kecil atau besar. Tapi hal yang kita benar-benar mahu lupakan selalu tak berlaku. * Hari ini hari pencegahan bunuh diri sedunia. Aku kini percaya, bunuh diri adalah satu pilihan. Pandangan ini berubah, daripada memandangnya sebagai kengerian yang berdosa, tiada iman, pelakunya tidak kuat lembik dan sekarang, ia pilihan bersebab dan kalau bersebab betul, wajar dihormati. Aku teringin melakukannya. Pernah mencuba tetapi gagal. Mungkin suatu masa, kalau aku benarbenar memerlukannya, akan kulakukan, cuba lagi. Tapi buat masa sekarang, aku akan cuba menghapuskan keinginan ini, dengan melupakan - suatu nikmat sebentar.

Ledakan

Cherish that which is within you, and shut off that which is without; for much knowledge is a curse. - Zhuangzhi, filasuf China. Kecilkan apa yang kita hendak tahu dari limpahan maklumat pada zaman ini. Tahu banyak pun membuat otak kita tidak tersusun. Atau seperti tajuk buku Nisah Haron, menulis mengatur diri berpikir. Maka tulislah supaya yang berselerak itu dapat menjadi sumbu fikiran kita.

Solo Loewe

Every time I travel, your perfume asks me for you, Like a child asking for his mother to come back. Imagine, Even perfumes know about distance, and exile - Nizar Qabbani * Masa darjah 3 buat pertama kalinya saya menemukan perkataan 'melumurkan' (dari kata lumur) dalam buku berilustrasi dan  berwarna tentang sahabat nabi iaitu Mus'ab Umair. Buku itu menceritakan tentang Mus'ab ketika belum Islam adalah seorang yang berpakaian kemas dan suka melumurkan wangian ke seluruh tubuhnya. Seolah ada kuasa pada perkataan 'lumur' itu, walaupun pada ketika itu saya tidak mengerti maksud lumur seperti yang saya fahami sekarang, tetapi saya tahu ketika itu, melumurkan paling tidak bermaksud membubuh pewangi pada badan dengan lebih dari kebiasaan - saya kemudiannya menghabiskan minyak attar sehingga tinggal separuh saja, diselek dan sapu ke tubuh badan. Dan saya kecewa kerana ia tidaklah wangi seperti yang hidung saya fahami dari ilustrasi Mus'ab dalam buku ters

Ulasan buku Rumah Kupu-kupu

Karya terbaru SM Zakir ini diiklankan sebagai novel sepatutnya mula dijual di PBAKL tahun ini. Tapi kerana PKP, penerbi Nusa Centre membuat jualan promosi kombo di Shopee yang berbaloi. Saya habis baca buku ini dalam sekali duduk, sambil berbaring di dalam bilik berpenyaman udara dalam mengisi waktu Ramadan tempoh PKP ini. SM Zakir menulis dalam semua bentuk penulisan; novel, cerpen, esei, puisi, ulasan dan kritikan filem, budaya dll. Tetapi saya paling gemar cerpen-cerpennya berbanding bentuk penulisannya yang lain. Ada beberapa cerpennya yang melekat di kepala seperti Kraken, Cendeng Biawak, Gerimis di Jakarta dan Belati di Pasir. Malah saya lebih suka karya-karya mutakhirnya yang lebih menyerlahkan imaginasi dan fantasinya berbanding cerpen-cerpen lamanya yang banyak mengangkat idea/budayanya. Sebab itu bagi saya kumpulan cerpen terbaiknya adalah Ular Di Tilamku yang terbit tahun sudah. Kumpulan cerpen ini mampu berkitar di ruang terhad kerana imaginasinya yang menyerono

Everything Good Must Come to an End

Asleep in the Valley - Arthur Rimbaud A small green valley where a slow stream flows And leaves long strands of silver on the bright Grass; from the mountaintop stream the Sun's Rays; they fill the hollow full of light. A soldier, very young, lies open-mouthed, A pillow made of fern beneath his head, Asleep; stretched in the heavy undergrowth, Pale in his warm, green, sun-soaked bed. His feet among the flowers, he sleeps. His smile Is like an infant's - gentle, without guile. Ah, Nature, keep him warm; he may catch cold. The humming insects don't disturb his rest; He sleeps in sunlight, one hand on his breast; At peace. In his side there are two red holes. Dogxie ketika hari ke 3 PKP Pagi semalam, hari ke ? pkp, pada sebelah pagi aku dapat buku yang dipesan via Amazon. Sebuah novel Hamid Ismailov. Aku beli hasil kemenangan kontes gambar, satu gambar iaitu gambar haiwan dengan majalah Korean Literature Now. Dan kerana itu aku terlambat ke kebun. Gambar yang menan

Sewaktu Korona

Semalam saya mendapati kucing kami mati. Beberapa hari lalu dia sudah mengasingkan diri dan kami tahu itu tanda jelas dia akan pergi. Malam sebelum dia mati saya sempat memberinya makan. Cicak, yang lima tahun bersama kami mati di bawah kereta. Kaku. Saya cangkul tanah tapi terkena paip air. Memancut-mancut. Jadi saya cari lokasi baru dan tanam Cicak di situ. Beberapa kali saya cuba sambungkan balik paip pecah. Tapi penyambung itu tidak kemas. Bukan jenisnya. Kedai hardware tutup. Saya fikir perlu tunggu hingga PKP ini berakhir dan beli penyambung baru. Terlalu lama. Hari ini saya cuba lagi. Pada mulanya paip ok saja selepas disambung. Tetapi menjelang petang, air kembali memancut. Saya tak dapat baca apa2. Saya cuba tetapi tumpuan hilang. Beberapa esei Daniel Green, buku Anatomi Revolusi dan buku The God Delusions oleh Dawkins, semuanya saya baca-berhenti. Cicak seolah memberitahu bahawa kematiannya akan terpahat di ingatan dengan beberapa kejadian yang menimpa.

Memadam Lampu

Tengah malam. Semua tidur. Padam semua lampu kecuali satu di bilik air. Biar pintunya terbuka suku dan cahaya samar menyapu wajah. Radio divolum perlahan. Duduk menyandar di dinding, merenung, mengenang dan membayangkan. Aku senang begitu. Ia memberikan perasaan yang melegakan sekaligus mencipta keraguan.

Beberapa Pengajaran dari Asrama

Jika kita kecil, junior dan tidak loud, kehidupan di asrama yang kuat suasana hierarkinya sangat tidak menyeronokkan. Secara khusus saya bercakap pengalaman saya sewaktu tingkatan 1 & 2 di sebuah SMKA. Tidak banyak kenangan manis di situ. Tapi ada beberapa hal yang saya kutip dan masih ingat. Muka pelikat Satu petang selepas makan malam kami bergerak di gajah menyusu menuju ke surau. Senior2 yang melepak di bangku batu sambil menggigit epal rangup memanggil kami. "Macam ni gaya pakai pelikat yanh betul" kata mereka membetulkan kain pelikat. Aturan Saya belajar menegangkan cadar, menyapu bilik, mengemas loker dan mengenakan pewangi. Ia membentuk suatu disiplin. Denda yang selalunya melampau kerana masalah kebersihan, tetap melampau. Makanan Saya bersyukur saya berpindah. Makanan yang sangat teruk. Amalan Budaya 'ikhwan muslimin' di situ sangat kuat. Usrah, alMathurat, lagu wahdah, Hasan al Banna, teriak takbir dan kuliah2 yang banyak anti kerajaan; semu