Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Visual Realiti Sebagai Nostalgia

Biar saya mulakan catatan ini dengan pagi saya. Tepat jam 646 saya bangkit, mengecas fon yang terpadam, menjerang air, menggosok gigi, menutup dapur, mencuci wajah dengan air suam dan kemudian mandi. Saya solat subuh pada jam 7 dan kemudian membancuh kopi, membelek fon sebelum keluar berjogging.  Sepulangnya dari jogging saya membuat sambal dan makan bersama pulut. Seisi rumah juga turut bersarapan dan membasuh tekak dengan, sekali lagi, kopi. Seusai bersarapan saya terus pergi ke pinggir hutan untuk memotong rumput buat lembu-lembu saya. Sewaktu saya berada di kawasan belukar dan repuh itu, sambil memegang sabit, terbongkok-bongkok merabus rumput, mencekaknya dan memotong - saya terasa seperti Adil, watak dalam filem Bunohan di mana ada satu babak selepas dia dilarikan daripada pertarungan muay thai - dia meredah paya yang dipenuhi oleh rumput2 liar. Imej ini bukan kali pertama saya rasakan malah setiap hari bila saya berada di kawasan belukar yang berpaya-lecak itu. P

Mengutip Serpihan Maklumat dan Menyiat Fiksyen di Alam Sebenar

Sepasang mata saya adalah skalpel, gunting bandage, klem dan forsep dalam proses pencarian maklumat. Futuris Amerika yang terkenal dengan buku Future Shock dan Third Wave, Syaikh Alvin Toffler telah mempopulerkan terma information overload (ledakan maklumat) yang melimpah-ruah di kala zaman ini, zaman information explosion (letupan maklumat). Sering kita melihat dalam grup whatsapp atau facebook atau apa-apa media sosial, banyak sekali individu yang mengongsikan maklumat – yang mana maklumat ini seperti mesej berantai atau berita palsu telah diterima oleh kita, dan diulangkongsi tanpa melihat kesahihannya. Semua orang sudah patut sedar dengan virus sebegini yang semakin membarahkan. Seperti dalam salah satu cerpen Zainal Rashid yang menggambarkan pembunuhan boleh dilakukan dengan internet sahaja sebegitulah kita patut menjaga kehidupan dengan menajamkan mata untuk membuka minda. Saya bukan mahu bercakap perihal ini. Tetapi saya mahu pergi lebih jauh, iaitu pengaruh

Review: Raja Donai Bahtera Kulit Kacang

Raja Donai Bahtera Kulit Kacang by Mat Diah bin Abdul Majid My rating: 5 of 5 stars Yesss!!! Akhirnya jumpa jugak. Inilah buku fantasi pertama aku baca masa darjah 2. Bukunya buruk waktu tu, tulang belakangnya tercabut dan isinya lusuh giler. Aku jumpa dalam pustaka dan aku mula baca dan... wow. Super wow (perasaan ketika itu). Aku larut dalam cerita pertarungan dan magis2 yang menggiurkan. Sudah tentu juga perihal kulit kacang yang boleh ditukarkan menjadi bahtera tu at2 menarik perhatian aku. Buku ini antara buku yang mencambahkan minat aku membaca! Fuhh nostalgia betul. View all my reviews

Review: Tiada Mausoleum buat Mussolini

Tiada Mausoleum buat Mussolini by Bintang Kartika My rating: 4 of 5 stars Saya bukan penggemas puisi kerohanian/relijus seperti Rumi atau Hafez atau Attar. Namun itu tidak bermakna saya bencikan hal keugamaan. Bagi saya kalau nak membaca hal keugamaan maka saya akan membelek puluhan kitab feqah, sirah, aqidah dll yang ada kat rumah saya tu. Tapi saya tak dapat nafikan ianya puisi yang superb. Ianya puisi yang bagus dan kalau sesekali di waktu hening dan sunyi menerpa, saya akan mencapai buku puisi mereka dan sekejap kemudian angin meniupkan dirinya membuatkan kelopak mengerlip, air mata berjujuhan dan malam menyembunyikan kedukaan yang selama waktunya bersembunyi. Jadi kerna hal itu saya tak dapat memberikan bintang penuh kepada kumpulan sajak ini. Kerna saya perlukan waktu spesifik, perasaan yang khusus untuk menikmati puisi2 relijus/kerohanian, maka tidakkah ini menunjukkan hal relijus/kerohanian ini sangat spesial sebenarnya? Bintang Kartika alias